Bab 17 : Pohon Medusa

3 1 10
                                    

Burung bersayap patah terjatuh dek menghempap dirinya pada pohon persekitaran gua, sunyi sepi tanpa suara keriangan kanak-kanak yang selalunya ada di sekitar desa. Matanya lelah saat mencari suatu hal yang melebihi emas yakni pujian oleh bibir manusia atas pencapaiannya.

"Masih belum cukup, saya tak mampu." getus bibirnya yang menghadap diri pada susuk kanak-kanak yang tak sedarkan diri bersama air darah yang mengalir dari tubuh.

"Dia... Pasti bangga jika saya dapat hasilkan sesuatu yang dia ceritakan itu... Wujud keemasan." getus wanita itu mengetapkan giginya geram atas ekperimen beratnya yang gagal menciptakan manusia yang mirip dengan apa yang diceritakan tapi siapa dan bagaimana.

"Dewi... Ampunilah saya kerana melambatkan keinginan anda, akan saya pertunjukan segalanya apabila dia bangkit. Wujud keemasan yang saya janjikan untuk anda." ucapkata wanita itu menyumpah lalu seorang kanak perempuan berada tempat di belakang dirinya.

"Guru Medusa? Sekarang ke masanya untuk anda ajarkan sihir?" kata gadis kecil itu teruja lalu tatapan matanya berubah tika melihat mayat yang mati itu terpapar di matanya.

"Amy... Jangan risau, dengar saya... Ini adalah sihir jelmaan, dia berjaya." ucap Medusa terlihat cemas bahkan tutur kata itu sudah terang kebohongan.

Amy hanya diam, dia masih positif dengan mempercayai gurunya itu lalu merelakan diri tuk belajar ilmu sihir dari susuk penyihir diraja.

Medusa menyimpan rasa berdosa sedalamnya di hati hanya semata-mata keanggunan untuk dewi yang dia sanjung lalu ekperimen sihir hitam berjaya terwujud di badan Amy, luka-luka yang sepatutnya berdarah langsung tidak menampakkan parut buat Medusa terbeliak kesenangan.

Aksi itu dipantau oleh anggota kesatria yang menyaksikan segala perbuatan jahat dari wanita itu lalu suara yang keras terdengar jelas di telinga.

"Medusa! Tergamak kau pengguna kanak-kanak ni untuk sihir absurd kau!" ucap salah seorang pahlawan terus mata jijik Medusa mematah kata.

"Kau tak ada hak bersuara! Kita akan diselamatkan apabila wujud keemasan ni dah terwujud." kata Medusa memeluk rapat Amy yang pengsan itu.

"Kau tak nampak apa yang kau buat ni! Kotor... Kau sampah, sampah yang dianggap berjasa pada raja!" kata Kesatria itu lalu menyerang namun dielak mudah oleh Medusa apabila dedaun kering bertukar akar melilit kaki mereka.

Medusa bergelabah saat rahsia diketahui lalu dia terus mendukung Amy di pangkuan tangannya berlari dari ruangan itu. Syiling takkan berlambung jika tiada lemparan.

"Dewi! Saya persembahkan dirinya yang kau carikan! Wujud keemasan yang kau cari selama ni dalam buku dan segala suara kau." teriak Medusa yang berada dalam hutan berakar tak kelihatan oleh mata kasar, penentu yang dinantikannya itu masih tak berikan jawapan.

*Dewi beritahulah saya... Jangan diam dewi, ucap saja kau membanggakan pencapaian saya." ujarnya dengan hidung naik dek bangga malangnya suara itu tak didengari sehingga kedatangan tombak sesak.

Cjahhh

Tombak yang tak diketahui itu tersasar tepat pada hati Medusa buat dirinya menjatuhkan tubuh Amy ke tanah, seketika itu pejuang diraja mula memunculkan diri disebabkan suara Medusa sendiri lantas itu balasan suara yang ingin dia cari itu mula tergema di otak dengan nada marah.

"Aku murka Medusa, sanggup kamu persembahkan buatan semata-mata untuk gantikan dirinya yang emas itu! Bodoh sekali... Dirinya seharusnya lelaki!" getus suara dewi yang mempersoalkan kebodohan Medusa lalu tatapan mata terbuntang luas apabila kedatangan bilah tajam membelah leher.

UNKNOWN STORY : CONFABULATION (C)Where stories live. Discover now