Bab 2

191 12 0
                                    

Zila melangkah longlai menuju ke kelasnya.Sebelum itu,dia singgah di locker dulu untuk mengambil buku-bukunya.Dia tidak fokus dengan apa yang dia lakukan sekarang.Fikirannya menerawang jauh memikirkan nasib kawan karibnya,Amirah.Sudah seminggu Amirah tidak sedarkan diri.Tambahan pula tahap kesihatan sahabatnya itu semakin menurun.Dia bimbang kalau terjadi sesuatu pada Amirah.

Zila menoleh ke arah murid-murid yang mulai berbisik antara satu sama lain.Mereka seperti sedang melihat sesuatu.Atau seseorang.Zila berpaling melihat apa yang menjadi topik bualan murid-murid itu.Buku-buku ditangannya hampir terlepas.

Amirah?!

Amirah melihat orang-orang disekelilingnya.Kesemua mereka memandangnya dengan pandangan yang pelik,teruja,ingin tahu,terkejut,dan takut.Setiap muka itu dipandangnya.Dia mencebik.Dia benar-benar benci begini.

"Mirah.." Amirah menoleh ke arah suara itu.Zila!Kawannya.Dia menilai penampilan gadis itu.Dia tersengih.Lalu dia mengangkat kening sebagai ganti soalan "'kenapa?"

"Kau ikut aku." Amirah menurut saja apabila tangan kanannya ditarik sahabatnya itu.Sampai saja di belakang sekolah,Zila memukul lengannya kuat.

"Aduh!Sakitlah sengal!" Marah Amirah sambil mengusap lengannya.

"Kau ni,buat aku risau je.Kalau ya pun,sms lah,call ke..Cakap yang kau tu dah balik rumah.Dah boleh celik mata." Bebel Zila.Nasib baik kepala Amirah masih berbungkus.Kalau tidak,habislah kena serangan karatenya.

Amirah mengerutkan kening."Apa kau cakap ni?Aku masih kat hospital lah." Jawab Amirah.Zila buat muka hilang pelik.Masih kat hospital?Habis yang depan aku ni siapa?Hantu ke?

"Mula lah tu fikir pelik-pelik.Nanti lepas habis sekolah,aku pergi hospital lagi." Terang Amirah tanpa dipaksa.Kerana dia tahu apa yang difikirkan sahabatnya itu.

Zila mengangguk faham sambil tersengih.Amirah hanya membalasnya dengan pandangan kosong.Jiwanya merintih.Macam ni kau buat kat aku Zila?Dia memendamnya sendiri hal ini.Tiada siapa yang tahu.Hanya dia!

Dr.Raziff melihat katil pesakit yang kosong itu.Dia mengerutkan dahi.Ini betul-betul keajaiban kah?Berdasarkan laporan kesihatan Amirah,gadis itu sepatutnya belum benar-benar sembuh dan perlu berehat lagi di hospital.Lagipula,gadis itu baru sedar subuh tadi.

Dia meneliti laporan kesihatan dihujung katil pesakit.Ada tulisan di halaman belakang kertas itu."Pak Su ,Mirah pergi sekolah.Petang nanti Mira datang balik." Dr.Raziff mengeluh lagi.Apa maksud semua ini?Bagaimana Amirah boleh bangun dan berjalan seperti tidak ada apa yang berlaku?

...
Di luar bangunan hospital,hujan tidak henti-henti membasahi bumi.Dr.Raziff melihat jam di tangannya.Sudah masuk pukul 7 petang.Di mana Amirah?Gadis itu sudah tahukah apa yang terjadi kepada ibu bapanya?Boleh jadi jika gadis itu pergi ke tempat tanah perkuburan ibu dan ayahnya.Tapi gadis itu tahukah dimana?Lagipun hari sudah semakin gelap.Hujan pula.Perlukah dia mencari Amirah?

"Doktor,Amirah dah balik." Dr.Hanis, pembantunya menepuk bahunya.Dia sedikit terperanjat,namun dia mengangguk saja.Pantas kakinya diatur menuju ke tempat Amirah.

...

"Mirah dah sampai sebelum hujan lagi." Kata Amirah sebelum ditanya.Dr.Razeef tersentak seketika.Macam mana gadis itu tahu isi hati nya?Lelaki akhir 30-an itu pun akhirnya mengangguk."Baguslah." Jawabnya lemah.

Sekarang dia berfikir bagaimana untuk memberitahu Amirah tentang keadaan orang tuanya.Dia takut reaksi gadis itu nanti.Adakah gadis itu boleh menerima kenyataan?

Amirah yang melihat tingkah Doktor itu ,terus menunduk.Jadi betullah apa yang disangkakannya sejak dia sedar dari koma.

"Mirah.." Ayat doktor itu terpotong kerana kehadiran jururawat.Dr.Razeef akhirnya memilih untuk menunggu masa yang sesuai.Bila?Entahlah.Dia berjalan keluar dari ruangan itu.

.....

