BAB 9 : Fantasi

155 15 3
                                    

Papan info KUDRAT penuh dengan renungan mata murid disekeliling. Kertas kuning dan merah menandakan sesi MANIFESTO akan diadakan. Cuma yang berlainannya, kali ini sesi restu tidak diadakan.

Kuning mewakili rumah Lekiu manakala Merah mewakili rumah Jebat. Kuning maksudnya berdaulat dan merah maksudnya berani.

Sedang Nisa menyuap nasi lemak sambal sotongnya, Azim datang duduk disebelah Nisa. Azim masih menegaskan Nisa untuk menghentikan MANIFESTO dalam perbualan. Nisa hanya memekakkan telinga sendiri. Takkan aku nak give up bila dan nak menang?

"Wei, boleh tak jangan paksa aku? Kau tak nampak aku tengah makan?"

"Aku bukan apa.. aku.. aku urm- aku benci tengok kau sakit. Bila badan kau berbekas, aku yang terasa."

"Benda kau cakap ni Azim?" Tanya Nisa. Riak mukanya agak keliru. Azim ni bercakap macam keling betullah.

Azim menghentak meja dengan perlahan sambil mukanya merah padam. "Aku sayang kau. Aku cuma tak sanggup pukul kau. So please, cancel it." Nasi lemak yang sedang dikunyah Nisa tersembur. Dah kenapa mamat ni buang tabiat ke?
Cover blushing kau Nisa! Hurm.

"No. Setia dengan janji tuan badan." Balasnya ringkas lalu terus berdiri. Azim memegang tangan Nisa dengan erat. "Nanti." Ucapnya. Dia menyuruh Nisa duduk sebentar sebelum dia pergi. "Baik. Tapi aku nak tanya kau something. Tuan badan ni sedar tak jasad dan rohnya berpisah?" Sambung Azim.

Jantung Nisa berdegup laju. Pipinya cramp menahan senyuman. Segera, dia menarik tangan dan berlari ke tandas. Azim pula ditinggalkan dengan muka pelik. Hatinya berbisik sesuatu. "Dia, sedar tak?"
Sedang Nisa tersenyum kambing didalam jamban tandas yang terakhir, tiba-tiba satu bekas air sisa makanan dicurah dari atasnya. Nisa terkejut tidak kepalang. Pintu tandasnya segera dibuka. Kelihatan Daiyana dan beberapa kawannya tergelak-gelak.

"Kapla! KAPLA! tengoklah sinii! HAHAHAH!" kata seorang kawan Daiyana sambil merekod vidio. Baju Nisa basah lencun dan berbau busuk. Nisa menahan marah. "Nisa, sorrylah.. aku tak niat pun nak buat.. tapi aku tengok kau macam dah 'lemak' jekk jadi aku tolonglah kurangkan sikit 'lemak' kau tu.. AHHAHAH.." sakat Daiyana.

Telinga Nisa tiba-tiba berdesing. Kuat desingannya. Tangan Nisa menggigil-gigil kearah telinga. "Lawan balik." Kedengaran suatu suara berbisik digegendang telinganya. Lantas, dia menghala satu tumbukan kemuka Daiyana. "Kau tunggu." Bisiknya. Nisa melangkah keluar dari tandas dengan baju yang basah dan busuk. Semua murid menertawakan Nisa.

"NISA!" Jerit satu suara. Nisa tidak mengalihkan pandangannya dan terus bergerak tanpa tuju. Mia terus mengejar Nisa lalu menarik tangannya. "NISA! Ya allah, kenapa kau ni?" Nisa memilih untuk diam. Mia geram lalu menarik pantas tangan Nisa dan menuju ke dorm. Dalam perjalanan, Nisa menepis tangan Mia. "Kenapa kau ni?!" Jeritnya.

"Nisa! Kau tak nampak ke keadaan kau tak terurus?" Kata Mia sambil menarik semula tangan Nisa. "Mamp4s aku lah! Yang kau tiba-tiba kisah fasal aku kenapa?!" Mia memegang kedua bahu Nisa. Dia menyuruh Nisa menarik dan menghembus nafas. "Kau bukan Nisa yang aku kenal. Nisa yang aku kenal perangai dia sama macam ayahnya. Mana kau sorok dia?"
Jelas Mia.

"Apa benda kau merepek ni?! Kenapa semua bercakap macam keling hah harini?!" Mia memeluk Nisa lalu terus membawanya ke dorm. Selepas mandi dan menukar baju baharu, keadaan Nisa agak tenang namun permata tetap jatuh dari matanya.

"HAFIZATUNNISA! sudah! Kau tak macam ni! Kau kuat! Nisa, Daiyana tu pengecut. Bukan moto kau untuk berpaling dari pengecut? Kenapa kau makin jadi PENGECUT?" Tanya Daiyana. Mata Nisa terbuka luas. Bagaimana dia nak menang kalau dia dah mula jatuh?

"A.. aku...lemah. Aku dah faham yang misi aku bagai angan budak. B0DOHnya aku..." kata Nisa tersekat-sekat. "Tak! Nisa tak pernah lemah! Aku percaya kau boleh! Ayah kau pun percaya yang kau akan berjaya! Setakat kutukan beberapa orang tak sepatutnya buat kau lemah. Bangun Nisa! Bangun!" Nisa terus mengusap air matanya. Semangat mula berapi dijiwanya. Senyuman pula terus terukir dibibirnya. Mia kagum dengan rakannya yang tabah ni. "Macam nilah Hafizatunnisa yang aku kenal!" Katanya.

PROJECT : HIGH COUNCIL 2Where stories live. Discover now