Bab 1

328 12 0
                                    

Amirah 7 tahun

"Ada soalan?" Cikgu Dani meletakkan kapur di atas meja dan memandang anak2 muridnya.Semua budak2 itu menunduk.Tak nak tanya lah tu.Lelaki itu tersenyum.Belum sempat dia berpaling,seorang budak perempuan dengan style rambut bertocang satu berdiri.

"Cikgu,semalam saya ada terjumpa buku di tong sampah depan rumah jiran saya.Buku tu kata,pembentukan awan disebabkan oleh wap2 air yang terkumpul di udara.Dari mana wap2 tu datang?Memang ada kat langit ke cikgu?" Soal gadis itu jujur dan ingin tahu.Cikgu Dani tergamam.Dia sudah lupa hal2 seperti itu.Lagipula,dia hanya mengajar sains sekolah rendah.

"Amirah,hal tu Amirah kena belajar masa sekolah menengah nanti.Bukan sekarang." Jawab Cikgu Dani.Dia rasa cuak.Entah siapalah jiran budak ni yang buang buku kat tong sampah.Sekarang budak ni dah tanya.Aku yang susah!Err.Kalau dia tanya lagi,apa aku nak cakap ni?

Amirah mengangguk seolah-olah faham.Lalu dia pun duduk.Cikgu Dani menghela nafas lega bila gadis itu sudah duduk.Lepas sudah 'seksaan'nya kali ini.

Amirah 15 tahun

"Sorry Mirah,aku lambat." Alin tercungap-cungap.Amirah hanya mengangguk.

"Kau ada jumpa cikgu Raizah tadi?Kata nak pergi tandas je." Soal Amirah.Alin mengangkat kening.Dia nampak kah tadi aku pergi meja cikgu Raizah?

"Kalau ya pun,janganlah pakai minyak wangi dia.Sakai lah kau ni.Nasib baik cikgu tak marah." Amirah bersuara setelah melihat Alin seperti kebingungan.

Alin memang pantang nampak minyak wangi.Lebih2 lagi yang mahal.Kalau dia nampak,terus dia sambar.Bau minyak wangi ni pula,macam dari Paris.Setahunya,cikgu Raizah baru balik dari bercuti di Paris.Cikgu Raizah pun peminat minyak wangi.Kaya pula tu.Jadi,minyak wangi ni memang dibeli cikgu Raizah kerana sikap cikgu tu yang suka membeli minyak wangi mahal.Jadi kesimpulannya,Alin pergi ke meja cikgu Raizah,ternampak minyak wangi yang mahal lah jugak tu,dan mencuba try test minyak wangi ni.Sah!Tak payah buat kesimpulan lagi.Masa cikgu tu masuk kelas tadi pun,memang bau ni yang dia terhidu.Amacam?hebat tak teori aku?

Alin tersengih.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.Kenapalah dia dapat kawan yang sama species dengan Sherlock Holmes ni?Nasib baik cool je dia.Kalau kelam kabut dia bercakap macam Sherlock,memang kena cari kawan doktor lah jawabnya.(Sherlock Holmes ada seorang kawan baik yang bernama Dr.John Watson.And,yes!Memang doktor.)

Amirah 19 tahun.

Dr.Raziff membuka cermin matanya.Kelopak matanya digenangi air.Wajah sugul dan mindanya berserabut.Hati lelakinya tersentuh melihat Amirah yang terbaring kaku di atas katil pesakit.

Dia yang melakukan pembedahan terhadap Amirah tempoh hari.Darah beku sudah berjaya dikeluarkan namun Amirah masih belum menunjukkan tanda2 akan bangun dari komanya yang panjang.Sudah hampir seminggu Amirah terlantar disitu.Sudah berkali2 nafasnya terhenti.Namun Allah masih memberinya peluang untuk bernafas.

Dr.Raziff memegang hujung katil.Dia hampir menangis."Amirah,bangun nak." Rintihnya pilu.Bila agaknya anak kepada arwah abangnya ini akan sedar?Tapi jika dia sedar nanti,apa yang perlu dia cakap?Arwah abangnya yang turut terlibat dalam kemalangan itu,meninggal dunia di tempat kejadian.Waktu itu,hanya Amirah dan ibunya saja yang masih bernyawa.Setelah dua hari,ibu Amirah pula meninggal dunia kerana kegagalan jantung untuk berfungsi.Kini yang tinggal,hanya Amirah.Adakah gadis ini akan mengikuti jejak orang tuanya juga?Dr.Raziff mengeluh berat.

Aku Tahu Where stories live. Discover now