Prolog🎭

341 22 0
                                    

Namaku Riku.Seorang lelaki yang telah belumuran darah sejak remaja.Pada asalnya aku hanyalah seorang anak yatim piatu yang tinggal di rumah asuhan.

Dan aku mendapat tahu rumah asuhan itu merupakan cabang 'mereka' mencari anak yang berpotensi untuk dilatih sebagai mesin pembunuh.

Dari ratusan anak yang berlatih bersama hanya 15 orang sahaja dapat memenuhi segala ekspetasi 'mereka' termasuklah aku.

Oleh kerana aku yang terlemah untuk senjata api maka katana merupakan pilihanku.Aku bergantung pada katana dan pertarungan jarak dekat.

Sebagai pembunuh yang terlatih diwajibkan melatih kesemua deria rasa sama ada mata,hidung,telinga,bau,rasa serta sentuhan.Bahkan ilmu mengenai penyamaran,strategi,manipulasi,bahasa,
sejarah serta racun juga dipraktikkan.

Tapi ....sikapku sangat berbeza dengan mereka semua.Entah bagaimana aku memang disahkan sakit mental.Setiap kali aku hunuskan katana aku seperti menikmatinya.Dalam masa yang sama aku muak dah disimbahi darah.

Selain itu,sikapku suka bermain-main dan sentiasa menjadi sewel di antara kami.Aku sangat menyukai catur dan kad.Terlihat seperti perjudian tapi aku tidak minat dengan gelaran Raja Judi atau King of Manipulative.Apa kaitan pon tak tahu.

Oh mungkin sebab aku terlalu 'baik' memanfaatkan sesuatu.

Aku juga tidak serius sangat setiap kali misi dan apa yang dalam fikiran ku hanyalah bermain.Meskipun kedengaran agak seram tapi selagi aku masih mematuhi arahan 'mereka' membiarkan aku hidup.

Disebalik semua itu, aku ada perancangan tersendiri untuk menjatuhkan 'mereka'.Aku mulai memberitahu para rakan yang selatihan denganku.

Pada mulanya mereka tidak menyetujui nya kerana risiko terlalu besar dan bahkan mereka sahaja tidak pernah bertemu pemimpin sebenar mereka.

Setelah dipujuk dan rancangan matang yang telah dirancang olehku, akhirnya mereka menyetujuinya.Aku mulakan rancangan ku secara perlahan terlebih dahulu.

Namun mereka semua mengkhianati aku,

Dan sekarang aku terjebak diantara jurang dan mereka.Alasan mereka tidak membunuhku sekarang adalah kerana aku mempunyai pendrive yang mempunyai semua bukti tentang 'mereka'.

"Riku...menyerah sahajalah... pemimpin telah beri arahan untuk membunuh mu tapi aku boleh berbincang supaya kau boleh hidup lagi" pujuk seorang perempuan mempunyai paras menawan.

"Ya Riku...Kalau kau menyerah lebih baik..."

"Mengapa kalian mengkhianati aku" ujar aku dengan marah.

"Ini saja pilihan kami... sekiranya kami mengikuti rancangan kau...apa nasib kami nanti ....siapa juga akan menerima kami" 

"Kita boleh hidup b-bebas bukan....bukan itu yang kita impikan selama ini" tanyaku.Jelas terlihat wajahku sangat frustrasi

"Riku......kau fikir monster seperti kita ini akan diterima oleh masyarakat...kita ini eksperimen 'mereka' dan orang tua kita..."

Aku berfikir sejenak lalu aku ke arah mereka namun salah satu malah menusuk aku dari belakang menggunakan katana yang telah aku gunakan semasa misi dahulu.

"Hahaha....King of Manipulative ditipu" suara seorang lelaki.

Aku melihat secara sekilas mereka semua dan semuanya malah tersenyum menyeringai.Seolah olah mengatakan,'Lebih baik kau mati'

Seakan akan mereka semua menunggu momen ini. Semuanya melihat aku seperti sudah tidak berguna lagi. Mereka ini naif juga untuk patuhi arahan 'mereka' bulat bulat.

