Bab 4 : Perkampungan aneh

9 1 6
                                        

Injakan tanah di rumput hijau pantai tergoyang oleh kemunculan segerombolan kekuda yang dinaiki oleh susuk pahlawan berbaju besi, menghampiri ke arah wanita yang dipercayai pihaknya.

"Cik Novella!" seru seorang pahlawan memanggil Novella yang terkaku berdiri di tanah, disertai diri memandang ke arah depan kawasan permandangan.

Pasukan berkuda terus berhenti dikala tiba di belakang Novella, mereka seolah ingin diberi rancangan strategi dan perintah untuk maju, bibir dari salah seorang kesatria mula berbicara dengannya.

"Kami dapat merasakan aura cik jadi kami ke sini, apa yang terjadi?" soalnya terus jari telunjuk tuju ke arah kawasan jauh menghijau itu.

"Musuh-musuh kita ada di depan, licik bertopeng dua, aku dah terpedaya hanya disebabkan tangisan syaitan. Jika kita membunuh para anak buahnya adakah kita akan merasai kemenangan sebenar yang kita impikan?" ucapkata dari Novella itu terus mendiamkan para pasukan.

Novella sang kesatria utama yang disayangi oleh para kesatria, bangsawan, rakyat mahupun raja cuba menyelesaikan isu keadilan. Sebelum sang berkuda tiba dia sudah lama merasakan kehadiran cahaya yang diselubungi kegelapan dalam diri. Susuk yang misteri untuk dipercayai.

"Adakah dia sudah bangkit?"

"Yuu Rinko yang dikatakan orang terpenting penyihir tu dah bangkit tapi... Dia abadi."

"Abadi?!" seluruh mata turut terbeliak mendengar, mereka buntu idea bagaimana cara untuk mengalahkan remaja itu.

"Jika kita bawanya ke istana bukankah itu mendatangkan musibah? Sang penyihir akan punahkan segalanya di sana."

"Takkan kita hanya berdiam diri dengan keadaan mereka yang akan bertemu satu sama lain, jika mereka bersatu maka... Semua kehancuran dunia akan bermula." terang Novella.

"Apa yang cik nak buat?"

"Kerahkan ramai lagi pasukan berkuda, kita akan serbu musuh-musuh kita di depan tu, dengan cara tangkap Yuu kita boleh alihkan masa mereka untuk bertemu." arah Novella, hanya isyarat mata saja seorang kesatria berkuda berpatah balik ke istana.

"Depan sana kawasan gelap..."

"Jika kau takut maka buang saja sikap kepahlawanan dan mulakan jadi rakyat biasa untuk hidup, kita hidup untuk mati demi melindungi mereka yang lemah, dengan cara itu semuanya yang derita akan berakhir kerana kita." lontar semangat dari Novella terus dia menolak tubuh pahlawan berkuda terdekat hingga jatuh dek ingin mengejar Yuu di depan.

Ayunan tali memberi isyarat tuk kuda mara, disertai oleh semua pasukan yang lain, Novella yang berada di depan berserabut fikiran untuk nengerti dirinya. Dia sudah lalai dan biarkan Yuu melarikan diri betul-betul depan matanya dengan jalan perlahan.

Sementara itu, langkah kaki nan lama itu telah terpapar langit jingga dengan layuan pohon berakar dan beberapa kawasan dipenuhi tengkorak rangka. Bau busuk dari bangkai menusuk hidung dan telinga pula dipermainkan ilusi rintihan suara gadis kecil walaupun sebenarnya itu adalah duara burung misteri.

"Aku dekat mana?" getus bibir Yuu melihat sekeliling kawasan yang teruk itu, lalu luka badannya mula sembuh oleh keabadian.

Disaat tubuhnya yang sihat tanpa luka, memori masih terasa akan rasa sakit yang dialami berlawan tadi, tiada siapa yang ingin mendengar luahan rintih melainkan hati. Dia tetap ingin menyelamatkan seseorang yang dia sayangi walau bertembung maut sebenar sekalipun.

Seketika berjalan fikirannya bermain bayangan wajah dari sang rakan, ibu malah kekasihnya dengan senyuman. Dia rasa sakit untuk menahan denyutan fantasi sehinggalah menekankan kulit lengan dengan kukunya hingga berdarah.

UNKNOWN STORY : CONFABULATION (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang