-3-

7 0 0
                                    

Bas itu menyelusuri jalan menuju destinasi.Jujur disudut hati Emylia,dia berasa sunyi tanpa Hayla disisi.Pandangannya dia menangkap setiap gambaran perjalanannya dia atas 'highway" tersebut.

"Aih,Tanjung Malim ni jauh betul ek..Bile la nak sampai,aku dah lah bosan ni terperuk..Kawan pun takde nak nyembang..",keluh Emylia.

Emylia membetulkan posisi kedudukannya,tangan memeluk dirinya.Perlahan dia tutupi kelopak matanya agar terlena,mengharapkan masa berlalu dengan pantas.

2jam setengah telah berlalu.

Bahu Emylia dicuit,dek kerana terkejut,Emylia tersentak terjaga.

"Wei Emy,bangun.Kita dah nak sampai dah..Kau takkan nak lepaskan entrance kita ni..",pemilik suara itu menegur.

"Engkau ni,Tia..Terkejut aku,dia punye gerak bangun,macam nak bagi roh aku tak kembali ke badan.."

"Err sorry la,aku tak sangka pulak aku macam terkejutkan kau..Jantung okay?Otak okay?Mana tau dah syot sikit sebab aku."

Belum sempat Emylia mengatakan apa apa,suara Cikgu Izzati sebagai pengiring mereka ke program itu sudah bergema.

"Pelajar,kita dah nak sampai ke destinasi kita.Cikgu harap kamu semua jaga tingkah laku,jaga nama baik sekolah kita.Kamu semua dah besar,jadi cikgu rasa kamu faham dah."

Emylia memandang keluar,pandangannya menangkap tulisan di sebuah 'signboard' jalan.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI)

"Dah nak sampai,uish nervous...Aku ni dah lah introvert.Taktau acane aku nak tegur orang,hope ade yang tegur dulu.",detik hati Emylia yang berdebar.

Tersegamlah bangunan institut perguruan itu.Tidak berkelip mata Emylia melihat institut itu.Itu adalah pertama kali dia menjejakkan kaki disitu.Selama ini,hanya sering terdengar tentangnya.

Pelajar menuruni tangga bas itu,pelbagai reaksi diberikan.Walaupun institut ini berada diceruk pinggir kota,institut itu boleh dikatakan 'not bad'.

"Ini kalau belajar kat sini seumur hidup pun takpe.Suasana dia best!",tutur seorang pelajar sama 'batch' dengan Emylia.

"Sejuk kat sini,macam kat Cameron.."

"Rasa rasa ade tak abang uni handsome kat sini?Mana tau terserempak dengan jodoh."

"Itulah,tak de ke?Nampak lengang je UPSI ni..diaorang cuti ke ape?"

"Alah tak best lah,baru ingat nak terserempak dengan jodoh."

Riuh rendah rombongan pelajar itu berborak,lagi-lagi pelajar perempuan.Berangan nak jumpa jodoh kat sini,patutlah ramai perempuan yang sertai.

Dikala itu,beberapa persoalan juga melintasi benak Emylia tetapi cuba dia tepis soalan mengarut yang melintasi.

"Pelajar,beri perhatian!Cikgu nak kenalkan kamu semua pada orang yang akan mengendali program kamu semua sepanjang disini."

Cikgu Izzati cuba mencelah suasana riuh rendah itu.Emylia mencari cara untuk melihat siapakah fasilitator mereka sepanjang disana.Penampakan seorang gadis anggun disebelah guru pengiring berjaya menarik perhatiannya.

"Lawa nye..."

Hampir mahu ternganga mulut Emylia kerana terpesona.Selama dia bertemu dengan pelbagai manusia berkerenah kelakar serta tidak dapat diduga,itulah pertama kali dia melihat gerangan manusia yang sangat anggun.

"Sebelah saya ni,fasilitator kamu sepanjang programme ye.Tolong hormat dia ye.."

Suara Cikgu Izzati memecahkan lamunan Emylia.Emylia kembali tersedar ke realiti.

"Hai semua!Akak akan jadi fasilitator awak semua sepanjang 3hari 2malam kat sini.Nama akak Hayda Husna tapi boleh panggil Kak Hayda..Akak amik master kat sini..Okay sekarang sebenarnya musim cuti sem,jadi tu yang UPSI ni takde orang..Yang handle programme awak je ade kat sini.",ceria sosok itu memperkenalkan diri sambil tersenyum manis.

"Apa apa,boleh jumpe akak lah.Nak mintak tolong ke,ade bende nak tanye ke...Jangan risau,akak tak makan orang..Muke je macam garang sikit kalau tak senyum.Kat belakang awak semua tu,Kak Erin dengan Abang Fikri.Yang tudung brown tu Kak Fina.Awak pun boleh tanya or cari diaorang..Diaorang setakat ni makan nasi,dengan makanan dekat cafe KAB tu je.Belum ade kes telan anak orang."

Kedengaran beberapa tawa memecahkan suasana sunyi itu.Taklah 'awkward' sangat bila ada yang berbunyi dan tertawa.

"Alright,selesai dah kot nak kenal kan diri..Kita kejar masa sebenarnya ni.Now,akak nak korang buat kumpulan dalam 8orang satu group..Yang pelajar lelaki akak serahkan dekat abang fasi lah..blok lain lain.So boleh lah pecah now."

Arahan telah diberikan,dan pelajar mula berpecah.Pelajar lelaki diserahkan kepada fasilitator lelaki dan pelajar perempuan telah membentuk kumpulan seperti diarahkan.

Taklimat serba sedikit diterangkan secara jelas oleh Kak Hayda berlangsung lancar,serahan kunci rumah pada setiap kumpulan selesai dan semua telah bergerak ke rumah masing masing untuk meletakkan barang sebelum turun ke tempat aktiviti program seterusnya.

THE FATE.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang