"Korang kalau dah habis solat,jomlah turun.Dah pukul 4.30pm dah ni,nanti fasilitator marah pulak.."
"Kejap wei,kejap tudung aku dah macam ape dah."
"Dah solat belum?Kalau belum,cepat sikit..Kita kejar masa."
Habis riuh rendah rumah bernombor A033 itu.Seorang kerenah macam tu,seorang kerenah macam ni,lagi seorang lagilah keranah macam tu macam ni.Sudahlah ada 8 orang.Pening pening.
"Jangan kabut,nanti aku kabut jugak..Sabar sabar spek aku hilang."
"Ya Allah,Emy..Time time ni jugak lah spek kau nak hilang.Kau tak pakai spek pun nampak jugak kan,balik nanti lah cari.",kata Iera.
Bella mencelah,"Emy,spek kau aku nampak kat hujung katil tadi,sebelah telekung..Cuba check."
Pantas Emylia memasuki biliknya demi mencari kaca matanya.Kelam kelibut dia mencari,terlalu mengejar masa.
"Dah jumpe,jom!"
Tergesa-gesa Bella menutup suis kipas dan lampu,Eira mengunci pintu dan pelajar lain sudah bergerak ke tempat aktiviti program seterusnya.
DEWAN HARUN AMINURRASHID
Tapak kaki Emylia menapak lantai dewan itu.Suasana dewan yang tadinya terlalu bising perlahan lahan senyap.Semua mata memandang kearahnya.
"Eh ni dah kenape tengok aku ni?Astu tiba tiba slow slow senyap pulak tu.Ade yang tak kene ke?"
Melilau mata Emylia mencari barisan kumpulan sekolahnya.
"Mane pulak barisan sekolah aku ni?Ke aku je budak sekolah aku yang sampai dulu...Tolong la,aku dah la segan,takut pun ye."
Dari kejauhan,satu lambaian dilambaikan kepadanya bersama sahutan suara seseorang.
"Emy!Emy!Sini sini!"
Seperti gerakan refleks,Emylia menghampiri gerangan yang berada didalam barisan diantara puluhan pelajar disitu.
"WEIII!IRINEEE!LAMA NYA TAK JUMPE KAU!"
Emylia menjerit keterujaan.Dia menemui kembali kawan rapatnya di bangku sekolah rendah dahulu.Bukan dia sahaja yang begitu,Irine juga seperti dirinya.Teruja bertemu kembali selepas beberapa tahun penuh liku berlalu.
"Hello?Hello?Test mic one two three."
"Diminta semua pelajar untuk beratur mengikut barisan kumpulan sekolah masing masing."
"Eh aku masuk barisan aku dulu,nanti kita borak.",beritahu Emylia.
Irine hanya mengangguk tanda setuju dan melambai tangannya kearah Emylia apabila Emylia bergegas ke barisannya.
"Rasa macam ade yang tak sampai lagi,takpe kita tunggu diorang lagi 5minit lepastu kita start aktiviti kita untuk programme hari ni.",umum seorang fasilitator lelaki bernama Afiq.
5minit berlalu...
Semua telah berkumpul bersiap sedia untuk aktiviti pada hari pertama program ini.Ramai yang 'excited' dan tidak sabar untuk berinteraksi antara satu sama lain serta mengenali orang baharu.
Aktiviti pemecahan kumpulan dilaksanakan mengikut huruf depan nama kemudian sesi 'ice breaking' dijalankan untuk menghilangkan rasa 'awkward' antara pelajar.
Setiap kumpulan diminta untuk duduk secara dalam bulatan untuk memudahkan perbincangan.
Sepanjang aktiviti berlangsung,Emylia,secara tidak diduga mengalami 'anxiety attack'.Cuba dia kawali sehabis mungkin 'anxiety attack' tersebut.Ia terjadi berkemungkinan kerana dia takuti akan tempat yang sesak.
Emylia membuka kaca mata,meraup wajahnya.Cuba untuk menenangkan diri.Dia menundukkan kepalanya,menyembunyikan situasi yang dihadapi.
Dia mengangkat kepalanya,sepasang mata sedang memerhatikannya.Tajam pandangan diberikan oleh lelaki itu.Mungkin hairan dengan Emylia itu sendiri.
Sudahlah tengah berperang dengan masalah mental tidak diduga,pandangan tajam lelaki itu sedikit sebanyak menambah kegelisahan dirinya.
Emylia memandang kembali lelaki yang memerhatikannya tadi.Oh,dirinya masih diperhatikan.Lama mata itu menatap tajam.Mahu sahaja Emylia melarikan diri,tetapi dia perlu bersikap sahaja.
Hanya sebuah senyuman dilemparkan oleh Emylia kepada lelaki itu kemudian pandangan Emylia beralih memandang tempat lain.
"Dia,Dia..Dia senyum kat aku ke?Obvious sangat ke aku perati dia ni?HAHAHA tapi comel la."
"Oi,kau tersengih sorang ni apahal gile?"
Kembali terus Emir ke realiti dunia fana ini.
"Mana ade aku sengih pape.Aku tengah buat muke kerek,sambil perati seekor seekor kat sini."
"Aku perasan tadi kau tetibe je tersengih sorang.Awek mana kau usya ni?Kau jangan tunjuk sangat playboy kau kat sini.",suara Danial.
Emir menghiraukan kata-kata Danial.Yang dia fikirkan sekarang adalah perempuan tadi.Perempuan tadi pelik baginya.Pelik dengan cara perempuan itu membalas pandangan tajamnya.
"Dia tak rasa takut?Tak pun,macam nak jeling aku balik ke?Kenapa dia senyum?",detik hati Emir.
Senyum?Itu balasan pandangan tajamnya?Okay,Emir mula tertarik akan perempuan ini.Perempuan berkaca mata yang berjaya menarik perhatian Emir Darish.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE FATE.
Short Story"He showed me life.I know it sounds dumb and childish,but he showed me how's life is,reasons why we need to survive and he's the goal that I wanna reach." - Irina Emylia. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Aku dan dia,kami dan juga kenangan.Kelakar kalau ak...