Bab 12 : Insane Flick (Bahagian 2)

8 1 7
                                    

Sinaran mentari memantulkan cahaya pada potret gambar perkahwinan di penjuru bilik, tubuh remaja lelaki memasuki umur 19 tahun terbaring di katil akhirnya terbangun dari hanyutan mimpi ngeri. Kotak-kotak segala barang masih berterabur tak dibuka untuk letakkan dalam almari dan tempat penyimpanan.

Kantuk mata hilang dikala jemari menggosok mata lantas tangan mencapai telefon pintar tuk melihat waktu, layar skrin menampakkan gambar pasangannya yang cantik dengan senyuman manis buat diri bersemangat.

"Dah pukul 2." katanya sambil melangkah maju menuju ke pintu ruang tamu, celahan terbuka menyebabkan aroma enak menusuk lubang hidungnya. 

"Sayang, dah bangun?" sapa sesusuk perempuan yakni sang isteri, menoleh seiring mendengar pintu bilik dibuka.

"Ya, maaf tak bantu awak tadi." balasnya apabila tidak dapat membantu isterinya mengemas rumah dan menolongnya memasak.

"Tak apa, awak penat kan. Saya boleh uruskan." sang isteri menghampiri sambil memegang kedua belah tangan.

"Awak nak makan?"

Hanya anggukan kepala dibalas dek rasa malu berumahtangga masih tak hilang dalam diri apabila si isteri telah dimilikinya bahkan bagai mimpi saja akan perkahwinan mereka berdua lalu tangan laju ditarik ke meja makan dipenuhi berbagai jenis hidangan yang lazat, kedua mereka saling berpandangan dengan ukiran senyuman manis.

"Yuu, saya suap ya." lontarnya sekilas daging di hujung garfu diacukan pada mulut.

"Sedap tak?"

"Sedap, Flick." puji Yuu buat Flick lena mendengar dari bibir suaminya itu, garfu ditekan pada makanan di atas piring untuk disuap.

"Aduh, sayang makan laju sangatlah."

"Maaflah, awak masak sedap." kata Yuu tidak henti-henti disuap.

Daging yang diangkat untuk dimasukkan dalam mulut, dimasak dengan sempurna tidak terlalu liat mahupun keras. Lembut saja tika dikunyah bersama sisa-sisa minyak yang terjatuh di atas meja, dia sangat menikmatinya.

"Saya tidur lama ke tadi?" Yuu bersuara sedar kepenatan isterinya tetapi gelengan kepala saja dibalas.

"Awak pasti penat masak semua ni." tangan mengusap-usap lembut pipi dan seluruh sisi kanan menyebabkan kemanjaan isteri diserlahkan sedikit.

"Ghairahnya bersama awak..."

"Ghairah?"

Ucapan tadi telah mendatangkan kembali ingatan mimpi ngeri yang dia rasai seolah dejavu sendiri selepas mendengar dari telinganya, mimpi pembantaian kawan-kawannya dan diri sendiri makin jelas buat tangan mengangkat pergi dari pipi.

"Kenapa?" soal sang isteri.

"Tak tu semua mimpi! Aku tak mati, Flick tak bunuh sesiapa." getus hati dengan pendiriannya pertahan sang isteri.

"Er... Masa kita berkahwin..." persoalan meluap di kepala untuk bertanya namun benak mula hilang dek bingung dan keliru bagaimana dirinya berkahwin mujurlah Flick mengingatkan kembali kepadanya.

"Awak ni mudah lupa lah hehe, masa kita berkahwin tu, tak. Saya cerita masa awak melamar saya. Masa tu dekat pantai bila kita berdua berjanji temu, awak sarungkan cincin pada saya dan awak kata..."

"Saya penat menunggu saat ni, saya cintakan awak seorang saja Flick. Sila salurkan kehangatan pada saya.

"Dan masa kita kahwin tu, kita berciuman betul-betul di depan menara yang terapung dan penderitaan awak itu hilang bersama saya."

Yuu mula terbangun dari kerusi, tutur bicara isterinya makin tak jelas apabila ingatan itu tak pernah ada dalam fikiran. Konfabulasi terus-menerus mengelirukan diri ke jurang kebohongan.

UNKNOWN STORY : CONFABULATION (C)Where stories live. Discover now