-6-

6 0 0
                                    

Sesampai sahaja Feliza dan Emylia di bilik mereka.

"Emy,esok kita ade programme dekat dewan rasmi tau."

"Programme ape eh?Aku lupe kejap.."

Belum sempat Feliza membalas,telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Jap eh,Emy..Macam urgent je ni,call dari mama aku."

"Eh takpe,kita sembang esok je.Aku pun nak masuk tido,teman dah ngantuk wei..",seloroh Emylia.

Feliza mengangguk dan segera menjawab panggilan mamanya.Emylia pula bergegas ke bilik.

Bilik Emylia

Emylia duduk dibirai katilnya,beberapa gambaran memori terlintas di mindanya.

Tersenyum.

"Wow,i miss all that..its been few years and months,and i still remember it clearly."

Layar wajah Emir,gelak tawa Emir,pandangan Emir.

Emir...

Masih lagi beberapa tahun ini,

Figura Emir yang menjadi sumber kekuatannya.

"You're the best woman that i ever had,i ever be with and i ever fallen in love with."

Perlahan bibirnya mengukir senyuman.

HAHAHA iya,dia rindu.Sangat rindu akan figura itu.

Lantas,Emylia berdiri dari birai katilnya dan menuju ke balkoni.

"Kalaulah,aku tak buat keputusan tu.Kalaulah aku pertahankan ape aku ade time tu..."

Lama dia renung bulan yang samar-samar kelihatan disebalik awan mendung malam itu.

"Ya Allah,Kau jagalah dia,peliharalah dia.."

Sungguh ketika itu,Emylia pasrah akan takdir.Hanya doa yang hati dia terbitkan serta bibirnya tuturkan,berlawan dengan takdir sedia ada di langit.

Dewan Rasmi

"Aku ni dah blur ade programme ape hari ni,lupe dah.",monolog dia sendirian.

"Oi,menung ape tu cik kak?!",Feliza menyergah.

"Engkau..Naseb takde penyakit jantung lemah ke,pernah jadi patient heart attack ke..Allahu..."

"HAHAHA sorry sorry"

Feliza menyedari Emylia seperti separuh jiwanya sudah hilang tika di dalam dewan yang riuh dengan ramai orang.

"Wei Emy..Kau kenape?Okay ke?Punye ramai manusia kat sini,kau boleh hanyut menung.."

Emylia memandang Feliza,sebuah senyuman dilemparkan.

"Teringat Emir ke?Haa cube spill..",usik Feliza.

Kebelakangan ini,bayangan Emir sering berlari-lari di minda Emylia.Sering daripada selalu...Aneh...

"First time kenal dia kat sini lah..Dewan ni..HAHAHA how i met him pun kelakar sebenarnya."

Geli hati Emylia mengenang tautan matanya dengan Emir menjadi permulaan yang merubah hidupnya.Kelakar lagi dia mengenangkan cara Emir cuba mendekatinya.

"Wey Emir,aku nak nombor kau boleh?Nak add dalam group,senang nak bincang pape sepanjang kat sini."

"Meh handphone tu..Sebenarnya,kau tak mintak pun,aku akan bagi..."

Emylia menghulurkan telefon bimbitnya kepada lelaki itu bernama Emir itu.Disambut bersama senyuman hambar Emir sebelum mendail nombor kepunyaannya.

"Ren?",pertanyaan singkat timbul dihati Emylia.

"Nah ni phone kau..Ha tu nombor aku..Nanti chat lah aku sekali,boleh aku save jugak nombor kau.."

"Asal Ren?"

"Aish adela..Nickname orang bagi kat sekolah..Kau nak panggil aku Ren boleh,panggil nama kat nametag ni pun boleh..Memane lah",jawab lelaki bernama Emir atau mungkin lebih mesra disapa Ren.

"Oh okay..Nanti aku add dalam group,thanks.."

"Jangan lupe chat aku sekali,mana aci kau je ade nombor aku."

"Ye..."

Tersedar Emylia dari layaran memorinya apabila Feliza mencuit bahunya.

"Jauh hilang dibuai angan..Sebut nama Emir sikit,mule la senyap astu tah kemana berangan ke ape nye tu."

"HAHAHA sorry sorry,just yeah had some dejavu about him...Lately la..Sebab kau lah tanya tanya pasal dia,now aku macam asyik melangut,merenung,blur sebab sikit sikit memori pasal dia terpa aku ni.."

"Aku ni curious je..Kau tau tak curious..Sebab macam 'WOW' sangat si Emir tu.Mana tak nye aku jadi detektif mengorek masa lalu Irina Emylia dengan pujaan hatinya,Emir Darish ni.."

Ketika itu,laju tangan Emylia mencubit pinggang Feliza.

"Opocot Emir tong tong meletop!",Feliza melatah.

Meletus gelak tawa Emylia.Hampir terkeluar air matanya.Seronok dapat kenakan Feliza sebegitu,baru dia tahu sikit.

Feliza memukul bahu Emylia kerana geram dengan perbuatan Emylia sebentar tadi.

Emylia menyambung gelak tawanya sehingga dia dan Feliza diperhatikan oleh beberapa pelajar alumni disitu.

Tiba-tiba,

"Ni Emy kan?",tegur seorang lelaki.

Sosok lelaki itu dipandang dan serta merta ingatan mengenai lelaki itu menerjah minda.

"Eh Abang!Ape buat kat sini?Ingat dah graduate dah."

"Abang sambung master kat sini...Sebelum ni tak pernah nampak Emy,ni first time nampak.Lama ke dah sambung sini?Ingat tak jadi nak jejak UPSI ni lagi.."

HAHAHAH wow,tidak disangka fasilitator sewaktu program Emylia pernah sertai dulu terserempak disitu.

Nak dijadikan cerita lelaki ini atau mesra disapa Abang Fikri,dulu la selalu mengusik Emylia dengan Emir dulu.Konon berjodoh lah,muka sama lah,cerah masa depan naik pelamin bersama lah.Macam macam saja..

"Saya pun baru lagi sambung degree kat sini,tak la baru boleh la..Ini pun pertama kali nampak Abang.Ingat dah graduate degree,dah jadi laki orang dah.."

"Alah lagi sikit je ni,habis je ni Abang masuk la meminang Kak Hayda kamu tu.",seloroh lelaki itu.

Belum sempat Emylia membalas,laju saja Abang Fikri itu mengajukan soalannya.

"Tak sambung sini dengan Emir?Sebelum ni korang sesame kan,ape cerita?"

"Takde jodoh bang,saya pun dah tak dengar khabar berita dia"

"Lah Abang ingat sama-sama lagi..Teringat dulu Abang beria bagai nak rak jodohkan korang.."

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 25, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

THE FATE.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang