Bab 5

179 12 9
                                    

"Doktor..Macam mana dengan Reza?" Lelaki tua itu menanti jawapan daripada Dr. Raziff.Jelas di sudut matanya,dia memiliki harapan untuk anak tunggalnya.Dr.Raziff mengeluh.Sesekali,matanya melirik lelaki yang dimaksudkan oleh orang tua itu.Sudah lebih dari seminggu lelaki itu terlantar di atas katil itu.Namun dia belum menunjukkan apa-apa perubahan.

"Pembedahan semalam terpaksa dihentikan kerana pembekakkan otak.Jadi,kami perlu tunggu sehingga keadaannya membaik,dan kami boleh teruskan langkah yang seterusnya." Jawab doktor itu panjang lebar.Lelaki tua itu merenung lantai hospital yang putih itu.Dia kurang faham.

"Apa maksud doktor?" Soalnya.Dr.Raziff memandang pesakit itu lagi.

"Kebanyakkan kes seperti anak encik selalunya sukar diatasi.Jadi,saya harap encik faham." Jawabnya jujur.Lelaki tua itu menjadi sebak.Akhirnya dia melutut dihadapan Doktor itu.Dr.Raziff terkejut,namun membiarkannya.

"Doktor,tolong buat yang terbaik untuk anak saya.Sekurang-kurangnya biarlah dia hidup lebih lama dari saya." Rayu lelaki itu.Dr.Raziff mengeluh sekali lagi.Dia mengurut hujung batang hidungnya.

"Saya akan cuba." Jawab doktor itu.

"Tapi saya tak janji kalau dia boleh hidup lama dari encik.Saya bukan Tuhan." Jawab dengan dingin dan jujur.Lelaki tua itu merenung lantai.Air matanya jatuh.Sehingga begitu sekali kah tipisnya harapan untuk Reza?Dia duduk disebelah katil Reza.

"Kalau kau bangun,ayah janji tak akan suruh kau beli ubat malam-malam lagi.Ayah janji ayah akan sembuh....." rayu lelaki tua itu pada Reza.

"Tolong..." Rayuannya hampir tidak kedengaran lagi.Dia menangis teresak-esak.

Dr.Raziff hanya melihat lelaki itu dengan pandangan kosong.Dia sudah biasa melihat reaksi begini.Selama sepuluh tahun menjadi doktor,inilah yang sering dia lihat.Pada mulanya,dia turut melihatkan emosinya pada waris-waris pesakit.Tetapi sekarang,dia sudah biasa.

.....

Amirah merenung buku fizik dihadapan matanya.Dia membelek helai demi helai.Namun,fikiran dan perasaannya bukan di situ.Dia bingung!Sebelum ni dia sering bertemu dengan Hakim setiap hari.Di dalam kelas yang sama.Tetapi apa yang dikatakan Zila tempoh hari benar-benar mengejutkan.Hakim sudah meninggal?

"Woi!" Jerkah Anis sambil tangan dilambai-lambai dihadapan mata Amirah.Terkelip-kelip mata Amirah dibuatnya.

"Janganlah termenung.Kerja tak siap lagi ni." Sambung Anis lagi.Amirah hanya melihat Anis sekilas lantas menyambung 'renungan'nya terhadap buku fizik itu.

"Arggh!" Amirah mengeluh kasar.Buku fizik dihempas di atas meja.Dan sudah tentu,dia menjadi tumpuan di ruang pusat sumber itu.Ada yang menggeleng-geleng melihatnya.Kasihan..Muda-muda lagi,dah masuk ICU.Dah keluar,jadi begini pula.ish ish ish..

Anis tersentak.Cepat-cepat dia menarik Amirah keluar dari tempat itu.Nanti jadi 'bahan' pula oleh 'warga-warga bijaksana' di situ.Amirah tersengih.

"Kat mana pun kita,kita tetap akan jadi bahan bualan orang.Tak kiralah,baik ke,jahat ke,..Sama je." Anis terkedu.Amirah seolah-olah dapat membaca fikirannya.Dia terfikir.Mungkinkah Amirah ada kelebihan macam watak di dalam drama Korea 'I can hear your voice' tu?Jadi, Amirah tak boleh tengok mata aku!Anis cuba sedaya-upaya melarikan pandangannya dari Amirah.Tapi,alang-alang melarikan pandangan ni,larikan diri ajelah!

"Mirah,cikgu Suffian panggil aku tadi.Aku pergi dulu lah." Tanpa menanti balasan Amirah,Anis terus berlalu.Amirah hanya memandangnya kosong.Aku tak,tegok mata pun,aku tahulah!Dia mengomel sendiri.

'Amirah..' Suara yang sudah tiga hari tidak menyapanya datang lagi.Lagi hanya buat-buat tidak tahu saja.Buang masa, dan buang karan melayan lelaki gila itu.Tak ada angin,tak ada ribut muncul begitu saja.Lepas tu,suka-suka saja mengkritiknya.

Aku Tahu Where stories live. Discover now