"Awak dah kenapa?takde kerja ke?" Marah pengetua KUDRAT sambil menelefon seseorang. Seluruh budak kelas 4 Lekiu berkata tentang Nisa. Bilik pengetua pula riuh dengan buah mulut guru-guru. Nisa menunduk. Akalnya tidak dapat mengarang ayat.Pengetua KUDRAT meletakkan fonnya lalu menjegil nisa. "Saya dah telefon ayah awak. Tunggulah" katanya. Nisa mengigil. Dia mengigit-gigit kukunya sambil mengetap bibir. Selepas beberapa minit, tombol pintu bilik pengetua dipulas. Senyuman lebar terukir dibibir pengetua yang berkulit sawo matang itu.
"Encik Abdul Kahar, silakan duduk" pelawanya. Mata Kahar memandang Nisa yang memeluk diri sendiri. Kahar terus memeluk tubuh kerdil Nisa. "Nisa ok tak sayang? Kenapa ni?" Tanya kahar sambil menarik halus lengan Nisa. Kagetnya, tiada sebarang calar. Masing-masing memandang kedalam bola mata. Kahar tersenyum.
"Cikgu, boleh kita berbual berdua?" Kahar mengarahkan Nisa untuk keluar. Pengetua itu melabuhkan punggungnya dan menyilang kaki. "Cikgu, ini semua salah faham. Nisa tak toreh tangan dia. Dakwat merah sahaja yang ada kat baju dia. Kenapa eh tak periksa awal-awal?" Ujar Kahar ringkas dan tenang.
Dia mengaku Nisa seorang yang nakal tetapi untuk berbuat demikian, Nisa masih waras. Pengetua KUDRAT itu meletakkan kakinya keatas meja lalu mengisap vape.
"Then? Kau nak buat apa? Mengamuk? Kau sepatutnya malu anak kau ikut jejak kau. Ayah borek anak rintik. Dua-dua bermasalah. Tak guna." Sindir pengetua.
Kahar menarik tali lehernya lalu merampas vape itu. "Kau ingat aku takut dengan ugutan kau? Dalam poket dia ada pen marker merah." Bisiknya dan terus melangkah keluar dari bilik pengetua. Sementara itu, Nisa yang berada diluar bilik pengetua ditertawakan oleh guru-guru.
Nisa hanya mampu menahan marah. Gusar nanti jika dilawan ada yang menyampai. Tiba-tiba seseorang menarik tangan Nisa.
Nisa yang dalam keadaan terkejut memulas tangan yang menariknya kehadapan dan menendang orang itu. "Ni... sa.. aku lah!" Kata Azim. Terbeliak mata Nisa. Pantas dia mendekati Azim.
"Kau ni! Bagi salam tak boleh?" Keluhnya sambil menampar muka sendiri. Azim tergelak. "Eyh dahlah sorry ok?" Katanya sambil memegang tangan Nisa. Nisa terdiam. Mata keduanya tidak berkelip. Hatinya berbunga-bunga.
"Ehem-." Kahar datang menyusuli mereka.
"Erk- Assalamualaikum pakcik. Hehe" sapa Azim sambil melepaskan genggaman lembutnya."Waalaikumusalam."
"Maafkan saya, pakcik saya nak kasi ni je kat Nisa." Azim menghulur satu blueprint kepada Nisa. Nisa tunduk. Perasaan malu memeluk diri. Azim pula kelihatan cool je berhadapan dengan ayah kepada gadis pujaannya.
"Dah kasi kan? Pergi masuk kelas." Kata Kahar sambil menarik Nisa. Azim lantas menunduk dan berlalu pergi.
"Nisa, tak beritahu papa pun Nisa ada pakwe."
"Eh, mana ada tu senior Nisa lah papa"
"Yelatu. Tu je kawan Nisa kat sini? Mana lagi? Ke takde?" Usik Kahar. Jarang bagi Nisa untuk dapat seorang manusia yang digelar "kawan".
"Ada! Jap Nisa cari dia papa duduk lah sini." Nisa teruja.Dia mahu kenalkan Kahar dengan Mia. Kawan yang paling memahami dia. Kahar mengangguk sambil tersenyum manis.
Nisa berlari-lari kesetiap blok mencari Mia. Mia pula sibuk bermain telefon dibawah meja kelas. "Oi, Mia! Sini jom! Cepat!" Bisik Nisa dari pintu belakang. Mia merangkak seperti kura-kura kebelakang kelas.
