3

48 16 0
                                    

jiyeon's

Fansign tu hari ini. Dan, bertembung dengan waktu sibuk di kafe. Serba salah aku dibuatnya, terpaksa meninggalkan tempat kerja pada kala kafe sedang diserbu pelanggan yang kebuluran pada waktu lunch break. Mujur semua staf memahami, menyuruh aku segera ke ' sana '.

Sudah pasti aku tak akan beritahu perkara yang sebenar— cari nahas sahaja kalau diorang tahu aku ada sertai fansign event begini. Sebaik saja aku memasuki ke dalam kereta, menunggu beberapa minit untuk panaskan engin sebelum menekan pedal minyak. Sampai di rumah yang aku kongsi bersama Yewon, aku segera masuk ke dalam bilik.

" Sanggul, check. No kesan coffee atas baju, check. Makeup tak over, check. Earphone, check. Everything's fine. "

Buat persiapan kali terakhir, aku perlu pastikan penampilan aku sempurna tanpa secalit kotoran. Walaupun aku tak akan bercakap dengan Chanhee sekejap lagi, sekurang-kurangnya aku perlu beri first impression yang baik pada ahli lain.

Aku sudah hafal semua nama ahlinya, dari yang paling tua hingga yang paling muda. Malah, ada yang lebih muda dari usia aku. Itupun aku dapat tahu dari Chanhee. Walaupun sudah 2 tahun berlaku, masih segar dalam ingatan aku cara Chanhee perkenalkan satu persatu ahli kumpulannya. Macam-macam perangai ada.

Berada dalam khayalan sendiri, aku tidak sedar phone aku telah disambungkan kepada panggilan video. Terpapar wajah seseorang di skrin telefon, tersenyum comel ke arah aku. Lelaki inilah yang aku pilih untuk bervideo call dengannya.

I picked Eric.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

everlasting. chanheeWhere stories live. Discover now