Chap 3🎭

139 20 0
                                    

Alkoa dengan gembiranya mengendong dua binatang predator bersaiz anak anak itu.

"Kalian terlalu comel....kalian juga sudah pulih pasti Kak Elle merawat kalian dengan baik" ujar Alkoa.

Anak harimau dan ular itu seperti pasrah. Tetapi mereka berdua tidak dinafikan yang Iselle mempunyai kemampuan penyembuhan seperti healer dan aura membunuh seperti assassin.

"Dasar manusia.....apa kau tidak takut dengan kami?" Anak harimau itu malah berbicara dahulu. Langkah Alkoa terhenti dengan wajah terkejut.

"Apa hal kau berbicara?" Marah anak ular itu pada anak harimau itu. Padahal mereka berdua bersepakat untuk tidak buat Alkoa takut. Yah yang mereka takutkan Iselle yang mengancam mereka.

"Habis tu.....Kalau tidak berbicara...manusia ini akan buat macam macam pada kita....kita harus takutkan sedikit sahaja" bisik anak harimau itu pada anak ular itu.

Reaksi Alkoa malah terlebih gembira. "Wah kalian berdua pandai bercakap.....jadi aku tidak akan bosanlah nanti..anak kucing dan ulat comel"

"Aku bukan anak kucinglah....Aku keturunan Harimau Hitam..."

"Aku juga bukan ulat....Aku adalah-"

"Oh apakah itu sangat penting untuk kita berkenalan....kalian seharusnya ada nama atau kalian tiada nama?" celah Alkoa sambil meneruskan langkahnya.

Senyap

"Aku akan memberi nama yang sesuai untuk kalian...." ujar Alkoa sebelum duduk diatas kerusi batu yang disediakan. Pemandangan disini cantik juga untuk dilihat.

"Hei hei jangan membuat keputusan sesuka hatimu" kata anak harimau itu.

"Ulat lucu ini aku beri nama Liamh dan kucing garang ini.... Ryker... Bagaimana?" tanya Alkoa dengan ramah serta senyuman seringai.

Anak ular dan anak harimau itu saling berpandangan. Tidak buruk juga mereka diberi nama yang bagus oleh manusia ini.

"Boleh tahan" jawab anak ular yang sekarang namanya adalah Liamh.

"Huh....ikut suka hatimu lah" balas Ryker si anak harimau comel.

"Manusia apa nama kau?" tanya Liamh memiring sedikit kepalanya. Makin comel pulak ular ini.

"Namaku Alkoa... panggil sahaja Koa"

Sejak dari itu, Liamh dan Ryker menghabiskan masa bermain di taman bunga tetapi tuan mereka selalu tidur sahaja di atas rumput. Ada juga sesekali Alkoa ke perpustakaan untuk membaca. Berbual bual untuk hilang kebosanan.

Sekali sekala mereka berdua diajak untuk bermain kejar mengejar dalam hutan. Sepertinya Alkoa tahu selok belok dalam hutan sehingga dia tahu dimana tempat yang efektif menangkap mangsa.

Ryker dan Liamh selalu mengikuti Alkoa kerana merasa ingin tahu aktiviti tuan mereka. Oleh kerana mereka berdua juga masih anak kecil jadi mereka akan bermain apabila bosan dan sekali sekala akan bergaduh.

Iselle sedikit terkejut kerana Alkoa memberi nama pada mereka. Nama sangatlah penting untuk beast dalam masa yang sama agak berbahaya. Apatahlagi Alkoa telah buat kontrak tanpa sedar.

Lagipula Alkoa juga ingin membela mereka membuatkan Iselle mahupun Ixxen akur dengan keputusan tuan muda mereka.

Kadangkala akan datangnya assassin untuk membunuh Alkoa. Alhasilnya ditumpaskan oleh kedua binatang predator tu.

Hampir setengah tahun juga melakukan rutin yang sama sehinggalah ada kereta kuda yang agak sederhana masuk ke perkarangan istana kecil ini.

Itu membuatkan Alkoa berdecak kesal dari jendela perpustakaan lalu menutup bukunya. Hanya orang orang dari istana utama sahaja tahu keberadaan istana terpencil ini. Itulah yang Iselle beritahu padanya. Jadi dapat dipastikan kereta kuda itu dari istana utama.

Koa : Trash Prince Where stories live. Discover now