Epilog

1.4K 73 29
                                    

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

Seiring persetujuan saksi yang mengesahkan ijab kabul itu, kedua pasangan pengantin baru menunduk melafaz syukur dengan mata yang berair kegembiraan. Sedang keluarga terdekat tersenyum merai kebahagiaan mereka, pun masih ada yang mengalirkan airmata kegembiraan.

Pengantin lelaki bangun mendekati wanita yang baru sahaja diangkat menjadi isterinya, si sahabat turut bangun bagi mengiringi.

Huzair menoleh kearah si kecil diatas riba Mamanya, bibir merekahkan senyuman. Layu sahaja mata si anak. Mengantuk mungkin. Mujur saja tidak meragam ketika majlis.

"Sini, duduk dengan Papa." Huzair menghulurkan tangan. Laju sahaja si kecil menyambut. Tak tunggu lama, anak kecil itu melentokkan kepala diatas bahunya.

"Degil betul, dah tahu mengantuk bukannya nak tidur, nak kena tunggu Papa dia dulu." Aileen sempat menyampuk. Huzair tertawa kecil. Ditepuk seketika anaknya sekadar untuk dodoikan.

"Huzair nak tidurkan dia dulu, Ma." Huzair mempamitkan diri. Aisya mengangguk, kasihan pula melihatkan wajah mengantuk si cucu.

Huzair menoleh ke tepi. Bahu si sahabat ditepuk.

"Nak tidurkan anak sekejap." Pamit Huzair sebelum beredar meninggalkan pasangan suami isteri itu. Langkahnya santai, bibirnya menggores senyuman.

'Sayang, Am dengan Aileen kahwin harini.'

Seketika dia menoleh sedikit ke sisi, melihat si anak yang sudah melentok dibahu dengan mata terpejam rapat.

'Anak kita, Anees pun dah besar, sayang. Dah hampir setahun. Dan, dah setahun sayang tinggalkan kami.'

Hatinya berbicara sendiri. Tepi kepala si anak dikucup sekejap. Dia mengambil ruang sedikit jauh dari yang lain, ragam keluarganya yang sedang bergambar diperhatikan dari jauh. Tak mahu menganggu tidur anaknya.

"Penat mengalahkan pengantin anak Papa ni ya?" Tudung mini yang tersarung dikepala anaknya dibuka. Sengaja dia cuba pakaikan tadi, tak sangka pula si anak tak menolak.

Seketika dia tersenyum mengingat kembali bagaiman Amsyar dan Aileen boleh bersatu. Awalnya dia sangka Amsyar datang menemui Baba, rupanya bukan.

Adiknya, Aileen yang menghantar pesanan kepada Amsyar. Mana Aileen dapat nombor Amsyar pun dia tak tahu. Yang pasti, cara Aileen agak gangster, satu keluarga mengucap panjang bila tahu cerita sebenar.

"Dia yang lambat sangat, nak tunggu umur 50 baru reti nak lamar orang?"

Itulah ayat Aileen bila kena bebel dengan Baba. Mana tidaknya, mesej Aileen berbunyi...

'Assalamualaikum sedara, sekadar nak bertanya, sedara nak tunggu umur berapa baru reti nak datang jumpa keluarga saya? Ingat saya tak penat ke tunggu sedara datang jumpa Baba saya? Tiga tahun saya tunggu sedara, takkan nak saya tunggu lagi 30 tahun? Saya ni bukan penyabar sangat, baik sedara datang jumpa Baba saya sebelum ada orang lain yang datang dulu. Kalau sedara malu, bagitahu, biar keluarga saya yang pergi jumpa sedara. Yang benar, crush sedara yang dah bertahun-tahun.

"Huzair!"

Huzair pandang kehadapan, kelihatan Amsyar sedang memanggilnya. Dia angkat dagu untuk bertanya. Amsyar buat gaya tangkap gambar.

