INTERAKSI
Aku cuma mahu cerita
Disini hujannya gerimis
Mendungnya pun tidak
Risau sakit badan menimpa kerana cuaca yang berubah tiba tiba
Apakah kau sihat disana?
Ceritakan tentang cuaca dan harimu
Agar aku tahu kau juga risau tentang kondisi dirimu bukan saja aku
Jaga diri dimana kau berada,
Jangan kau sakit tiba tiba.
Percayalah disaat kau rasa galau jiwa,
Kesedihan menerpa,
Kau punya aku untuk cerita.
Aku harap kau baik baik saja.