*prett*
Nisa terkejut. "Woi! cepatlah kau boleh kentut?!" Bisik Nisa tetapi dalam nada yang lebih tinggi. Mujur tiada murid yang sedar dengan bunyi kentut Mia itu.Nisa cepat menarik tangan Mia dan berlari mendapatkan ayahnya. Mia terkial-kial. "NISA! slow sikit woi! aku nak kentut lagi!" Jerit Mia yang seperti melayang keudara. "Tahanlah! Nanti satu sekolah bau!" Jerit Nisa semula. Murid yang berada disusur gajah tergelak dengan gelagat mereka.
*pret* *prot* *prut*. Kedengaran sepanjang larian mereka. Nisa hanya mampu redha dengan tanggapan orang.
"Papa! Ha.. ni perkenalkan! Zarameeya Aqilah! Panggil dia Mia. Ha dia ni roomate dengan Nisa tau!" Kata Nisa dengan bersemangatnya. Kahar pula kaget dengan anaknya tercungap-cungap. "Yang lari ni kenapa? Papa tak lari pun, ada ke takde ke kawan Nisa papa ada je" pujuk Kahar.
"Adeh, orang excited nak tunjuk member. Ha ni Mia" ulang Nisa sambil mendepakan tangannya.
"Ouh- ni Mia.. ok,ok anak uncle macam mana kat sekolah? Dia buli awak ke?" Tanya Kahar dengan ramahnya. Mia pula mengigil-gigil dengan pertanyaan Kahar itu.Terasa seperti ada gergasi bercakap dengannya. Nak dibandingkan ketinggian, Mia ialah 153cm manakala Kahar 179cm. Terdongak-dongak Mia. Nisa menunjukkan isyarat kepada Kahar agar menunduk sedikit.
Kahar mengeluh. Dia merendahkan badannya. "Uncle dok make ore Mia, Kecek ja." kata Kahar sambil berloghat kelantan.
Nisa tersenyum-senyum. "Gini pokcik, anok pokcik ni hebat belake. Buli hambe lagilah dok. Dio ni jo yang selalu ado dengan che. Mu jage anok mu doh elok doh pokcik" Kata mia.
Nisa dan Kahar saling berpandangan. "Awak nak cakap loghat apa ni? Terengganu ke kedah ke mana ni?" Haih.. kalau macam tu pakcik legalah. Hahaha." Usik kahar sambil ketawa. Nisa pula ketawa terbahak-bahak.
"Galak kau ketawa sa. Tak pernah aku dengar kau ketawa macam tu sekali" tegur Mia. Kahar mengeleng-geleng.
"Papa dah nak balik ni nanti cuti awal tahun papa ambil ok?"
"Ala.. dah nak balik? Hurm. Ok. Cuti nanti Mia ikut sekali boleh? Mak dia kat brunei."
"Eh? Ayah dia?" Tanya Kahar
"Dia tak duduk dengan ayah dia"
Kahar mengangguk. Lekas dia memeluk Nisa. "Jaga diri ye Nisa? Jangan buat hal. Nak buat hal jadilah Kapla. Hahahah. Jangan risau, atok tak tahu," kata Kahar. Nisa memeluk erat ayahnya.Sejurus Kahar meninggalkan kawasan KUDRAT, Nisa dan Mia terus balik kekelas. "Hensem ek ayah kau. Umur berapa?" Usik Mia. Tanpa menjawab soalan Mia, Nisa sibuk memerhati blueprint yang diberi Azim. Apa kandungannya?
Luahan creator : haii<3 kita berjumpa lagi >< .. iman nak minta maaf eh kalau loghat kelantan tu salah.. kalau salah korang boleh comment ayat betul.. nnti iman betulkan hehe.. well thanks korang sebab dah baca cerita iman dari bab 1-5 ni walaupun cam merapu je kan cerita, haha. Lastly, hv fun dgn holiday korang okie? Kalau korang depress ke.. ingatlah ianya takkan terus begitu, lepas hujan akan ada mentari yang menyusul, menyinari korang <3 love you ♡
YOU ARE READING
PROJECT : HIGH COUNCIL 2
FanfictionRebah bukan alasan. Nisa, anak kepada bekas Kapla High Council 2006 menuntut bela akan maruah ayahnya yang tercalar dek kerana Muhammad Fakhri bin Firdaus Ismet berjaya mengharamkan aturan sial High Council di KUDRAT. ● just For fun <3 ● fan fiction...