2

55 17 0
                                    

jiyeon's

Congratulations!
You have won a slot for TheBoyz 8th Mini Album [BE AWAKE] Video Call Fansign Event. Please confirm your personal information before the deadline.

Mata aku terkelip-kelip memandang isi kandungan email yang aku dapat sebentar tadi. Sangka aku mungkin email daripada maklum balas servis perkhidmatan di kafe cawangan kedua yang berada di Seoul. Berkat usaha keras selama 2 tahun ini, aku berjaya membuka lagi cawangan kafe di kota sibuk Seoul.

" Ah— aku berjaya? "

Perasaan aku bercampur baur. Dalam gembira, aku mengetap bibir gementar. Berbaloi ke aku buat begini? Macam mana kalau Chanhee dapat tahu aku berbelanja banyak semata-mata nak berebut peluang masuk fansign tu? Sah-sah kena membebel saja nanti.

" M–mungkin aku patut ambil slot members lain. "

Gila— kau buat semua ni untuk bercakap dengan Chanhee. Jumpa Chanhee. Kenapa pula aku boleh terfikir nak pilih slot ahli yang lain? Tapi— aku menghela nafas kasar, baru terasa menyesal pula buat begini. Aku terlampau takut untuk mulakan semua ni lagi. 2 tahun tanpa berita apa-apa dan fikir aku senang saja nak kata ' Hi ' padanya? Mustahil.

" Mungkin betul aku patut pilih members lain. Nampak macam aku terdesak sangat nak jumpa dia. "

" Aduh, Kim Jiyeon. Kau ni pabo lah. "

Aku terpaksa membuat keputusan ketika itu juga. Aku terlepas pandang email ini setelah sepanjang hari aku tidak sempat periksa inbox semasa berada di kafe. Deadlinenya tengah malam ini dan aku baru dapat baca semuanya sebaik saja sampai di rumah jam 11 malam tadi. Keadaan di kafe agak sibuk malam ni disebabkan ada cupsleeve event, ditempah oleh peminat idol itu sendiri. Maka pengoperasian kafe terpaksa extended sedikit. Mujur semuanya berjalan lancar dan majoriti pelanggan yang datang berpuas hati dengan servis kami. Baru sekarang aku dapat rehatkan diri, membetulkan semula urat sendi di badan yang sudah lenguh dan sakit sejak pagi lagi.

Selesai memasukkan segala data dan maklumat yang diperlukan, button submit ditekan laju tanpa berfikir lama. Sudah. Aku tidak mahu fikir lagi. Tunggu sahaja pada hari kejadian nanti.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

everlasting. chanheeWhere stories live. Discover now