Huzair menggeleng sambil menunjukkan kearah anaknya yang sedang tidur. Namun apabila Amsyar bercekak pinggang dengan muka nak belasah orang, Huzair tersengih. Langkah diatur.

"Sekejap je bergambar, tak sempat terjaga pun anak kau tu." Amsyar menggeleng kecil sebaik Huzair sampai disisi. Huzair senyum kecil. Mereka sama-sama beredar kearah yang lain, semuanya sudah bersiap untuk bergambar. Hanya menanti dia dan Amsyar sahaja.

Huzair senyum kecil, masjid ini, masjid sama tempat dia dan Neesa disatukan. Saat melangkah masuk tadi, semuanya seakan layar yang bermain indah.

🕊️

Sebaik memastikan si anak dalam keadaan selesa, Huzair beransur ke tempat duduk pemandu. Telefon dikeluarkan, nama Mamanya dicari sebelum dihubungi.

"Ma, Huzair balik dulu ya. Nanti jumpa dekat rumah. Anees dah tidur, tak boleh lama." beritahu Huzair sebaik panggilan diangkat, sebaik memaklumkannya, Huzair memandu keluar kereta tersebut dari perkarangan masjid.

"Haih... Papa ingat nak singgah 'rumah' Ibu, tapi Anees tidur pula." Hujung kening digaru, dikerling seketika anaknya yang sedang tidur.

Huzair menggeleng kecil. Bibirnya mencalit senyuman. Neesa suruh dia tetap bahagia walau wanita itu tidak ada disisi. Dan dia turuti walau ada malam dia akan menangis kerinduan. Kerinduan pada insan yang tak lagi dapat dia lihat dan peluk saat lelah bermusafir di dunia.

Neesa memintanya untuk teruskan hidup, dia akur. Walaupun dia kadang tanpa sedar menanti pesanan ringkas dari isterinya yang sudah lama meninggalkannya.

'Ya Allah... hamba-Mu ini rindukan isterinya. Hadirkan dia walau seketika dalam mimpiku.'

Mereka berpisah kini, namun janji mereka masih belum terkubur. Dia pegang janji yang diikat, untuk melangkah masuk ke syurga-Nya sambil berpimpinan tangan.

Ya, dia masih berpegang dengan janji itu.

Kerana An-Neesa Syahlaa, akan selama-lamanya menjadi bidadari buat Athmar Huzaifah.

Huzair menoleh kesisi seketika.

Dan buat anaknya,

Anees Huzefa, Papa mungkin tak mampu nak gantikan tempat Ibu. Tapi Papa cuba, untuk berikan kasih sayang yang cukup untuk Anees.

Apa yang Papa berikan nanti mungkin tak sama dengan apa yang seorang Ibu mampu berikan, tapi percayalah nak, Papa akan berusaha untuk lakukan yang terbaik untuk puteri Papa.

Anees, harta paling bermakna buat Ibu dan Papa. Hadiah paling mahal dalam hidup kami berdua. Kehadiran Anees adalah perkara yang paling kami nantikan, namun takdir menetapkan, masa untuk Ibu bersama Anees sekadar didalam kandungan dan beberapa selepasnya. Dan kemudiannya Ibu kembali berpantang di negeri abadi. Ibu mungkin penat, sebab itu dia mahu berehat buat selama-lamanya.

Anees, sebagaimana makna nama itu yakni teman setia, Papa ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi teman Papa disaat bidadari syurga Papa kembali ketempatnya.

Huzefa, kita menyandang nama dengan maksud yang sama, nak. Hati yang bersih. Namun lahir kamu buat Papa sedar, hati Papa tak sebersih makna nama yang Papa bawa. Banyak airmata Ibu yang jatuh kerana hati Papa. Semoga kamu membesar dengan hati yang benar bersih.

Anees saham akhirat kami berdua.

TAMAT

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Al-Baqarah : 216

Bidadari HuzairWhere stories live. Discover now