Setelah sampai di destinasi yang ditujui.........
Sementara Sarjan Hamzah, Encik Lee serta guru yang terlibat menguruskan tentang beberapa hal yang belum diselesaikan seperti yang dibincangkan dalam perbincangan beberapa bulan yang lalu, murid-murid akan tidur didalam bilik yang sudah di tempah. Namun pihak sekolah juga diminta untuk membawa beberapa buah khemah.
Sementara itu, murid-murid dibenarkan untuk bermandi-manda di pantai itu. Di kala semua pelajar sedang gembira bermandi-manda. Masih ada beberapa pelajar yang masih belum menjejakkan kaki di persisir pantai. Juga banyak gelagat pelajar-pelajar di situ. Namun begitu, mari lihat keletah dua sahabat ini.
"Mmm, macam best je tengok diaorang mandi pantai ni," kata Darwin kepada rakan sebelahnya. Namun tiada satu suara yang membalas. Dia perasan kawannya seorang ini sedang melihat sesuatu lalu memandang ke arah yang dipandang kawannya itu.
"Rip, yang kau tenung budak perempuan tu kenapa? Kan benda tu tak baik ,"tegur Darwin yang tidak senang akan kelakuan kawan karibnya itu.
"Habis tu, takkan kau tak rasa pelik .. Budak tu tiba- tiba ada kat dalam bas kita?" Tanya Arief yang sedikit marah apabila kawannya tidak perasan akan situasi yang pelik itu.
"Dah tu... kau pergi jelah tanya dia. Apa yang susah sangat?" Tanya Darwin yang sedikit marah dengan kawannya itu.
"Yang kau marah sangat ni dah kenapa , aku blah dululah," ucap Arif dan berlalu pergi.
Darwin tersenyum dan mengepal tagannya."Ish! Dia ni memang nak kena lah," kata Darwin sambil menumbuk tapak tangannya.
Dalam masa yang sama.......
Dari kejauhan kawan- kawan Arif dan Darwin melihat aksi mereka dan merancangkan sesuatu. Apabila mereka dapati Arif sudah meninggalkan Darwin, maka mereka pun memulakan apa yang sudah dirancng. Mereka berjalan perlahan-lahan agar tidak didengari oleh Darwin.
"Hah!!" Sergah mereka serentak.
"Mak!!" Latah si Darwin."Ish.. Korang ni memang nak aku mati awal ke?" Tanya Darwin yang sudah terasa degan usikkan kawannya itu lalu kawan-kawannya mulalah ketawa besar.
"Alah brother... janganlah terasa sangat," kata Ye Minlang sambil tersengih sepertimana yang lain juga turut berbuat demikian.
"Hah ni, Arief tu dia buat apa?" Tanya Daud sambil menunding jari ke arah rakannya.
"Ehm... dia tu nak tanya budak perempuan yang baru masuk dalam bas kita tadi," jawab Darwin.
"Oooo...., apa kata kan kita join sekali," ujar Daud.
"Macam menarik je idea kau tu ....," kata Darwin sambil tersenyum seperti ada udang di sebalik batu.
"Eh bila difikir balik, lain kali lah kita kenal ngan dia, sebab... aku nak pergi mandi pantai," kata Daud.
" Okaylah, kalau macam tu. Aku nak teman Arieflah. Mana tau ada benda best berlaku," kata Darwin.
Di tempat berdekatan .....
Arief kini berada di hadapan gadis yang dia ingin kenali. Dia sangat berbeza kerana dia memakai topeng yang berwarna kuning keemasan di sebelah kanan wajahnya. Dia juga sepertinya mempunyai darah kacukkan meihat dari wajahnya.
"Assalammualaikum," sapa Arief dengan sopan. Namun tiada suara yang menyambut sapaannya.
Dia juga pelik mengapa gadis itu tidak membalas salamnya sedangkan dia elok bertudung. Sambil- sambil dia berfikir dia terlihat gadis dihadapannya tersenyum. Dia terpaku melihat gadis itu tersenyum manis, sangat manis sehinggakan dia juga tersenyum.
