BAB 8 : Adat (part 1)

188 18 8
                                    

Dewan makan KUDRAT masih berteman sepi dengan cuti yang berbaki satu hari. Nisa yang sedang menyantap Nasi Jagung berlaukkan Ayam Masak Merah. Kata-kata Daiyana masih terngiang digegendang telinganya.

"Cis, kau ingat aku tak tahu apa benda yang kau, Najlan dengan Cikgu Azam nak buat? Eh lupa, dengan member kau yang invisible tu."

Telinganya tiba-tiba berdesing. Banyak persoalan bermain difikirannya.

Daiyana bergelak-tawa dengan Azim sambil menjeling Nisa. Melihat pandangan Nisa kearahnya, Daiyana tersenyum lebar dan mengangkat keningnya. Azim menunduk. Hatinya berat untuk mengangkat wajahnya. Perasaan bersalah menghantui diri.

"Nisa? Jangan difikir sangatlah pasal Daiyana tu. Kau kan kuat. Teruskan janji kau. Misi kau. Ingat balik." Kata Mia sambil meletakkan semangkuk bubur ayam. Nisa bangun dan mengangkat pinggan makannya.

"Kau.. marah aku ke? Maaflah tapi aku.."
"Apa?! Kau tu yang lembik! Time kau susah, sakit aku tolong. Time aku sakit, ada kau tolong?! PENAKUT." Teriak Nisa lalu menghentak pinggannya

"A.. aku.." tangannya mula menggigil. Degupan jantungnya mulai laju. Kata-kata tidak dapat disampaikan dari lidahnya. Kalaulah Nisa dapat membaca apa yang berada difikirannya. Matanya bergenang.

"I need a space." Kata Nisa lalu terus berlari ke belakang blok sekolah. Riak muka Daiyana yang tadi seperti mahu disepak-sepak berubah.

"Ha bagus-bagus. Meradang sini-sana aku yang kena kemas. Patutnya tak kasi makan ini budak" Rungut pakcik kantin sambil menonggeng-nonggeng mengutip sisa makanan dari pinggan Nisa tadi.

Nisa merenung kunci yang diberi Kahar. Sekotak rokok dikeluarkan dari poketnya. Lighter Nisa dipetik-petik.
"Wei! Tolonglah! Aku dah 15 tahun dah! Takkan benda ni pun aku tak reti?!" Jerit Nisa.

"Because of that, you need me." Azim menghidupkan lighter dengan sekali petik pada putung rokok Nisa yang berada dibibir itu.
"Benda kau ni? Daiyana marah nanti."

"Well, aku nak cakap yang kau still ada masa untuk berundur, Nisa. Aku tak rasa.."

"What? Kau nak kata aku tak boleh lawan dia? Aku ada janji aku."

"Aku pun ada janji aku. Betul apa kata Daiyana. Bila adat ni tak ada, sekolah ni aman! Takkan kau nak hidupkan benda sial ni?"

"Kau tak faham. Kalau sekolah ni tak teruskan adat dia, apa guna misi untuk melahirkan armada melayu terakhir? Adat-adat tu yang buat korang 'JANTAN' "

"Aku.. taknak sejarah berulang je."

"Tu aku pastikan takkan berlaku. Aku cuma nak adat ni hidup balik untuk kebaikan KUDRAT."

"Kalau macam tulah, aku tetap kena halang kau. Maafkan aku."

"Macam ni, kalau kau nak tunaikan janji kau.. berusahalah untuk menang. Ok? Aku taknak berambus dari sekolah ni. Kau pun taknak kan?"
"Baik. Kita mulakan manifesto dari bawah. Lekiu lawan tuah, lekir lawan jebat. Pastikan kau menang kalau kau nak kalahkan aku."

Nisa mengganguk dan tersenyum lebar. Dia terus menghala ke perpustakaan. Dia melalui sebalik semua rak untuk mencari rak buku sejaran tapi tidak dijumpanya. Dia menanya kepada cikgu yang bertugas.

"Sejarah? Belakang sekali. Bawah. Satu baris je. Eh awak tahu tak saya ni tengah bercuti. Kacau jek!" Kata cikgu yang bertugas itu dengan latar belakang biliknya pantai. Bola pantai pun ada. Ni jenis nak simpan duit ke takde duit nak spend?

Nisa bergegas ke rak belakang itu dan mencari-cari buku bercolour cyan.

The monkey's tale : how to be a great monkey

Seriously? Buku apa ni? Papa nak suruh aku jadi monyet ke apa ni?! Nisa membuka buku yang agak usang. (Mungkin bekas kopi tertumpah dan something yang melekit.. wait.. madu ke?)

"MAK AI! BEDAK APA NI?!" Jerit Nisa. Berbedak buku monyet ni. Ingat sweet agaknya. Buku itu ditebuk tengahnya lalu diletaknya satu bekas yang berkunci.

"Kreatif jugak papa eh? Patutlah buku ni dipilihnya."
Nisa membuka bekas itu lalu tersenyum gembira.
"Game's on!" Kata Nisa sambil membuat kahar's 'tongue' thing.

"Ayam! Ayam!!" Jerit Nisa ke dari luar stor tempat cikgu Azam selalu lepak. Tiada balasan kedengaran. Nisa lantas menendang pintu stor itu.

"Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam, ayam turki, ayam belanda..." nyanyi Cikgu Ayam sambil bergelek-gelek dihadapan kamera. Rambutnya diikat dengan tuala, berkain batik, bermikrofonkan senduk. Senduk tu feveret dia kot.

"Macam macam perihal ayam.. angat-angat tahi ayam, sabung ayam, nasi ayam, telur ayam.." sambung Nisa sambil mengerakkan lehernya ke hadapan dengan tangannya membengkok.

"Woi! Kacau music video aku!" Bebel cikgu Ayam.

"Benda kau ni? Buat malu lah!" Kata Nisa sambil menyucuk-yucuk tuala kepala cikgu Azam.

"Kau tengok apa yang aku jumpa ni! Salinan kitab High Council! Dengan lesen-lesen korang!" Kata Nisa dengan senyuman yang lebar dibibir.

"Weii! Serious lah!.. kalau ceni, kau claim jela kau KAPLA tahun ni!" Kata Cikgu Ayam

"Mana boleh.. kita kena lah manifesto baru adil! Esok, aku nak mintak kau kumpulkan satu batch form 4,5 kita buat opening!"

[Tamat BAB 8 : ADAT (part 1)]

Luahan creator : assalamualaikum n haii semuaa <3 iman nak ckp yang iman akan slow post story ni sebab dah start busy untuk sekolah right? Good luck 4 you guys! For batch 10, iman doakan utk berjaya di smk ni. Belajar leklok! For batch 08,07.. goodluck menjadi senior! Do your best okey ♡ jgn lupa! Sabtu nanti episod akhir PHC ! baii, see ya ♡

PROJECT : HIGH COUNCIL 2Where stories live. Discover now