Amirah mengatur langkahnya dengan kemas menuju ke kelas.Namun,langkahnya terhenti sebaik saja lalu dihadapan cikgu Nisa.Amirah menoleh memandang cikgu itu."Cikgu ada panggil saya?" Soal Amirah.Cikgu Nisa kelihatan terkejut.Aku memang nak panggil dia,tapi aku belum panggil dia lagi.Perlahan,cikgu Nisa menggeleng.Amirah mengangguk lalu menyambung langkahnya semula.

Dia tidak berpuas hati.Kenapa manusia susah nak mengaku apa yang mereka rasa?Dia bukan marahkan cikgu Nisa,tetapi Zila.Sampai hati Zila buat dia begini.

'Haha!Cikgu tak panggil dia pun.' Bisik satu suara.Amirah mendengus geram.Dia cuba abaikan itu,tetapi suara itu berterusan muncul di mindanya.'Eleh.Macamlah pandai sangat!' Sindir suara itu tadi.Amirah terus duduk di kerusi setelah tiba di kelasnya.Hakim yang duduk dihadapannya mengerutkan kening.Sejak keluar dari ICU,tak ada kerja lain,asyik marah saja.

"Kenapa ni Mirah?Marah je." Hakim memandang Amirah.Amirah hanya menggeleng.

"Tak ada apa." Amirah menunduk memandang mejanya.

'Weh!kau berkawan je lah dengan budak ni.Elok lah tu.Jangan berkawan dengan penipu,sudah!' Suara itu mengganggu Amirah lagi.Amirah memandang wajah Hakim yang kebingungan.Pelik!

Kenapa aku tak dapat baca apa-apa dari muka dia?Orang lain boleh pula.Amirah memandang wajah rakan-rakan di kelasnya yang lain pula.Mudah saja dia membaca fikiran mereka.Tapi Hakim?

'Eleh.Macamlah pandai sangat.' Suara itu menyindir lagi.'Amirah!Kau tak takut ke berkawan dengan penipu?' Betul-betul mengganggu!Cikgu Nasir yang baru sampai pun,perasan dengan sikap Amirah yang macam orang mati akal."Nur Amirah!" Jerit cikgu Nasir dengan lantang.Semua orang di dalam kelas terkejut.Kecuali Amirah.Gadis itu masih duduk di tempatnya sambil matanya merenung lantai dengan wajah yang kelihatan berserabut.

'Amirah.Aku rasa tak akan ada orang lagi nak berkawan dengan kau lepas ni.Tengok je lah nanti.' Suara itu berbunyi lagi.Amirah menekan telinganya.'Haha!Tak sangka budak bijak macam kau ni pun boleh berkawan dengan penipu.'

"Amirah!" Jerit cikgu Nasir lagi.

"Diam!" Jerit Amirah.Cikgu Nasir terkesima.Kenapa dengan Amirah ni?

...

Dr.Raziff menggeleng."Lepas ni tak payah pergi sekolah.Rehat je kat rumah.Hari ni dah boleh keluar hospital.Nanti Pak Su hantar balik." Dr.Raziff melipat pakaian gadis itu,dan memasukkannya di dalam beg.Amirah hanya melihat.

"Tak apa,Mirah boleh balik sendiri." Dr.Raziff berhenti mengemas barang-barang anak saudaranya itu.

"Suka hati kamu lah.Jangan jerit kat pemandu teksi tu,sudah." Sindirnya,lalu keluar dari tempat itu.Amirah hanya tersenyum kelat.Macam mana dia boleh menjerit pada cikgu yang garang itu?

'Opps!Tak sengaja.' Suara itu datang lagi.Amirah mengeluh berat.Boleh gila aku dibuatnya.

'Amirah budak pandai,tapi biadab.' Suara itu menyindir lagi.Diam!Aku tengah serabut ni.Amirah meraup wajahnya.Hari ini betul-betul bawa sial!Entah suara siapa pula yang datang ni.

...

"Pak Su,Amirah nak balik." Kata gadis itu setelah masuk ke dalam pejabatnya.Dr.Raziff menoleh.Tadi kata nak balik sendiri.

"Baliklah." Jawabnya acuh tak acuh.Amirah tersenyum sinis.

"Mama dengan papa Mirah.." ucapan gadis itu tergantung.Tidak sanggup dia menyambung ayat itu.Pak Su nya kelihatan terkejut.Dia sudah tahu kah?

"Mirah tahu." Jawab Amirah. Dr.Raziff terkejut lagi.Kenapa sikap anak saudaranya ini berubah drastik setelah sedar dari koma?Malah dia seperti boleh membaca fikiran setiap orang.

"Pak Su minta maaf.Pak Su dah cuba selamatkan mereka,tapi.."

"Tak apa. Mirah memang dah tahu." Tutur gadis itu lalu melangkah keluar dari hospital.Ya lah tu.Getus hatinya.

'Hahahaha!Mirah anak buah Doktor penipu!' Suara itu membuatkan Amirah hilang sabar.Jangan kacau aku!

'Eleh.Tak semudah tu.'
Apa yang kau nak?
'Tak ada apa.'

Aku Tahu Where stories live. Discover now