Bab 3

158 9 0
                                    

'Amirah..' suara itu seakan-akan ingin 'bermain' dengannya.Amirah bangun.Dia melihat suasana Jalan Melati melalui jendela biliknya yang terdedah.Hari masih gelap,namun sudah ramai orang berjalan di waktu ini.Amirah melihat mereka satu persatu.Sama seperti ketika dia merenung Hakim.Dia tidak dapat membaca apa-apa.

'Penyibuk!' Suara itu bergema lagi.

'Kau sibuk dengan hal kau sendiri je lah.'

'Amirah.' Pagi-pagi lagi sudah mengganggu.Omel gadis itu sendirian.Amirah turun dari katilnya dan terus menuju ke dapur. Mindanya ligat berfikir.Suara siapa yang sering mengganggunya sejak kebelakangan ini?Kenapa suara itu mengganggunya?

Dia mencapai mug dan coffee 3in1 lantas membancuhnya.Fikirannya menerawang jauh.Apa sebenarnya yang berlaku pada dia sejak sedar dari koma?Dia perasan bahawa ada perubahan dalam dirinya.Tetapi dia tidak pasti apa.

"Amirah!Bangun,dah maghrib dah ni." Suara papa jelas kedengaran.Amirah menoleh.'Papa?' Soalnya sendiri tidak percaya.Bukankah papa sudah...

"Ya!Amirah dah bangun dah ni." Seorang gadis turun ke bawah dengan wajah 'mamai'nya.Amirah meneliti wajah gadis itu.'Aku?' Soalnya sendiri lagi.Dia melihat mamanya duduk di atas sofa dengan matanya tertancap pada tv yang terpasang.Ini...Seminggu lepas,sebelum kemalangan berlaku.

"Apa anak dara tidur petang-petang ni?Tak elok!" Tegur papa dengan suara lembut tetapi tegas.Amirah hanya tersengih sambil menggaru kepalanya.

"Hehe..Amirah 'terbabas' je tadi papa." Jawab gadis itu.Papa hanya tersenyum mengejek.Lantas memeluk Amirah dengan erat.Rindu!

Papa waktu itu baru balik dari Beijing atas urusan kerja.Mama pula waktu itu sibuk dengan projek baru syarikatnya.Amirah pula baru sahaja tamat peperiksaan pertengahan tahun.Kesemua mereka sibuk.Mereka perlukan waktu untuk bersama.Papa,sudah lama merancang untuk makan bersama di restoran kawan baiknya.Tetapi malam itu,bukan nasib mereka.Mereka terlibat dalam satu kemalangan.Cuma Amirah yang terselamat.Tetapi dia belum betul-betul ingat apa yang telah terjadi.

Bayangan seminggu yang lepas akhirnya lenyap perlahan-lahan dari pandangannya.Matanya berkaca.Betapa rindunya dia dengan papa dan mama.

'Amirah!' Suara yang selalu mengganggu Amirah sejak akhir-akhir ini, datang lagi.Amirah bengang.Tak ada angin,tak ada ribut,tiba-tiba datang.

"Kau boleh tak jangan kacau aku?" Amirah tidak bermonolog lagi.Dia terus mengeluarkan amarahnya kepada si "pengganggu " itu.Suara itu ketawa.

'Macamlah aku nak kacau kau.' Sindir suara itu lagi.Amirah mendengus geram.Habis tu apa kau nak?!

'Tak ada apa-apa.' Jawab suara itu lagi.Kali ini suara itu kedengaran meyakinkan.Tak ada apa-apa.Amirah mengulangi ayat dari suara itu.Memang tak ada apa-apa kah?

"Hai.." Sapaan itu sangat jelas.Amirah yang tadinya duduk sedikit membongkok terus duduk tegak.Bulu romanya meremang.Dia menoleh ke arah suara itu.

Eh?!

....

"Weih!Kau orang perasan tak dengan perangai Amirah sekarang?Sejak keluar ICU,perangai dia berubah gila!Kuat marah,serious memanjang..Lepas tu hari tu,dia tiba-tiba tanya kat cikgu Nisa, 'cikgu ada panggil saya?' Padahal cikgu tak bercakap pun.Pelik betul!Seram aku!" Alin bersuara setelah mereka lama membisu.Zila yang sibuk membuat tugasan merasa terganggu.Dia menjeling Alin tajam.Suka betul dia sibuk hal orang lain.

"Ya lah.Masa dia masuk kelas hari tu,dia cakap sorang-sorang." Anis pula bersuara.Zila mengerutkan dahi.Bila masa pula kawan aku jadi psycho ni?Amirah memanglah sengal sikit.Tapi tak adalah sampai bercakap sendiri.

"Dia cakap apa?" Zila sudah mula tunjukkan minat dengan topik mereka.

