6

46 13 0
                                    

jiyeon's

11:30 pm.

Aku mengerling ke arah jam dinding buat entah ke berapa kali. Dalam hati aku tidak mahu terlalu berharap lelaki itu betul-betul datang ke kafe— sebab aku tak ready. Aku dah berkawan lama dengan dia sekalipun, jarak pemisah between two of us tu masih ada. Lagi satu, aku tak naklah rosakkan reputasi Chanhee memandangkan hampir 7 tahun dah dia berada dalam entertainment industry.

Dia tak betul-betul pergi ke sana, kan? ”

Aku menggigit bibir sendiri, khuatir kalau Chanhee benar-benar berada di hadapan kafe tengah malam ini. Keadaan di luar terlalu sejuk. Semoga dia tidak buat kerja gila seperti sebelum ini lagi— menunggu di luar kafe tanpa memakai glove. Nak mati awal ke apa?

Kau masih New's Deobi aku kan? Kalau ya, datang jumpa aku tengah malam ni. ’

Berulang kali ayat Chanhee itu bermain dalam kotak fikiran, sampaikan aku rasa aku boleh dengar suaranya memanggil. Kalaulah sifat pemalu aku boleh dibuang jauh, sudah lama aku ucapkan kata rindu itu padanya. Kalau lah aku boleh buang sifat introvert ini ke dalam gaung, tak adalah aku buat kerja gila macam ni.

“ Kau ni kan. Tak sah kalau tak termenung dalam sehari. Hah! Apa cerita dengan fansign kau? Kau tak storytelling dengan aku pun. ” Yewon datang tanpa beri salam, hampir tercabut jantung aku dibuatnya. Mata aku menjelingnya tajam sebelum membuka mulut, “ Macam gitu lah. ”

“ Macam gitu apanya? Cerita lah betul betul. ”

“ A–aku tak bercakap dengan Chanhee pun hari tu. ” Mata Yewon membulat, menyoal bertubi tubi, “ Wait— Dah tu, kau video call dengan siapa? Kenapa kau tak pilih dia? Lepas kau dah habis beribu, kau boleh pilih orang lain pula? Kau ni, suka lepaskan peluang yang ada. Kalau aku jadi kau, tak payah fikir apa dah. Confirm nama Chanhee aku pilih dulu. ”

Aku menghela nafas, perlahan. Alangkah bagusnya kalau sifat peramah Yewon tu bertukar dengan aku. Untuk sehari pun dah cukup bagus. Lama aku berdiam diri sebelum tiba-tiba bersuara, “ C–Chanhee ajak aku jumpa. Malam ni. ”

“ Serius? Then, kau cakap apa? Hey, dah tengah malam ni. Korang berdua nak berjumpa pukul berapa? Pergi lah. Pergi, pergi. Dia dah ajak berjumpa tu, kau patut terima. Bukan senang nak berjumpa. Kang nanti kau juga meroyan lepas ni.  ” Membebel panjang pula minah ni. Aku cakap sepatah, habis satu perenggan Yewon balas.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

12:30 a.m.

Kawasan sekitar kafe sedikit sunyi memandangkan semua kedai di sini tutup jam 10. Bernasib baik jugalah, sekurang-kurangnya tiada sesiapa tahu aku berjumpa dengan Chanhee di sini pada waktu malam. Aku perhatikan keadaan sekeliling dari dalam kereta, risau pula nak keluar sorang sorang tanpa ada teman. Silap aku patutnya angkut sekali Yewon ke mari. Tak adalah aku sunyi sangat—

knock knock!

“ Siapa?! ”

Terkaku terus aku di dalam kereta tatkala ada seseorang ketuk cermin pintu di sebelah tempat pemandu. Berpakaian serba hitam, dengan topi dan wajahnya dilindungi dengan mask hitam. Dalam keadaan gelap dan hanya diterangi dengan lampu jalan yang sedikit malap, aku tidak mampu cam siapa manusia ni. Dalam hati aku mahu saja aku tekan pedal minyak dan memecut laju keluar dari kawasan ni.

Hanya ketika manusia ini membuka pelitup muka dan topi yang tersarung atas kepala, aku menarik nafas lega.

Chanhee rupanya, tersenyum lebar memandang aku.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

everlasting. chanheeWhere stories live. Discover now