Bab 7

161 11 2
                                    

Kereta SUV hitam meluncur laju di atas jalan raya.Amirah melemparkan pandangan di luar tingkap.Matanya melirik sesusuk tubuh yang dia kenali.Hakim buat apa keluar tengah-tengah malam ni?Dia cuba melihat anak mata lelaki itu,namun pergerakan lelaki itu terlalu pantas.Dia berlari keluar dari farmasi 24 jam.Kelihatan tergesa-gesa.Tiba-tiba Amirah merasa badannya terumbang-ambing.Tempat duduknya sudah tidak tetap lagi.Badannya terasa dilambung tinggi.

"Allahuakbar!" Amirah menangkap suara itu.Suara Papa!Kereta itu terbalik.Amirah melihat papanya yang terbaring lemah di atas jalan raya.Air matanya mengalir.Mahu saja dia pergi ke tempat papanya,dan memeluknya.Tapi dia tidak mampu.Darah mengalir di atas kelopak matanya hasil daripada hentakan kuat di kepalanya tadi .Mata Amirah hampir terkatup rapat.Namun matanya masih dapat melihat sesusuk tubuh yang seperti sedang memandangnya.Hakim?Mata lelaki itu merenung sesuatu.Sesuatu yang berada di atas jalan tar yang sejuk itu.Pil-pil yang bertaburan membuatkan lelaki itu menangis.Akhirnya lelaki itu menutup matanya.Amirah memandangnya kosong.Lemah.Itu saja yang dia mampu.

....

Amirah melangkah longlai menuju ke kelasnya.Semua mata tertumpu kepadanya.Amirah merenung mereka.Dia mencebik.Dia tahulah perangai dia berubah sejak keluar ICU,tapi itukan dah lama.Takkanlah mereka tak boleh lupa lagi?Ish!Geram betul aku.

"Wei Mirah!Bila kau sampai?" Zila menepuk bahu rakannya itu.Amirah hanya memandangnya sekilas.

"Baru tadi." Jawabnya pendek.Mata Amirah tertancap pada meja kosong di hadapan mejanya.Dia duduk dan termenung.Zila hanya memandangnya pelik.

"Zila..Kau kata,Hakim dah lama meninggal kan?" Soal Amirah.Zila mengangguk pasti.

"Sebab apa?" Soal Amirah lagi.Zila melabuhkan punggung di sebelah Amirah.

"Aku dengar,sebab kena bunuh.Dia kena rompak." Jawab Zila.Amirah mengerutkan keningnya.Kena rompak?Bukan kena langgar?Habis yang dia mimpikan semalam tu siapa?Yang dia nampak sebelum dia kemalangan tu siapa?Reza kah?Jadi apa yang dia nampak semasa di perhentian bas hari itu,adalah bagaimana Hakim dibunuh?

...

Troli berisi air mineral ditolak perlahan.Tinggal satu blok lagi,tugasnya selesai.Dia melihat kawasan blok hospital dengan penuh tanda tanya.Bosannya diorang cat hospital warna putih.Cubalah cat dengan warna ungu ke,kelabu ke,tak pun pink.Kan meriah!?Ini warna putih.Orang yang sihat pun,boleh jadi sakit kalau pergi sini.Nasib baik doktor dia dah makan ubat anti warna putih hospital.Tak lah sakit.Rungutnya sendiri.

Dia berhenti menolak troli apabila telefon bimbitnya berbunyi.Dia membaca nama pengirim pesanan.Yvone?Reza tersenyum sinis.Entah apa lagi perempuan ini mahukan.Dia meletakkan tanggan kirinya di tombol pintu pejabat.Separuh badannya menyandar di pintu itu.

'Kenapa?' Reza menekan butang "send " .Dia mengeluh teringatkan ayahnya di rumah yang sakit teruk.Dia berfikir-fikir bagaimana untuk menggunakan upah kerja sambilannya hari ini.Membeli ubat untuk ayahnya dan makanan harian mereka.Tapi pastinya tidak cukup.Dia mengeluh lagi.

Tiba-tiba daun pintu tempatnya menyandar ditarik dari dalam.Dia hilang keseimbangan badan.Akhirnya dia jatuh tersungkur di atas lantai pejabat itu.Dia segera bangun."Maaf encik,saya tak sengaja." Reza melihat wajah-wajah yang berada di dalam pejabat itu.Mereka kelihatan panik.Reza hampir mengerutkan kening.Kehenseman aku ni menggugat diorang ke?Soalnya sendiri.Bodoh persoalan tu.

Tiba-tiba dia rasa tangannya diraih.Tiga keping duit RM 100 berada di tangannya sekarang.Reza memandang duit itu terkebil-kebil.Ini apa pulak ni?Aku menang pertandingan penghantar air paling hensem ke?Soalnya sendiri lagi.Kembang kembis hidungnya menerima wang sebanyak itu.

"Gaji kamu ni,tak lah banyak sangat kan?" Soal doktor itu sinis.Reza memandang doktor itu.Ini yang aku tak suka ni.Dia bagi aku duit sebab gaji aku kecil ke?Dia ingat aku ni apa?Tabung pekerja penghantar air?Bendahari?

Aku Tahu Where stories live. Discover now