"Maaf ya cik. Boleh saya tanya kenapa awak tak jawab salam saya?" Tanya Arief kepada gadis itu.
Namun begitu gadis itu hanya tersenyum lalu dia pun menjawab." Saya rasa awak mesti tau kan. Sebab mengikut persenoliti awak ni macam orang dari keluarga yang alim bukan?" Tanya gadis itu selepas memberi jawapan.
Semakin ligat otak Arief berfikir. Kemudian dia jumpa jawapan itu dan membuatkan dia senyum hingga ke telinga.
"Saya mintak maaf sangat-sangat. Saya rasa takkan ada yang sangka macam tu sebab saya ada bawak kawan saya ni eh....," ujar Arief yang sedang mencari kawannya itu. '' Mana pula dia ni," bisik hati Arief.
" Tak mengapa. Itu eh kawan awak. Mesti awak tak perasankan sebab semangat sangat nak kenal dengan saya. Kenapa awak nak kahwin ngan saya ke?" Tanya gadis itu seperti menyakat lelaki di hadapan nya itu. Terpaksalah Arief menahan malunya sendirian. Kedengaran di belakang Arief bunyi tapak kaki yang makin menghampiri. " Mesti dia pulak yang nak perli aku," kata Arief di dalam hatinya.
"Woi! Arief kau ni tak boleh tunggu aku ke, hah?" Tanya Darwin yang masih tercungap-cungap. Namun Arief sunyi sepi kerana dia merasakan soalan itu seperti memerli dia. Darwin yang masih di belakang arief hairan lalu dia melangkah pergi kehadapan Arief dan dia tesenyum sambil ketawa terbahak-bahak.
"Eh, Arief kau pergi dating eh?" Tanya Darwin yang masih ketawa.
"Pasal apa kau tanya macam tu?" Tanya Arief pula sambil menahan malu.
"Kau nak tau ke? Aku rasa tak yah ah," sakat Darwin.
" Ish, cakap je lah," gesa Arief.
" Se..bab nya muka kau merah sangat lah," jawab Darwin yang semakin galak ketawa. Gadis yang ada dengan mereka pun tersenyum kerana hampir menghamburkan tawanya. Arief yang terlihat reaksi gadis itu merasakan dirinya bagai udang yang dipanggang.
"Ish kau ni, ada perempuan kot. Kontrol lah sikit ketawa kau tu. Buat malu aku je la," tegur Arief.
" Ouh.. tak perasan pulak ada cik adik yang canti lagi manis kat sini. Nama abang Muhamad Darwin. Panggil je Abang Darwin tak pun Abang Win. Nak tahu tak sebab apa...?" Tanya Darwin.
"Ehm... tak nak sebab saya dah tau sebab nya. Sebabnya dalam kalangan kawan abang, abang seorang je yang menang bab mulut manis," jawab gadis itu dan tersenyum.
"Pergh... bijak nya cik adik ni," puji Darwin.
" Ehm ... terima kasih ..," ujar gadis itu.
"Kalau macam tu nama saya Muhamad Arief Iskandar. Ni tahun last kami sekolah menengah. Nama cik adik pulak apa? Kenapa cik adik masuk bas kami ?" Tanya Arief.
" Oh.. Saya dari sekolah lain dan saya seorang je yang jadi wakil sekolah saya tu. Ehm.. nama Rinara. Rinara Nur Ain," jawab Rinara.
'' Eh, Darwin, Arief sarjan dah panggil lah tu. Jomlah," ajak Kumar sambil menunnding jari ke arah Sarjan Hamzah. Rinara yang ada di belakang mereka sudah pun hilang.
"Jom Rinara..," sambil toleh ke belakang ,"Eh mana dia pergi?," Tanya Arief di dalam hati apabila Rinara tiada di belakangnya.
YOU ARE READING
Mrs Secret
RomanceKisah tentang dua hati yang tidak sepatutnya bersatu. Siti Ryana Zahra seorang ketua pasukan mafia yang bukan menyerang seseorang itu tanpa sebab yang munasabah dan dia adalah pemangku CEO syarikat keturunannya. Muhamad Arief Iskandar seor...