TEASER 4

1.5K 20 0
                                    

Sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat sembilan, Arman tanpa peduli, mencapai jemari Armel. Menggenggam erat sehingga mereka berhenti betul-betul di hadapan kamar yang telah ditetapkan. Dalam diam, kedua-duanya sedang merasakan debar yang teramat. Namun debar itu datang dari rasa yang berbeza.

Membukakan pintu, Arman mempersilakan Armel masuk terlebih dahulu.

Namun kaki Armel terasa bagai dipaku. Kaku. Tak berganjak. Keras di situ. Ketar tubuh semakin tak tertahankan. Seperti sahaja di hadapannya bukan kamar hotel mewah berpakej bulan madu. Namun kamar perlaksanaan hukuman mati. 'Mati' sebelum mati.

Dalam kepala saat ini, yang Armel nampak hanyalah gelita. Dan gelita itu adalah masa hadapan Armel. Hidup Armel.

Namun, dalam tak rela, dalam tak sanggup Armel dah pun ada di sini. Semakin lama, jalan untuk berpatah semula, semakin jauh. Malah, pintu untuk keluar juga mulai tertutup satu demi satu. Pilihan yang Armel ada saat ini hanyalah... teruskan. Teruskan apa yang telah Armel mulakan. Teruskan. Teruskan, dan terima apa sahaja akibat dan kesan atas pilihan yang Armel sendiri buat. Teruskan sehingga ke titik tamat. Yang entah bila. Yang hanya Tuan Arman yang berhak tentukan.

Bersama seluruh kekuatan yang tinggal sisa, Armel heret tubuh sendiri memasuki kamar itu. Kamar yang bakal menyaksikan permulaan episod hitam dan menjijikkan dalam hidup Armel. Kamar yang bakal menjadi saksi Armel menggadai segala kepunyaan Armel. Menjadi saksi bahawa Armel ini perempuan yang tak punya harga diri.

Langkah Armel terhenti di tengah-tengah kamar itu. Tak tahu ke mana arah yang patut Armel pergi dan berdiri. Di hadapan Armel, katil kelamin berhias taburan kelopak mawar. Cahaya samar-samar yang datang dari lampu hiasan membangkitkan suasana romantis. Begitu juga haruman yang datang dari barisan lilin. Memang sesuai untuk pasangan yang datang untuk berbulan madu.

Tapi tidak bagi Armel. Semua itu hanya menambahkan rasa jijik Armel kepada diri sendiri.

Pintu kamar hotel, Arman tutup rapat. Sempat menyangkut tag 'Don't Disturb' di bahagian luar pintu. Ya. Arman tak mahu diganggu. Dia mahu berdua-duaan tanpa sebarang gangguan. Mahukan privasi bersama Armel. Kerana ini momen penting. Penting untuk disimpan dalam lipatan kisah hidup kedua-duanya.

Arman lukis senyum sinis berbaur nakal. Menapak, mengatur langkah mengitari sekeliling kamar. Hiasan bertemakan bulan madu itu benar-benar memuaskan hatinya. Benar-benar membangkitkan moodnya. Suasana romantis itu seakan teradun sempurna dengan apa yang dia sedang rasakan saat ini.

Puas menapak, akhirnya Arman berhenti. Melabuhkan punggung di birai katil bercadar putih bersih yang dihias taburan kelopak mawar merah itu. Jemari kasar milik Tuan Arman bermain-main dengan helaian kelopak mawar. Dicapai satu. Menghidu. Menikmati wangi kelopak indah itu. Seterusnya melemparkan semula helaian kelopak itu ke atas cadar. Dan kini tumpuannya adalah kepada 'mawar' yang sedang mekar mewangi, yang berdiri tegak betul-betul di hadapannya.

Wajah sempurna itu Arman renung tajam. Tidak dapat menjamah mata indah itu apabila mata itu tetap tunduk, tidak mahu memandang Arman.

Membuatkan pandangan Arman meneruskan perjalanannya. Dari mata, turun ke batang hidung. Dari hidung, pandangan Arman turun ke bibir mungil yang merah jambunya begitu semula jadi. Bibir sempurna yang tak mungkin gagal menerbitkan debar sesiapa sahaja yang merenungnya.

Arman tersengih. Mentertawakan diri sendiri. Kerana dia juga antara yang tertewas.

Penjelajahannya diteruskan sehinggalah ke hujung jemari kaki milik Armel. Dan berpatah semula. Lalu berhenti betul-betul ke sepasang mata yang masih tidak mahu memandangnya.

"So..." Bicara Arman berjaya memancing perhatian Armel. Segera gadis itu mengangkat wajah, mencari mata tajam kepunyaan Arman. Takut-takut menentang renungan itu. Membuatkan Arman koyak senyum sinis.

GADIS KEPUNYAAN TUAN ARMANWhere stories live. Discover now