Prolog

2.4K 53 9
                                    

Kalau sebelum ini suami yang menjadi peneman, kali ini si anak teruna pula menggantikan.

"Ya, lepas beli barang dapur Aisya terus balik."

Tanpa menghiraukan Mamanya yang sedang bercakap dengan Babanya melalui telefon, Huzair fokus memerhati rak yang menempatkan rempah ratus.

"Dah jumpa?" Huzair memandang sebelah kanannya. Dia mengangguk kecil lalu menunjukkan rempah ayam kurma.

"Baba yang call?" tanya Huzair walhal sudah tahu jawapannya.

"Siapa lagi nak call mama kalau bukan Baba?" si Mama menjongketkan kening. Seiring itu kaki terus mengorak mencari beberapa lagi bahan yang masih belum ditemui.

"Bukan main lagi Baba ya? Dia tak harapkan Huzair untuk jaga Mama ke?" usik Huzair. Sudah menjadi hobinya untuk mengusik kedua orang tuanya, lagi-lagi si mama. Sebab nanti mama blushing macam sekarang.

Nak blushing sebab apa pun tak tahu.

"Mama, Huzair nak pergi sana sekejap. Mama tunggu sini tau, jangan pergi mana-mana. Nanti tak pasal-pasal Huzair kena luku dengan Baba sebab Mama hilang." dalam pintanya, sempat dia mengusik.

Aisya menggeleng kecil. Tak habis-habis nak mengusik.

Kemudian Huzair mengatur langkah menuju kearah aiskrim. Bukan untuk dia, tapi untuk adik-adiknya di rumah. Bukan main membodek lepas tahu Huzair nak teman Mama keluar pergi beli barang dapur.

Sebaik aiskrim kegemaran si adik ditemui, pintu freezer kembali ditutup. Tapi rungutan di sebelah menarik perhatian.

"Tch, lambat sikit je."

Sedar diri diperhatikan, dia memandang Huzair. Sebelum pandangannya jatuh kearah aiskrim yang dipegang Huzair.

Dia mengeluh perlahan. Kemudian dia kembali membuang pandang kearah variasi aiskrim yang berada disebalik cermin peti aiskrim itu.

"Err encik, boleh tepi sikit? Saya nak ambil aiskrim."

Huzair tersentak. Barulah dia perasan yang dia masih statik berdiri di hadapan peti aiskrim. Huzair beralih ke tepi tapi masih tidak meninggalkan tempat itu sehinggalah si perempuan siap mengambil aiskrim.

Ada sesuatu yang sedang dia tunggu. Tapi nampaknya hampa, perempuan itu berlalu begitu sahaja.

"Dia tak kenal aku?" Gumam Huzair perlahan. Sebaik susuk gadis itu hilang.

"Huzair,"

Sekali lagi dia tersentak. Bila ditoleh ketepi, Mamanya sudah berada ditepinya bersama troli yang berisi barang dapur.

"Pilih aiskrim atau buat aiskrim?" Aisya menjongketkan kening. Huzair tersengih.

"Ushar awek," selamba Huzair menjawab sebelum mengambil troli dari pegangan Mamanya. Bekas aiskrim yang diambilnya tadi diletakkan kedalam troli.

"Eh gatalnya dia, awak tu baru je habis exam minggu lepas. Result pun tak keluar lagi, dah gatal nak carikan Mama menantu?"

Huzair hanya mampu tersengih mendengar bebelan mamanya.

"Huzair gurau jelah. Dah jom bayar lepastu balik, nanti Habib Mama marah sebab balik lambat."

Bahu Aisya dipeluknya dari tepi. Sebelah tangan lagi menolak troli. Beriringan ke arah kaunter pembayaran.

🕊️

"Terima kasih abang Huzair kesayangan, cuci bersih-bersih ya..." Aileen meletakkan pinggan kotor kedalam sinki. Alang-alang Huzair tengah cuci pinggan, tumpanglah sekali.

Bidadari HuzairWhere stories live. Discover now