Selepas setengah jam kemudian.........
"Tuan, tuan tak nak kami ekori, YL ke?" Tanya salah seorang anak buahnya. Alex menghelakan nafas.
"YL, Tu pandai jaga diri dia,"jawab Alex.
"Habis mengapa selama ni kami perlu ekori YL sepanjang masa. Sedangkan YL pandai jaga diri sendiri. Bila dah terkantoi kami hampir kena hukum dengan teruk," kata anak buahnya lagi.
"Betul tu," sokong lagi seorang anak buahnya. Alex tersenyum apabila perangai anak buahnya sudah bermula.
"Begini lah, memandangkan kita dah pun siap ganti tayar kereta no. Jadi apakata dah sampai sana nanti, baru aku cerita kan kat korang. Okay," cadang Alex.
"Baik, bos,"kata anak buah nya itu.
"Aduhai, takkan aku nak pandu kereta sorang diri pulak?" Tanya hatinya.
" Aik, takkan kau nak biar abang kau pandu kereta seorang diri pulak. Tak kesian kat dia, hah Lee?" Tanya kawan kepada Lee."Ada lah kesian sikit. Tapi kan kalau aku duduk sana sapa nak teman aku main game? Hah kau jawab lah pula Rajesh," arah Lee.
"Alah kau ni memang tak sah kan sehari kalau tak main game," kata lagi seorang kawan mereka.
"Yelah. Takkan kau tak tau perangai si Lee ni. Taufiq," sindir Rajesh. Kemudian Rajesh dan Taufiq tergelak kerana seronok mengenakan rakannya itu."Okaylah. Fine. Korang memangkan. Cuba korang tengok si Tuai tu," kata Lee sambil menunjuk ke arah kawannya yang tidak banyak kata itu.
"Dah lah. Jom kita gerak nanti lambat pula," usul Tuai kepada kawannya yang sibuk berborak."Betul tu. Lagi lambat kita gerak, lagi lambat kita dengar cerita pasal YL," kata Taufiq pula.
"Hah, Lee kau naik dengan abang kau, ye,"cadang Rajesh. Lee hanya senyap sahaja lalu berjalan ke arah kereta yang dipandu abangnya.
"Ingatkan kamu nak tinggal di sini Lee," sindir abangnya pula. Lee mengetap bibir nya. Sudah lah tadi dia terkena dengan rakan nya. Sekarang ni abangnya pula. Bertabah sahajalah.
Di Teratak Windara......
Kedengaran bunyi sepasang tapak kaki seseorang. Kemudian dia berhenti di hadapan sebuah katil dan.......
YOU ARE READING
Mrs Secret
RomanceKisah tentang dua hati yang tidak sepatutnya bersatu. Siti Ryana Zahra seorang ketua pasukan mafia yang bukan menyerang seseorang itu tanpa sebab yang munasabah dan dia adalah pemangku CEO syarikat keturunannya. Muhamad Arief Iskandar seor...