Chap 18🎭

93 9 4
                                    

Hari ini UlangTahun Raja Kaan, Raja Targaryen. Hari dimana semua wakil kerajaan lain akan datang untuk memeriahkan sambutan ulangtahun raja di kerajaan yang maju ini.

Momen ini sangat penting bahkan disambut meriah oleh semua rakyat di bawah naungan kerajaan Targaryen kerana itulah Festival Lux diadakan. Festival Lux yang melambangkan harapan semua rakyat terhadap raja untuk memerintah tahun ini.

Sebuah rombongan kereta kuda berlambangkan Empayar Nyxia baru sahaja tiba di Istana Utama Garyen.

Apabila sebuah kereta kuda mewah berhenti, semua rombongan kereta kuda lain berhenti kerana ingin melihat sang wajah tuan puteri cantik rupawan daripada Empayar Nyxia.

Seorang lelaki tampan rupawan terlebih dahulu keluar, lelaki tersebut merupakan Putera Mahkota Nyxia yang digilai ramai.

Seterusnya diikuti seorang puteri bergaun sederhana dan elegan dikawal ketat dengan pengawal dan kesatria hebat. Rambutnya biru keungguan sedikit dan paling memukau adalah matanya bersinar seperti emas mempunyai pola putih ditengah-tengah nya.

 Rambutnya biru keungguan sedikit dan paling memukau adalah matanya bersinar seperti emas mempunyai pola putih ditengah-tengah nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekali lihat seperti boneka asli yang sedang bergerak. Kecantikannya berlipat ganda jika dibandingkan dengan gadis gadis di luar sana. Senyuman manisnya memukau pandangan mereka. Namun itu hanya luaran sahaja.

"Ingatlah untuk bersikap baik.....kedepannya pikat lah mana mana tuan muda atau putera untuk menjadi calon suami kau...biar kau berambus daripada empayar" bisik sang putera mahkota.

Sang puteri berakting dengan senyuman di depan semua orang dan menggangguk perlahan dengan pesanan ringkas atau lebih tepat perintahnya.

"Selamat datang ke Kerajaan Targaryen, Putera Mahkota Nyxia dan juga puteri kecil Nyxia....mohon maaf kami tidak membuat persiapan awal untuk rombongan kalian" Raja Kaan menyambut mereka dengan ramah. Disisinya ada sang Permaisuri dan Madam Cassandra menyambut rombongan mereka.

"Tidak mengapa....sambutan sederhana ini lebih daripada cukup...Lagipula hari ini ulangtahun anda...saya mewakili Emperor Nyxia mohon maaf....Kerana Emperor Nyxia tidak dapat hadir."

"Tidak mengapa....Silakan masuk...pasti perjalanan anda berdua cukup melelahkan" ujar Raja Kaan.

Emperor Nyxia merupakan empayar yang telah takluki 1 per 4 benua ini. Menjadi musuh Nyxia sama sahaja mati segera kerana kekuatan Nyxia misteri. Kerajaan Targaryen adalah kekuatan kedua ditakuti setelah Nyxia. Sejak dahulu lagi Nyxia dan Tagaryen sudah mempunyai hubungan persahabatan yang kukuh.

Tetapi ada satu lagi yang lebih misteri....Hutan Kuno yang berhampiran dengan wilayah Nyxia. Bahkan Nyxia tidak berani menyentuh apatahlagi menjejaki kaki ke tanah hutan tersebut.

Raja Kaan juga menyambut tetamu tetamu lain setelah menyuruh para pelayan melayani tetamu daripada Kekaisaran Nyxia.

Akhirnya malam sudah tiba,

Para tetamu dan bangsawan Garyen juga sudah datang ke ballroom yang cukup luas dan mempunyai dua tingkat. Para bangsawan di bawah manakala tingkat dua para wakil daripada kerajaan lain dan empayar.

Koa : Trash Prince Where stories live. Discover now