Apabila semua murid sudah berkumpul di hadapan para guru dan fasy, seorang lelaki tampil ke hadapan dan kemudian dia berucap.
"Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Biar saya perkenalkan diri, nama saya Firdaus. Firdaus Lee.Awak semua boleh panggil saya Encik Lee. Saya ketua fasy dan pengurus bagi acara ini. Di sebelah kanan saya ni adalah para guru dari Maktab Tentera di-Raja.Diketuai oleh Sarjan Hamzah. Dan di sebelah kiri saya adalah para guru dari Sekolah Menengah Bandar Easter. Yang diketuai Cikgu Adam,"ucap Encik Lee.Para pelajar dihadapannya semuanya senyap sahaja, seperti mahu tidur.
"Okeylah, memandangkan masing-masing pun sudah penat saya akan meringkaskan taklimat ini sebolehnya...... Baiklah kamu semua akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Saya harap kamu boleh bentuk kumpulan kamu sekarang..," arah Encik Lee. Semua murid mula bergerak untuk membentuk kumpulan masing-masing.
"Cikgu tak cukup ahli," kata seorang murid perempuan dari SMK Bandar Easter.
"Alahai apalah masalah budak-budak ni, semua orang kot diaorang nak panggil cikgu,"omel Encik Lee.Dia tersenyum dan berkata,"Kumpulan yang tak cukup ahli nanti pelajar yang baru sampai tu masuk kumpulan kamu."
"Baiklah semua sebelum acara bermula kamu boleh pergi siapkan diri kamu. Kamu diberi masa selama 2 jam, untuk main ditepi pantai, mandi, solat dan makan. Saya harap kamu semua dapat menguruskan waktu kamu dengan baik," ujar Cikgu Adam.
"Saya mahu jumpa Rian Zahrah dan Safra Humairah dari SMK Bandar Easter dan juga Qistina Qaireena," ujar Encik Lee. Semua murid beredar dan mula melakukan hal masing-masing. Setelah semua pelajar beredar dari kawasan itu barulah Encik Lee mula bercakap dengan tiga orang murid yang dipanggilnya tadi.
" Saya harap kamu bertiga boleh menyimpan rahsia yang bakal kamu ketahui sebentar lagi. Ni nombor bilik kamu bertiga.. Saya mintak diri dulu," kata Encik Lee kepada mereka bertiga.
Rian dan Humairah merasakan bagai ada sesuatu yang pelik akan berlaku. Manakala Qistina pula .....
"Kau rasa apa yang aku rasa Irah ?" tanya Rian. Dia bukannya tiada perasan apa-apa yang pelik disitu. Mengapa pak ngah nya ada di situ...?
"Rasa...Tapi takyah ah pelik sangat... Kita happy-happy je kat sini," beritahu Irah supaya rakannya itu tenang.
"Ehm.. ,"balas Rian , lalu pergi ke bakal rakan bilik nya itu untuk berkenalan.
"Rian Zahra..," kata Rian sambil menghulurkan tangan nya. Tangan itu disambut ," QIstina. Qistina Qaireena."
" Jom.." ajak Irah. Semua senyum dan berjalan ke bilik mereka.
Di hadapan bilik mereka....
Mereka semua terkejut melihat satu susuk tubuh wanita yang sangat dikenali."Hai..," sapa wanita itu.
"Kau.. Apa kau buat kat sini?" tanya Rian dengan agak kasar. Namun wanita itu hanya tergelak kecil dan tersenyun sambil membuat muka tegas.
"May I answer that question inside?" Tanya wanita itu.
YOU ARE READING
Mrs Secret
RomanceKisah tentang dua hati yang tidak sepatutnya bersatu. Siti Ryana Zahra seorang ketua pasukan mafia yang bukan menyerang seseorang itu tanpa sebab yang munasabah dan dia adalah pemangku CEO syarikat keturunannya. Muhamad Arief Iskandar seor...