BAB 6 : Cuti Awal Tahun

204 23 6
                                    

Bunyi cengkerik menghilangkan sunyi pagi Jumaat yang masih meliputi langit gelap dengan sinaran bintang. "Nisa? Mana kau?" Tanya Mia. Kelihatan Nisa tidak berada dikatilnya. Mia meraba-raba bawah katilnya. Separuh badannya memasuki kedalam katil. "Nisa? Kau kat sini? Eh-," Mia ternampak satu blueprint lalu mengambilnya. "Oi Mia! Buat apa tu?" Kata Nisa.

"Aduh... sakitnya.." kepala Mia terhantuk dibawah katil. Tekejutlah katakan. Nisa terus mendakap Mia. "Takkanlah aku duduk bawah katil, aku bukan Ju'On. Aku pergi ambil air sembahyang lah. Nak tahajud." Kata Nisa sambil memicit tengkuk Mia. "T..tahajud? Kau dah nak mati ke sa?" Usik Mia.

Nisa membaling tuala mukanya ke Mia. Telekung sulaman pemberian ayahnya disarung. Mia pula tergolek-golek dikatil. Sekejap lagi hanyut dibuai mimpilah. Selesai Nisa mendirikan solat sunat tahajud, dia memandang Mia dengan sayu. Air liur membasahi pipi Mia. Senyuman Nisa mekar jua.

Dari awal tahun bersekolah, Mia yang banyak menyokongnya. Sedar tak sedar dah 1 bulan disini. Usahanya untuk menghidupkan sistem High Council juga bertambah baik. Cikgu Azam dan Najlan turut membantu untuk mencari isi Kitab High Council dan mencetak lesen. Nisa berfikiran untuk mengadakan perjumpaan besaran bila cuti awal tahun nanti.

(Tengahari)

"Nisa! Cepatlah! Ayah kau dah tunggu!" Bebel Mia, senyuman semanis madu tidak hilang dari bibirnya. "Cik Zarameeyaa, sabar boleh? Aku cari barang ni!" Balas Nisa sambil meraba-raba bawah katilnya. Blueprint.

"ASSALAMUALAIKUM, Hafizatunnisa!" Teriak satu suara didepan dorm Nisa. Nisa lantas memeluk orang itu. "P.. papa!" Kata Nisa. "Apa ni? Njet-steng sekarang!" Usik Kahar. Nisa terus melepaskan pelukkannya dan menjeling Kahar. "Apalah.. orang rindu dia.. takpelah balik jela." Dia memuncungkan bibirnya. Mia pula ketawa terbahak-bahak dibelakang. Kahar mencubit-cubit pipi Nisa. "Ei, cinta? Tengoklah sini.. elelele ingat comel?" Pujuk Kahar. "Dah.. papa gurau je eh cinte? Balik jom sayang" sambungnya.

"Ni.. nisa! Cikgu Hasna panggil kau! Now." Panggil seorang murid sambil tercungap-cungap. Nisa mengganguk. "Nisa? Buat hal eh?" Tanya Kahar. Tanpa menjawab soalan Kahar, "korang masuk kereta dulu. Jangan tinggal Nisa eh?" Kata Nisa. Kahar menunjukkan isyarat kening ke Mia. Mia pula mengangkat bahunya.

(Selepas 5 minit)

"Hehe.. sorry lambat.. JOM!" kata Nisa dengan selamba. "Kitorang sempat makan nasi 5 pinggan tunggu kau." Jawab Mia. "Ala.. marah ke? Sorry eh? Cikgu Hasna tadi. Difi afa kafa sifi akufu lefe senfe kifi tafa dahfa sifi apfa cefe takfa (dia kasi aku lesen kita dah siap cetak)" kata nisa. Bahasa F digunanya. Takut Kahar tahu pasal niatnya ingin menghidupkan High Council. Mia mengganguk. "Nisa cakap bahasa apa tadi?"tanya Kahar. "Takde apalah. Jom-jom".

Sepanjang perjalanan, lagu Kugiran Masdo bergema didalam kereta.

"Kemana.. menghilang tanpa berita..
Dikala.. hati sedang berbunga..
Mengapa.. berubah sekelip mata..
Setelah.. diserahkan mahkota..
Biar berkurun, lama ku tunggu tapi tak sangka hanya begitu..
Bukankah sudah dibilang jangan kau puja biar sampai engkau kecewa, bukankah sudah dibilang jangan kau puja... biar   sampai engkau.. kecewa... "

- Kecundang, Masdo

Mereka menyanyi bersama sambil menari-nari didalam kereta. Gelak-tawa turut menemani cuti awal tahun. Bagi mereka, cuti ini merupakan cuti yang paling indah. "Ok! Dah sampai." Kata Nisa lalu terus membuka pagar rumah teres dengan kelam kabut. "Nisa! Cepat Nisa!" Jerit Kahar selepas mematikan enjin kereta. "Papa dulu! No... Nisa dulu.. Eii tak tahan lah oi!" Mia tercengang. Dua beranak ni berebut toilet? Nak ketawa serba-salah.

"Sanalah oi! Ladies first! Aku ayah kau dey" Kahar menarik kepala Nisa kebelakang. Nisa pula memijak-mijak kaki Kahar. Mia pula tercengat diluar. Akhirnya, Kahar yang dapat membuang 'hajatnya' dahulu.

