BAB 1 : Kekalahan pertama

36 1 13
                                    

Permandangan kehijauan rumput hijau terpapar jelas susuk wanita berpakaian serba besi selayaknya pahlawan dari suatu kerajaan, dengan kuda-kuda dibetulkan bagai ingin menyerang atas keanehan dari seluruh tubuh Yuu.

"Aku tak ada masa nak lawan dengan kau." bibir melontar kata cuba mengundur diri berlawan dengan seseorang yang tak dikenali baginya.

"Jangan harap aku bagi kau lepas setelah apa yang kau buat." balas wanita itu melaju, membuka langkah, menarik gagang pedang dari sarung lalu menebas sebilah pedangnya ke arah Yuu.

Mujur saja refleks diri menepis dari jari-jemarinya yang terpotong.

"Apa yang aku buat?!" soal Yuu sekilas tubuhnya berjaya elak.

"Kau bangkitkan penyihir tu." ujarnya melihat reaksi air muka Yuu yang seakan kesal, penuh dengan hawa membunuh.

"Penyihir 7191... Itu yang kau maksudkan?" orang yang dikatakan itu nyatanya orang yang meragut semua perkara manis dalam hidup Yuu.

"Jadi betullah kau tahu."

"Jangan tuduh sebarangan, aku sedang kejar dia." tulus Yuu malangnya penyataan itu tak diendahkan.

Wanita itu sekali lagi mengacu pedangnya dengan gaya ingin menancap, lariannya yang laju hampir tidak sedarkan diri. Mujurlah dia sempat mengelak lantas itu menyerang balas dengan tumbukan padu pada baju perisai besi di dada.

Dagushh

Tumbukan itu berjaya mengundurkan kasut besinya hingga bergeser pada tanah, malah geseran itu menampakkan kesan bekas lumpur.

"Susuk diri kau luar biasa, sudahku duga kau bawahan dia." kakinya stabil dari terjatuh dek bantuan kasut besi itu, jarang sekali dia menemukan kelibat misteri yang sukar untuk dikalahkan itu, fikirnya.

"Jangan mengarut! Aku ada sebab sendiri." dalam pola fikir Yuu hanyalah untuk merebahkan badan kesatria itu agar dirinya dapat mencari keberadaan kekasihnya tanpa adanya pertumpahan darah.

"Aku juga sama!" bagai kelajuan kilat saja wanita itu mencengkam kerongkong Yuu dan menyeret tubuh ke tanah.

Druhhhhh

Setelah kedua mereka terhenti, cengkaman wanita itu semakin kuat seolah tidak ragu-ragu untuk melayangkan nyawa Yuu, dengan beberapa titik air mata mengalir dek tidak dapat bernafas Yuu cuba membuka mulut.

"Baiklah aku beritahu!" jari-jemari Yuu meronta-ronta sarung tangan besi wanita itu dengan terbekas di leher.

"Kedatangan aku, aku nak cari seseorang, ya penyihir tu tapi dia kawal orang yang aku sayang." ucapkata pantas itu dinyatakan kerana terpaksa menyebabkan salah faham.

"Dah agak." jari-jemari wanita itu tidak lepas dari kerongkong, cengkaman itu sedikit menusuk pada leher sehingga mengalirkan darah. Bibirnya mengungkap kekesalan atas diri Yuu.

"Penyihir dan semua yang kau berdua lakukan dah menampakkan kau ni betul bawahan dia." tuduhan semakin membuak-buak seiring amarahnya yang membulat.

"Bukan! Tolong berhenti." suara Yuu perlahan mendesak, wajahnya mula naik kebiruan.

"Kau rayu sekalipun apa yang kau dapat? Aku kesatria yang terkuat, Novella!"

Yuu sememangnya terpaksa untuk menerajang lalu menumbuk wajah Novella untuk melepaskan diri secara panik. Akhirnya dia lepas jua dari cengkaman gila itu dan membangkitkan diri dari terbaring.

"Kau tak faham apa-apa wajar saja sebab aku ada perkara nak buat kat sana." kata Yuu masih memberi kekeliruan pada Novella, dia mengundurkan beberapa langkah.

UNKNOWN STORY : CONFABULATION (C)Where stories live. Discover now