Hah salahku kerana lengah...padahal aku anggap mereka semua saudara ku sendiri.Dan beberapa das tembakan dilepaskan mengenai kaki dan tanganku.Lalu mereka pergi begitu sahaja.

Plak plak plak...

"Pertunjukan yang menarik" seseorang berhoodie keluar dari tempat persembunyian nya.

Aku terbeliak tetapi tidak mampu mengeluarkan suara.Orang itu salah satu pengajar yang mengajar kami.

Dia ke arah aku dan memijak pendrive yang terpelanting keluar dan tersenyum menyeringai. Dan dia terus memijak dadaku  dengan kasut yang ada paku.

"Hahahaha....ini 'penghormatan terakhir' dariku....Pemimpin mengucapkan terima kasih kerana telah menjadi berguna...Jarang tahu pemimpin memuji orang lain...Lagi lagi orang rendahan seperti kau" ujarnya.

Aku tidak mampu melihat dengan baik tetapi yang jelas aku marah dan kecewa.Samar samar aku melihat mereka telah berlalu pergi.

Masa seakan lambat sahaja....

Sakit...
Dingin...

Aku tersenyum sinis.

Aku tahu aku akan mati 'sekali' lagi...Aku sendiri tidak ingat berapa kali merasakan hal begini.Dan ini bukanlah pertama kali kumerasa begini.Ini rahsia yang belum kupernah beritahu orang lain.

Putus asa? Aku sudah muak mendengarnya

Tapi benci akan diriku yang mengharapkan persahabatan dan kebahagiaan palsu.

Padahal aku hanya ingin hidup santai tapi kali ini rancangan utama aku gagal lagi.Hahh takdir mentertawakan ku.

Angin yang sejuk menerpa wajahku.Berdasarkan indra pendengaranku ada orang datang ke sini.Mataku mulai buram tetapi sekilas aku melihat sosok anak kecil bermata merah tersenyum hangat.

Dia menghulurkan tangan sambil mengatakan sesuatu tetapi kesedaran ku sudah menghilang.

Dalam masa yang sama
Dunia lain,

Seorang remaja lelaki baru habis menangis di makam ibunya.Tatapannya kosong.Dia mengambil pisau lalu menghiris pergelangan tangan nya dihadapan makam ibunya.

"Ibu...mengapa ibu tinggalkan Koa..."

"Koa sangat sedih bu...semua yang peduli pada Koa telah mati"

"Dan mereka mengatakan Koa ini sampah yang tidak berguna"

"Hahaha...koa memang tidak berguna bukan... seharusnya ibu tidak perlu mati"

"Mereka akan mungkin akan membunuh Koa dengan segera...jadi sebelum itu..."

Remaja lelaki itu mencapai beberapa buku terlarang dan terus melakarkan lingkaran sihir menggunakan darahnya.

'Aku ingin memutarkan kembali waktu....Aku akan selamat kakak, abang serta mama'

"Ibu...mungkin Koa tidak mampu menyelamatkan ibu...tetapi setidaknya...nyawa Kak Arrin dan Abang Ian dapat diselamatkan " balas remaja itu tersenyum hangat.

"Jadi aku sudah tidak mempunyai penyesalan lagi meskipun jiwaku sudah tiada" tambah remaja itu.

Remaja itu mengucapkan bahasa yang tidak difahami dan sekelip mata lingkaran di bawah tapak kakinya terus bercahaya unggu.

Jiwanya mulai terpisah dengan jasad lalu dihadapkan dengan sosok gelap bermata unggu.

''Aku akan kabulkan satu permintaan'''

Jiwa remaja itu tercengang namun segera menatap sosok itu dengan memohon. "Bantu 'aku' menjadi lebih kuat...boleh melindungi yang aku mahukan...dan juga aku tidak mahu ditindas lagi"

"Permintaan yang agak berat tetapi itu menarik....akan kukabulkan"

Masa diputarkan kembali,

Semuanya berada dalam keadaan saat jasad remaja itu berusia 12 tahun.Dan jiwa lain mulai menempati jasad itu tanpa sedar.

.
.
.

Nis up semula....ada masalah cerita nis ni

Harap maklum

Koa : Trash Prince Where stories live. Discover now