TEASER 1

2.1K 19 0
                                    

"Yang penting... budak ni dara lagi!"

Kah! Kah! Kah! Meletus sekali lagi tawa Jefri.

"Habis tu? Kau nak buat apa? Kau jangan nak menjahanamkan dara anak orang pulak? Aku pesan siap ni. Kalau kau ada buat belakang aku tu, aku tak taulah." Kamal kerut dahi.

Jefri ketawa lagi. Namun tawanya semakin bersisa.

"Taklah! Masalahnya sugar baby aku pun tak nak bagi kawan dia dekat aku. Dia kata nanti dia jealous! Aduhhh sayang betul. Haha! Dia suruh aku carikan. Ni... ada dia bagi gambar budak tu dekat aku. Armel nama dia. Nah... cuba korang tengok."

Telefon bimbit yang menyala di tangan, Jefri suakan kepada Kamal.

Tak berkelip mata Kamal merenung. Jelas Kamal teguk liur berkali-kali.

"Ikin kata kalau sempat kejap lagi dia datang singgah kenalkan aku dengan kawan dia ni. Bolehlah korang jumpa sekali."

"Uishhh... lawa budak ni." Kamal geleng-geleng kepala.

"Kannn...? Fuhhh... punyalah cun melecun. Dengan muka innocent dia tu. Lagilah tak boleh tahan. Geram aku tengok. Ini kalau aku dapat..." Merah-merah muka Jefri menahan geram.

"Malang budak ni kalau dapat dekat kau. Dahlah lawa. Dara pulak. Bagus jugaklah budak Ikin tu tak bagi kau jadi sugar daddy budak ni!"

Kah! Kah! Kah!

Sekali lagi ketawa Jefri bergema. Sehingga menarik perhatian pengunjung restoran yang duduk tidak jauh dari mereka. Jefri kalau bab perempuan, hidup sungguh!

"Kau nak tak, Mal? Aku bagi kau." Jefri membuat tawaran. Ikut hati, naluri dan nafsu memang dia nak rembat juga kawan Ikin yang bernama Armel ini. Tapi dia dah agak lama dengan Ikin. Dalam berhubungan atas dasar duit itu, kadang-kadang rasa terselit sayang. Jadi dia tak sampai hati nak kecewakan Ikin.

"Hoih! Kau gila. Habis bini aku kat rumah tu mana nak letak? Eiii tak nak aku terjebak bela perempuan simpanan ni." Kamal memang terkenal sebagai pencinta setia. Wanita yang menjadi isterinya adalah wanita yang bercinta dengannya sejak tingkatan satu. Sehinggalah usia mereka kini menjejak lewat 40-an dan mempunyai lima orang anak.

"Habis tu aku nak lepas kat siapa perempuan ni. Dahlah cun gila. Dara pulak. Rugi ni lepas kat orang lain. Eiii geramnya aku!" ujar Jefri seraya mengesat peluh yang memercik di dahi dengan tapak tangan.

Tiba-tiba antara mereka senyap sunyi. Kamal pandang Arman. Arman pandang Kamal. Jefri pandang Arman. Arman pandang Jefri. Kamal pandang Jefri. Jefri pandang Kamal. Dan sekarang, kedua-dua sahabat itu merenung tajam ke arah Arman.

Arman kerut dahi.

"Apahal pandang aku?"

"Kau ambillah Man budak ni. Kau paling sesuai!" ujar Kamal. Berkobar-kobar. Bersemangat pulak Kamal. Teringin sangat nak tengok Arman ada pasangan.

"Haihhh... walaupun aku rasa rugi lepaskan budak ni. Tapi aku lebih rela lepas dia dekat kau dari kat orang lain! Kau nak tak? Kau try tengok dulu budak ni. Jap aku cari balik mana gambar dia tadi." Giliran Jefri pula yang beria-ia. Betul kata Kamal. Arman yang paling sesuai!

"Apa yang korang mengarut ni?" Arman mula bosan. Makin dibiar makin melarat-larat merapu si Jefri ni.

"Ni, Man. Kau tengok budak ni. Lawa kan? Kesian dia wei. Ikin cerita dekat aku dia terdesak sangat nak pakai duit."

Akal melarang deria pandangan Arman melihat apa yang Jefri tunjukkan. Lawa atau tidak, tak penting bagi Arman. Tapi entah kenapa deria anugerah Tuhan itu berdegil dan terracun dengan hasutan hati. Sehingga akhirnya Arman bukan sahaja melihat apa yang Jefri tunjukkan. Malahan kelopak matanya tak berkelip. Menjelajah wajah itu lama. Ada debar yang mengetuk dada. Dan fikiran Arman 'hilang' beberapa ketika.

GADIS KEPUNYAAN TUAN ARMANWhere stories live. Discover now