BH 17 | Janji

497 56 26
                                    

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu menyentakkan Huzair dari lamunan. Dia bangun dari duduk. Semalam tidurnya tak lena, untung sahaja hari ini hari cuti.

"Aileen, ada apa?" Tanya Huzair. Sebaik membuka pintu, wajah adik perempuannya terus terpampang didepan.

"Lapar..." Aileen mencebik. Huzair mengerutkan dahi. Kalau lapar pergi makan, bukannya cari dia.

"Pergilah makan," balas Huzair bersama kerutan didahi.

"Mama tak sihat. Abang tolong belikan nasi dekat simpang depan, boleh?" Mata dikerdipkan. Memohon simpati.

"Mama tak sihat?"

Aileen mengangguk.

"Mama cakap Mama pening, dia nak rehat sekejap nanti dia masak. Tapi Aileen dah lapar," jawab Aileen. Huzair diam seketika.

Aileen memang jarang bersarapan. Tapi kalau bersarapan, nak telan yang berat-berat je. Tidak seperti dia dan Akhtar. Jadi tak hairan kalau yang datang mengadu adalah Aileen.

"Abang masak sekejap, boleh tahan tak? Kalau tak abang beli nasi je," dia malas nak keluar sebenarnya.

Aileen menggeleng kecil. Dari tadi lagi dia menahan lapar. Kalau boleh tahan, tak adanya pintu bilik si abang diketuk.

"Hmm yelah, abang pergi beli nasi. Nak ikut tak?"

Tanpa berfikir panjang, Aileen mengangguk laju.

"Pergi bersiap. Abang tunggu dekat bawah," arah Huzair.

🕊️

Pada awalnya nak beli dan makan dirumah. Tapi lain pula jadinya apabila sudah sampai dikedai tersebut.

Huzair menggeleng kecil melihat adiknya yang sedang menikmati sarapan pagi; nasi lemak dan dua keping roti canai telur. Disisinya ada segelas air kopi.

Huzair pula hanya mengambil beberapa biji kuih-muih. Makan berat dipagi hari akan buatkan perutnya tak selesa nanti.

"Baba dah tahu yang Mama tak sihat?" Tanya Huzair. Tanpa mengangkat kepala, Aileen menjongketkan bahunya.

"Abang," Aileen angkat kepala. Dia ada teringatkan sesuatu.

"Apa dia?"

"Waktu Aileen masuk bilik Mama tadi, Aileen nampak mata Mama sembab." Ujar Aileen, nasi yang masih bersisa dimasukkan kedalam mulut.

Huzair diam.

"Aileen rasa Mama nangis sebab rindu Baba," sambung Aileen sebaik sahaja tiada makanan didalam mulutnya. Sengih ditayangkan.

"Comel betul Mama, Baba baru je pergi semalam, harini dah demam rindu. Baba pun satu, kenapa tak bawa Mama sekali? Kesian Mama demam rindu." Gumam Aileen. Nasi disuap dengan rasa geram.

Huzair menggeleng kecil. Aileen nak tunjuk yang dia marah sebab Baba tak bawa Mama sekali? Lambat lagi. Yang sebenarnya dia yang dah mula rindu Baba dan tak puas hati Baba tidak membawanya sama.

Kenal sangat perangai si Aileen ni. Bukan main semalam pujuk Baba untuk membawanya sama.

Dari kecil sampai besar, tak boleh berpisah dengan Baba.

Ting!

Satu mesej masuk. Huzair membuka pesanan tersebut.

Baba!

'Assalamualaikum Huzair. Tolong buatkan bubur untuk Mama nanti'

Jarinya laju membalas.

'Wa'alaikummussalam, baik Baba'

Bidadari HuzairWhere stories live. Discover now