"KRING!!"Bunyi loceng jam menandakan tamatnya waktu rehat. Murid bergerak masuk ke dalam kelas. Pada waktu itu, seorang guru sedang berjalan menuju ke kelasnya sambil diiringi oleh remaja perempuan yang berusia 14 tahun. Di kala kaki sang guru itu melangkah masuk ke dalam Kelas Tingkatan 2 Bestari terdengar suatu suara memberi salam.
"Assalamualaikum, Teacher Anis ," ucap ketua kelas yang bernama Akram. Kemudian diikuti oleh pelajar lain.
"Waalaikumussalam, class. Kamu boleh duduk," ujar Teacher Anis itu kepada murid-murid nya. Dia meletakkan buku yang dibawa nya tadi diatas meja guru.
Teacher Anis mengajar subjek bahasa Inggeris bagi murid menengah rendah sahaja.
"Okey, class before we start the learning. I want to introduce your new friend. This is.....," kata-kata Teacher Anis itu terhenti apabila murid yang berada disebelah nya itu tiada. Dia terpandang akan kasut yang berada dibelakang pintu kelas itu.
"Zahra, you can come in to the class now," kata Teacher Anis. Pelajar perempuan itu pun melangkah masuk ke dalam kelas.
"You want me introduce yourself or you want do it by yourself?," tanya guru itu.
"Ala, cikgu ni dia tu bukan budak sekolah rendah. Biar dia buat sendiri," kata seorang perempuan dengan nada yang menunjukkan bahawa dia tidak menyukai pelajar baru itu.
"Kirana, behave yourself," tegur Cikgu Anis.
" Teacher its okay I will do it by myself. Hi, everyone. My name is Rian Zahrah. You can call me Zahra," ucap Zahra dengan ceria.
Dah subjek Bahasa Inggeris, kenalah cakap bahasa orang putih kan.
Satu kelas riuh dengan suara-suara budak lelaki. Mana tidaknya riuh kalau ada budak baru yang cantik kan.
Zahra baru tersedar sebab Kirana seperti tidak menyukainya. Kedatangan nya ke sekolah itu telah mencalarkan gelaran Kirana bakal disandang olehnya.
Gelaran ratu cantik sekolah je pun. Zahra pun tak ingin gelaran tu. Kita datang sekolah untuk belajar bukannya nak melawa.
"Zahra awak boleh duduk di sebelah Humairah,"kata Cikgu Anis sambil menunjukkan meja yang akan di dudukinya nanti.
Kemudian dia berjalan menuju ke meja berkenaan dan duduk. Kelas itu makin lama semakin bising.
"Okay, class sekarang mari kita mulakan kelas,"kata guru itu lagi."Yes, teacher....,"sahut seluruh kelas dengan sangat lemah.
Selepas waktu sekolah tamat....
"Rian Zahra tunggu!!," kata suatu suara yang sebenarnya sudah lama dikenali nya yang sedang berlari ke arah nya. Kemudian dia berpaling ke belakang.
"Oh, Humairah...," ujar Zahra. Dia tersenyum sendirian.
"Kau ni tenang sangat orangnya. Siap boleh senyum lagi. Kau pun tau kan aku ni antara orang yang boleh mempecahkan tembelang kau," sindir Humairah. Dia tersenyum sendirian lagi.
"Betul lah tu, Cik Safra Humairah. Dan aku juga tahu yang kau takkan bagitau apa-apa pasal aku kan...,"kata Zahra. Dia mengenyitkan mata.
"Fine. Aku mengaku kalah. Eh, mana kembar kau, si Zahra tu?," tanya Irah.
"Oh, dia tu dekat overseas sana. Bulan depan baru dia balik,"jawab Zahra.
"Hah, lagi satu takkan aku nak panggil kau Zahra juga. Kan selama ni aku panggil kau Rian sebab nama kau kan Rian Zahra. Tahu lah nama korang tu hampir sama,"ujar Irah.
YOU ARE READING
Mrs Secret
RomanceKisah tentang dua hati yang tidak sepatutnya bersatu. Siti Ryana Zahra seorang ketua pasukan mafia yang bukan menyerang seseorang itu tanpa sebab yang munasabah dan dia adalah pemangku CEO syarikat keturunannya. Muhamad Arief Iskandar seor...