wahai puisi sepi,
kau tidak sendiri,
maafkan aku kerana lama menyepi,
ingin aku ceritakan beberapa perkara yang terjadi,
pada ketika ini ada seseorang yang cuba menemani,
memberi kebahagiaan yang tidak dimintak,
memberi jawapan tentang kewujudan aku atas dunia,
wahai puisi sepi,
maaf kalini agak sepi,
aku masih mahu memenuhkan coretan ini,
sabar,
akan kuceritakan keunikkan dia untukmu,
dia akan jadi jawapan untuk coretan kali ini,
wahai puisi sepi,
terima kasih kerana menunggu,
aku masih tidak jemu,
aku masih disini,
orang yang sama dan mungkin permikiran berbeza,
masih memegang pena yang sama.
wahai puisi sepi,
doakan aku untuk bahagia yang sekarang, semoga bahagia ini akan kekal untukku dan senyuman sekarang adalah senyum yang tiada lagi tangisan pengakhiran.