Kau Inspirasi
dulu diri ini kerdil takut untuk berimaginasi,
bimbang ditertawa kerana angan-angan mahu jadi sang pujangga,
tetapi bukan kalini ini,
kerana hadir 'dia' yang memberi inspirasi.
sebuah karya bukan imaginasi mahupun fantasi
penulisan ini terhasil dari sebuah memori
memori yang aku bayangkan ketika kau jauh di pelusuk bumi
aku harap kau tidak akan pergi,
kerana pena masih mahu mengisi aksara untuk coretan dari semua memori.
aku harap cerita kita takkan berakhir disini,
kerana kau sumber inspirasi
kalau kau pergi siapa mahu aku ceritakan menggunakan pena ini?