"Hehe.. sorry Mia. Aku tak tahan tadi.. sampai bior kau kat kat luar. Masuk-masuk." Pujuk Nisa. Mulut Mia muncung sedepa. Nasib sayang kalau tak dah lama kene tampar tu. Nisa menarik tangan Mia dan membawanya ke bilik. "Haa ni bilik aku, kita tidur sesama eh? Kau tidur lantai aku tidur atas katil." Mia terus mencubit lengan Nisa. "Kau dahlah tinggal aku.. katil ni queen kot.. lantai sejuklah." Katanya sambil membuat muka kucing tak dapat whiskas seminggu.

"Nisa! Malam ni masak kari dengan 'puri' boleh? Papa takmo makan nasi la.. " kata Kahar. Barang dapur semua dah tersedia. Tunggu chef antarabangsa kita je. "Baik! Aku tidur lasak tau? Kalau kene tendang jangan marah." Kata nisa. Mia menelan air liurnya.

"Aku nak tolong masak!" Kata Mia. "Kau masaklah kari, aku buat puri". Sedang Nisa menguli, tiba-tiba Mia menepuk tangannya. "Kalau nak uli,
Tangan jangan basah! Uli tu betul-betul". "Eleh. Kari kau tu macam mana?? Mesti tak sedap." Usik Nisa. "Sorry sikit ni tambah tep- HUAH!"

Mia terbaling sebekas tepung ke Nisa. "Apani Mia!" Nisa mengambil segenggam tepung lalu dibalingnya ke Mia. "N..NISA!!" Dibalingnya tepung lagi. "Ku puteh, Ku puteh, Barulah Putih!" Kata mereka serentak. Sakan mereka bergelak-tawa.

"Hiyah!" Balingan tepung Mia dielak Nisa. *PAK* erk- terkenan muka.. Kahar.. " Ei! main tepung pulak? Tunggu.. " Kahar mengutip tepung yang bertaburan lalu dibalingnya ke mereka berdua. Semua beruban sudah. Terasa bercahaya semula rumah teres Kahar selepas bertahun kelam dengan gelak tawa yang menemani.

Seusai solat maghrib, mereka terus melabuhkan punggung dikerusi meja makan. Makanan siap terhidang. "Sedapnya.. lama dah tak makan ni." Kata Kahar sambil menyuap nasi. "Mana kau belajar resipi ni? Sama macam aku punya." Tanya Nisa. "Urm. Nenek aku ajarlah. Sama ke?" Kata Nisa. Lantas Nisa dan Kahar mengganguk. Terketawa Mia.

"Urm.. pakcik, dulu kan pakcik bekas Kapla., Kitab High Council tu takkan takde salinan?" Tanya Mia. Nisa terdiam. Kahar pula seperti memekakkan telinga. "Papa. Mia tanya, Kitab High Council.. takde salinan?" Kahar tidak menjawab. Renungannya kosong. *beep* *beep*
Bunyi telefon Kahar berbunyi. Pantas Kahar bangkit dan mencapai telefonnya.

"Aku.. salah cakap ke.. Nisa?" Tanya Mia. "Tak." Balas Nisa dengan ringkas. Dia tahu, Kahar cukup 'badi' dengan adat KUDRAT. Kahar masih menyimpan perasaan bersalah, dendam, dan sedih pada adat KUDRAT yang sudah wujud berkurun tiba-tiba dihentikan dengan kemunculan pengkhianat.

"Uhuk-uhuk! Uwek. Ish! Kau kenapa nasik! Tercekik aku." Bebel Nisa. Mia menahan ketawa. Nasi pula yang dipersalahkan. Nisa terus membasuh pinggannya sepantas mungkin lalu ke bilik.

"Argh!" Jeritan Nisa merisaukan Mia. "Kenapa kau ni?" Tanya Mia. "Takde apalah." Jawabnya."Kau marah ayah kau ke?" . "Tak. Aku nak tidur." Mia menggeleng-geleng. Lepas makan terus tidur eh budak ni.
"Nisa, ingat tak time mula-mula ayah kau kena datang sekolah sebab kau buat hal?" Nisa berdehem. "Kan ayah kau kata 'Nisa ada ke takde kawan, papa tunggu' kau.. memang takde kawan ke macam mana?"tanya Mia.

"Aku.. tak reti berkawan sebenarnya. Entahlah."

"Seriously? So.. aku.. kawan pertama kau??" Tanya Mia dengan teruja.

"Takdelah. Tapi kau sahabat aku yang pertama. Cie." Kata Nisa sambil tersenyum.

"Kan comel tu senyum. Dahlah no angin-angin. Lagi satu, cantik muka kau lepas makan nak tido nanti sakitlah." Bebel Mia.

Nisa terus terduduk. Ada sesuatu dalam diri Mia yang buat Nisa selesa dengannya. Kadang pelik juga kenapa ayat yang Mia lontar seperti pernah dengar sebelum ni. Tapi bila fikir semula, kelakar juga. Nevermind, aku just nak habiskan cuti ni dengan gembira.

PROJECT : HIGH COUNCIL 2Where stories live. Discover now