1

207 21 0
                                    

" Ya Tuhan, Jiyeon! Kau buat apa ni Jiyeon? "

" Er– borong satu kedai? "

Mulut Yewon ternganga besar melihat separuh ruang tamu rumah itu sudah dipenuhi berpuluh-puluh album sejak dia melangkah masuk ke dalam tadi. Di tengah-tengah puluhan album itu adanya Jiyeon sudah tersengih kekok melihat teman serumah kaku di hadapannya, " Sorry, nanti aku kemaskan. "

" Kenapa beli banyak sangat? Aku tak tahu pula kau ni peminat idol— " Yewon bertinggung di hadapan Jiyeon, mengambil album yang berada berdekatan. Bibirnya tersenyum senget, " —hm, patutlah. Group buah hati dia rupanya. Patut sanggup habiskan berpuluh ribu. "

" Berhenti lah cakap macam tu! " Merah padam wajah Jiyeon mendengar ayat Yewon yang jelas sekali sedang mengusik. Yewon tertawa, mengongket bahu, " Kenapa? Betul lah kan? Bagusnya kau. Setia betul pada dia. Dah berapa lama kau kenal dengannya? Hm, sudah 6 tahun kan? Aku respect kau sanggup tunggu. "

Jiyeon tayang wajah keliru, tidak mengerti, " Tunggu apa? "

" Tunggu company dia bagi green light boleh bercinta. Yelah, in case benda tu jadi aku rasa dia mesti cari kau dulu. " Sekali lagi, Jiyeon terasa mahu ketuk saja kepala biul Yewon dengan album di tangannya sekarang ini. Geram!

" Janganlah Yewon. Aku tak nak harap apa-apa. Kalau betul dia bercinta satu hari nanti, aku– er, aku tumpang happy. " Dalam hati, Jiyeon meronta sedih tatkala menyebut satu persatu perkataan itu. Dia tidak mahu mengharap. Dia dan lelaki itu cukup sekadar kawan rapat. Dirinya berbeza, sangat berbeza dengan keadaan lelaki itu.

" Jadi, mind to share with me kenapa kau beli banyak sangat album ni? "

" A–aku nak masuk video call event tu. Aku beli banyak sebab aku tahu kalau beli setakat satu peluangnya tipis. " Takut-takut Jiyeon menyatakan hasratnya. Entah kenapa dia merasakan alasan itu tidak cukup munasabah. Sebab itu saja dia sanggup beli begitu banyak album? Yewon terdiam, memerhati sekeliling Jiyeon yang dipenuhi album seketika sebelum kembali menyoal, " Kau ada nombor Chanhee, bukan? Terus terang sajalah padanya yang kau nak jumpa dia. Kenapa kau ambil jalan susah macam ni? " Pelik benar. Telefon sajalah, apa susah? Kenapa bersusah payah nak sertai call event dan berebut peluang senipis kulit bawang itu dengan peminat yang lain?

" A–aku tak nak susahkan dia. L–lepas tu a–aku takut nak jumpa dengan dia. Lebih baik aku buat macam ni "

Yewon memandang Jiyeon yang semakin menunduk ke bawah, merenung muka depan album itu sampai tembus. Jarinya bermain-main dengan album, menyelak helaian photobook itu satu persatu sebelum berhenti pada satu muka surat. Yewon mengerling sekilas, tersenyum sumbing melihat Jiyeon sekali lagi berada dalam dunianya sendiri, " Susahkan dia apanya? Kalau dia dah bagi phone number tu, means dia suruh kau call dia lah. "

Jiyeon masih membisu, tidak mahu membalas apa-apa. Matanya melirik lagi ke arah berpuluh-puluh album di sekelilingnya. Tindakan itu memang agak gila— entah apa yang difikirkannya tadi tatkala dia melintas satu kpop store semasa dalam perjalanan pulang dari kafe. Terdetik dalam hatinya mahu masuk ke dalam dan boom.

Sesak betul keadaan kedai tersebut persis pasar— dalam hati Jiyeon kemungkinan besar ada idol group baru saja melakukan kemunculan semula pada hari tersebut. Pada kala matanya melilau sekeliling dan berdiri statik di tengah-tengah lautan manusia itu, telinganya terdengar sesuatu.

" Kalau beli banyak, dapat chance masuk fancall event The Boyz! "

Maka, begitulah ceritanya. Tanpa sedar dia sendiri sertai peminat yang lain juga. Paling takjub, dia memborong hampir 300 copy album baru kumpulan tersebut. Ah, apa susah. Nanti boleh jual balik pada customers di kafe.

" Jiyeon. Hey, Jiyeon. Termenung pula dia. " Jiyeon tersentak, kembali semula ke realiti sebaik saja Yewon mencuit lengannya, " Aku tanya ni. Kau ada cuba call Chanhee sebelum ni? "

" Em— rasanya tak pernah. "

Yewon menepuk dahinya sendiri. Sudah bagi peluang pun Jiyeon tak pernah cuba.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

choi chanheekim jiyeon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

choi chanhee
kim jiyeon

p/s : kalau pernah baca ff chanhee i sebelum ni then you will know 2 orang ni :)

everlasting. chanheeWhere stories live. Discover now