MAYA merebahkan tubuhnya di celah – celah timbunan batu. Mata Maya masih meliar memandang sekeliling. Lengan kiri yang sedikit terkoyak ditekupnya dengan menggunakan tangan kanan. Rasa sakit hilang semuanya tatkala perasaan takut lebih menguasai perasaannya. Dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam dengan salah seorang daripadanya memegang tinggi bendera berwarna hitam melintasi tempat persembunyian Maya. Laju mereka berjalan seolah – olah sedang mengejar sesuatu. Maya menarik nafas lega apabila kelibat – kelibat itu hilang dari pandangan.
"Kenapa menyorok dekat sini?" kedengaran satu suara dari belakang Maya. Pantas Maya menoleh. Air liur ditelan terasa berpasir apabila seorang wanita dengan figure cantik memandang Maya.
"Menyorok daripada tentera pakaian hitam tu ke?" soal wanita itu lagi. Maya angguk laju.
"Nama aku Gina." Ucap wanita itu seraya menghulurkan salam.
"Maya." Salam wanita itu disambut. Wanita itu mengukir senyuman. Terus duduk di sebelah Maya.
"Macammana kau boleh berada dekat sini?" soal Maya.
"Aku memang ada dekat sini. Macam kau, aku juga lari dari tentera hitam tu. Maya angguk lagi.
"Kenapa kau lari dari mereka?" Gina masih mahu menyoal.
"Aku nampak orang – orang semua lari masa tengok mereka, jadi aku ikut lari juga. Kau?"
"Mereka memang buru orang – orang macam aku. Sebab itulah aku lari." Balas Gina sambil menguis – nguis batu kecil di hadapannya. Maya hanya memerhatikan perlakuan Gina. Gina pada pandangan Maya sangat pelik. Seorang wanita dengan pakaian berwarna merah, bajunya sedikit jarang hingga menampakkan susuk tubuh. Kuku tangannya berwarna hitam seolah – olah sengaja dicatkan berwarna begitu.
"Kenapa mereka buru kau?" Maya cuba mengorek rahsia. Sungguh Maya sudah lelah mahu lari tanpa sebab. Maya harus tahu sebab dia lari, kenapa orang – orang sekitarnya lari, kenapa Gina juga lari.
Gina senyum menyenget. Wajah Maya dipandangnya. "Tentera berbaju hitam tu jahat. Kalau mereka melihat orang macam aku, mereka akan terus sembelih kami tanpa banyak soal. Mereka pergi kampung ke kampung untuk membunuh. Mereka semua kejam. Sekarang aku tengah menyorok, aku nak pergi ke daerah yang diperintah oleh Tuhan aku. Hanya dekat sana aku boleh selamat.
Maya seakan berminat. "Dekat mana?"
"Jauh, kalau nak ke sana kena naik kapal terbang."
"Macammana kita nak bergerak ke airport kalau tentera berbaju hitam tu ada di mana – mana sahaja?" Maya tidak yakin dengan cadangan Gina.
"Kau kena yakin pada aku. Dengan keyakinan kau yang tak berbelah bahagi pada aku, aku akan bawa kau ke daerah yang aku maksudkan tu. Setuju?"
Maya terdiam. Wajah Gina dipandang berulang kali. Masih berkira – kira untuk percaya kepada wanita bernama Gina itu atau tidak.
*****
Lorong Haji Taib,
Jam 07.20 pm
"Inilah syurga aku." Pendek jawapan Gina.
"Syurga apanya? Bullshit semua ni. Kau tak nampak sana – sini orang buat projek tanpa ada rasa bersalah? Mana pergi semua penguat kuasa? Mana pergi semua tok imam?" soal Maya tidak puas hati. Gina sudah ketawa sakan. Kata – kata Maya seakan – akan muzik gamelan menusuk telinganya.
"Maya, kau datang dari lubang mana ni? Sudah bertahun kota ni macam ini. Lagak kau macam baru keluar dari kubur!" Gina mencapai sebotol air berwarna kuning di atas rak. Satu not berwarna hijau dicampaknya kepada penjual.
YOU ARE READING
Di Bawah Satu Langit. ✔️
Ficção Científica[COMPLETED] Di Bawah satu langit adalah koleksi cerpen bertemakan thriller sci-fi. ***** Syurga apanya? Bullshit semua ni. Kau tak nampak sana-sini orang buat 'projek' tanpa ada rasa bersalah? Mana pe...