Bab 6

143 9 0
                                    


"Mirah buat apa datang sini?Selalunya kena paksa dulu baru datang." Soal Asyirah dengan hairan.Amirah merenung kakaknya.

"Dulu,yang paksa tu mama..Sekarang mama dah takde." Jawab Amirah.Asyirah hanya tersenyum kelat.Dia melihat seorang lelaki yang sedang bermain dengan budak-budak di dalam pusat taska itu.Amirah menoleh ke arah lelaki itu juga.Tanpa dia sedari,dia tersenyum sendiri.

"Dia buat apa kat sini?Dia ikut Mirah ke?" Soal asyirah.Amirah menggeleng.

"Tak.Mirah yang bawa dia kat sini." Jawabnya pendek.Walaupun pada awalnya memang Reza yang ingin mengikutinya tadi,tapi dia juga yang membawa lelaki itu kesini.Kan dia kata mana-mana je.Jadi,Amirah bawa dia mana-mana je lah.

Asyirah mengangguk."Mirah nak tanya sikit boleh?" Soal Amirah.Asyirah mengerutkan kening.Dia tersenyum.

"Sejak bila budak genius pandai tanya soalan ni?" Soalnya mengusik.Amirah merasa sedikit terpukul.Tidak cukup Reza,kakakknya pula ganti mengusik.Tetapi kakakknya lebih baik.Sekurang-kurangnya,Asyirah cuma mengusik sebagai tanda gurauan.Tetapi Reza lebih kepada penghinaan,kritikan dan Reza tidak pernah menyembunyikan apa yang ada di fikirannya.Kalau tak suka,memang tak suka!Kalau marah,memang marah!Itulah Reza.Amirah mencebik.

"Sejak bila akak boleh nampak benda-benda pelik?" Soal Amirah.Asyirah mengerutkan kening.Tapi selepas itu dia mengangguk.

"Benda pelik,maksud Mirah benda halus ke?" Soal Asyirah.Amirah mengangguk.

"Sejak akak kecik." Jawab Asyirah pendek.

"Maksud Mirah,sejak bila akak sedar yang akak nampak semua tu tak betul..Maksud Mirah tak hidup." Soal Amirah lagi.Asyirah berfikir-fikir.

"Time akak umur 12 tahun." Jawabnya pendek.Amirah mengangguk-angguk.Dia menoleh ke arah Reza yang kelihatan gembira dengan budak-budak di situ.Amirah berfikir.Jika dia tidak boleh membaca fikiran Hakim sebelum ini,bermaksud Hakim sudah tiada.Tetapi lelaki itu,,....dia masih boleh membaca fikirannya.Jadi,maksudnya lelaki itu memang masih hidup?Memang betulkah dia Reza?

"Amirah okay tak?" Soal Asyirah yang melihat adiknya seperti berfikir sesuatu. Amirah tercengang seketika,namun selepas itu dia mengangguk.Asyirah tersenyum.

"Kalau tak okay,Amirah tahu nak pergi mana kan?" Soal Asyirah, dalam masa yang sama serkap jarang.Amirah diam.Dia tiada jawapan itu.Dia memang selalu bertemu dengan kakaknya setiap kali ada masalah.Apa yang dia maksudnya disini ialah,dia tiada jawapan untuk soalan pertama kakaknya.Betulkah dia okey?

"Mirah adik kakak.Kakak kenal sangat dengan Mirah.Cuma satu je kakak nak pesan.Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.Kalau Mirah rasa ragu,yakinkan diri.Semua ni mesti ada jalan penyelesaiannya." Amirah merasa terkesan.Kakaknya jarang berkuthbah pagi-pagi Sabtu begini.Selalunya arwah mama yang kutbahkan dia.Mungkin memang betul kata Asyirah.Semua ini ada hikmahnya.

"Ooo..Ya ke?" Jawab Amirah kekok.Asyirah tersenyum.Amirah hanya terkebil-kebil memandang kakaknya.Mahu saja dia suarakan,namun hatinya menghalang.Memang ada hikmahnya!

....

"Doktor,pesakit yang ada dalam ICU tu dah dah tunjukkan perubahan positif." Dr.Liah.Pembantu Dr.Raziff mengabarkan itu.Dr.Raziff hanya mengangguk.Dia mengeluh selepas itu.Jika pesakit itu sembuh,dia pasti akan mendapat padah.Lelaki itu tidak boleh selamat.

"Bila pembedahan yang kedua boleh dijalankan?" Soal Dr.Liah.Dr Raziff menoleh ke arah pembantunya.

"Keadaan dia tak elok lagi.Tunggu sehingga dia tunjukkan perubahan yang lebih positif." Jawab Dr.Raziff pendek.

"Baik." Pembantu Dr.Raziff keluar dari pejabat itu.Dr.Raziff mengeluh lagi.Macam mana ni?Soalnya sendirian.

....

Aku Tahu Where stories live. Discover now