4

51 16 0
                                    

jiyeon's

Orang akan fikir aku ini pelik. Sekecil zarah sekalipun, ada satu momen aku boleh ingat sehinggalah sekarang. Pernah sekali, Yewon buat kerja gila. Mengambil phone aku dan nombor Chanhee dia dial. Sewaktu panggilan disambungkan, ada suara kedengaran. Bukan Chanhee.

Tapi, Eric.

Ya, Eric. Lelaki yang mengelarkan aku sebagai girlfriend Chanhee pada ketika itu. Sehinggalah hari ini, memori itu bermain-main dalam fikiran.

" Your name is Jiyeon, am I right? "

" Uh— macam mana tahu nama saya? " Mata aku sedikit membulat. Ayat pertama Eric itu berjaya buatkan jantung aku berdegup kencang. Eric ingat aku ke? Di hujung talian kedengaran suara Eric tertawa kecil, menggeleng perlahan sebelum menyambung perbualan.

" Your nametag, dear. Mesti tengah kerja tadi kan? "

Bodoh, Jiyeon. Aku terlupa aku tengah pakai formal bila berada di kafe. Aku terus pulang ke rumah tanpa peduli lagi tentang pakaian yang tersarung pada badan.

" Ah— kantoi pula. "

Eric berterusan ketawa, terhibur agaknya melihat kekalutan aku ni. Sanggul aku juga hilang sudah kekemasannya, nampak sangat aku sedang bekerja tadi.

" Its okay. Harapnya boss you tak marah lah. "

" Sayalah boss tu. "

Eric mencelah, tersenyum bangga semacam, " Wow, successful business woman! Bangganya ada deobi macam ni. "

" Mestilah. Berkat tengok usaha you guys juga. Like The Boyz, like TheB. "

" Auch I like, I like. "

Comel saja Eric ni. Aku jarang berjumpa denganya— Bukan. Tak pernah bercakap denganya secara berdepan pun. Chanhee hanya perkenalkan Eric secara ringkas sahaja sewaktu pertemuan 2 tahun lepas. Semasa birthday Chanhee. Aku hanya berjumpa rakan seusia saja— Changmin, Kevin dan Juyeon. Yang lain, tidak berpeluang untuk kenal lebih rapat lagi.

" Tapikan, Jiyeon. I feel like I pernah tengok you sebelum ni. Macam ada kaitan dengan one of our members. "

Aku terdiam. Jangan cakap dia syak ada something wrong dengan aku. Dia betul-betul cam siapa aku ke?

" Ni Jiyeon noona, Chanhee hyung's secret girlfriend. Kan? "

Tidak sempat aku nak menjawab, aku tersedar waktu fansign selama 12 minit itu telah tamat. Ada staf yang akan cover skrin telefon dengan kertas sebelum menamatkan panggilan video. Wajah Eric cemberut, tidak puas hati dengan tempoh masa fansign yang begitu singkat, " Aigoo. Sekejapnya. Hm, okay Jiyeon. Jumpa lagi, it was so nice to talk with you. Bye bye! "

" Bye bye too, Eric. "

Senyuman manis Eric perkara terakhir yang aku nampak sebelum panggilan video itu ditamatkan. Aku menarik nafas, lega. Tersandar pada kerusi seakan akan aku baru siapkan kerja yang begitu sulit untuk diselesaikan. Lega Eric tak soal lebih banyak dari itu.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

everlasting. chanheeWhere stories live. Discover now