jelas sekarang diri sudah mengerti hidup tidak akan bahagia apabila berpaksikan manusia
kesakitan yang jelas terasa sehingga mencacatkan minda yang dulunya normal kini semakin galau dan gila
bahwa sekarang menangis adalah hobi baharu yang diri ini cipta,
kesakitan jelas terusik sehingga ke dalam jiwa
penah diri merayu untuk difahami tentang sakit yang dirasa tapi suara bagaikan mempunyai tembok terhalang oleh sang manusia
dibiarkan oleh manusia untuk memujuk hati sendiri sehingga keadaaan tidak lagi seperti manusia normal yang dulunya punya akal sihat
jujur aku rindu diri aku yang sebenarnya, aku patah dalam memberi pengharapan kepada manusia lain, harus aku telan satu persatu sakit yang jelas nyata mungkin tiada penghujungnya
kalini aku punya keputusan yang aku tahu kesakitan bakal tiba dan kesakitan yang tetap harus aku telan,
keutamaan diri sendiri harus aku dahulukan, tapi keputusan ini mungkin dianggap jahat kepada sesuatu pihak, tetapi keputusan ini dibuat ketika diri diajar untuk bertenang ketika diri ditinggalkan seorang diri tanpa ada satu pun yang cuba mengerti
terima kasih kerana memberi satu rasa yang takkan aku lupa
sakit, meratap, menangis, memahami apa itu rasa sayang cukup untuk beberapa tahun ini aku rasa.