"Tak ada apa-apa." Jawab Anis.Zila mengetuk kepala Anis.Kalau tak ada apa-apa,kenapa dia kata Amirah cakap sorang-sorang?Wat saspen jee..

Anis mengaduh kesakitan.Dia mengusap kepalanya."Betullah apa aku cakap.Amirah masuk kelas,duduk kat tempat dia,then dia cakap 'tak ada apa-apa.' Padahal tak ada seorang pun yang tanya dia apa-apa." Cerita Anis panjang lebar.Mereka termenung selepas itu.Entah kenapa.Mungkin kerana Amirah yang sudah menjadi gadis yang memiliki extra kesengalan.

...

"Hakim?" Soal Amirah seakan-akan tidak percaya.Sejak bila budak ni masuk sini?

"Hakim?Siapa tu?" Soal lelaki itu.Keningnya berkerut.

Amirah hanya memandang lelaki yang disangkanya Hakim itu.Tak.Bukan Hakim.Dia bermonolog.Dia memandang lelaki itu lagi.Lelaki itu tersenyum kambing sambil melambai-lambai sebagai tanda perkenalan.

"Keluar dari rumah saya sekarang!" Arah Amirah.Jari telunjuknya mengarah ke pintu belakang yang terletak berdekatan dengan dapur.Lelaki itu kelihatan terkejut.Suka-suka hati je halau orang.

"Kalau ya pun,janganlah suruh keluar kat pintu belakang." Marah lelaki itu.Dia menumbuk meja tanda marah.Amirah memandang lelaki itu tajam.Lama-lama lelaki itu menjadi bayangan.Dan akhirnya hilang dari pandangannya.Amirah terkesima.Bukan manusia?

Dia mengatur langkahnya ke tingkat atas.Pembantu rumahnya yang baru sampai menyapanya mesra.Amirah hanya tersenyum singkat,dan berlalu.Malas mahu menghormati orang hari ini.

Dia membuka pintu pejabat mini papanya.Tenang saja.Buku-buku di atas bertaburan di atas lantai .Dia merasa pelik kerana buku-buku di tempat itu tidak pernah berselerak.Sekalipun diletak di atas lantai,ianya akan disusun kemas.Amirah mengambilnya,dan meletakkannya di atas rak.Ada banyak lagi ruang kosong di rak ini.Mengikut ketebalan buku-buku papanya yang lain ,kira-kira 8 biji buku lagi boleh dimuatkan.

"Boo!!" Amirah menjerit terkejut.Lelaki itu tiba-tiba muncul lagi.Dia berdiri di hadapan Amirah,iaitu disebelah kiri rak buku.Amirah di sebelah kanan.

"Cari ni?" Lapan biji buku yang tadinya ditangan lelaki itu,disusun rapi di atas rak.Buku terakhir menutup wajah lelaki itu dari pandangannya.Sempat lagi lelaki itu melambai sebelum buku itu menutup wajahnya sepenuhnya.

Amirah melangkah pula ke meja kerja papanya.Dia menunduk memandang pantulan imejnya di atas meja.Tiba-tiba pantulan imej itu menjadi dua.Lelaki itu lagi?Amirah mengangkat muka.Memandang sekeliling bilik itu.Tiada siapa-siapa,melainkan dia saja.

Dia mula merasa seram.Akhirnya dia melangkah ke pintu keluar.

Tapi!Bilik itu terkunci.Alamak!Apa pulak masalah pintu ni.Amirah mengomel sendiri.Berkali-kali dia menjerit memanggil pembantu rumahnya,namun tiada balasan.Dia mulai cuak.

"Hai awak." Amirah berpaling.Dia menjerit kuat apabila wajah lelaki itu berada betul-betul di depan matanya.Terkejut lah.Lelaki itu terus menutup kedua-dua belah telinganya.

"Bising lah!Aku bukannya buat apa pun." Marah lelaki itu.Amirah masih memandang lelaki itu.Matanya yang macam scanner terus mengimbas segalanya tentang lelaki ini.Lelaki ini lupa identitinya.Dia tidak boleh menjauh dari Amirah walaupun 'kalau' lelaki itu mahu menjauh darinya.Tapi kenapa? Apa kena mengena lelaki ini dengannya?Sebab dia seiras dengan Hakim kah?Atau lelaki ini memang Hakim?Tak!Bukan Hakim.Kalau Hakim,dia pasti sudah tahu.

"Kau nak apa?" Soal Amirah.Lelaki itu mengerutkan keningnya.Dia mengangkat bahu.

"Tak ada apa-apa." Jawabnya selamba.Amirah mengangkat kening.Lelaki ini memang tak minta apa-apa.Jadi,kenapa dia disini dengan aku?Amirah memegang kepalanya,dan terus mengusutkan rambutnya.Arrghh!Serabut!!

Aku Tahu Where stories live. Discover now