MALAM itu Armel dan Tuan Arman hanya keluar dari bilik untuk makan malam di restoran hotel. Masing-masing masih keletihan sebenarnya dek perjalanan yang agak jauh dan mengambil masa berjam-jam lamanya. Kata Tuan Arman, malam ini mereka rehat-rehat sahaja. Esok barulah Tuan Arman akan bawa Armel pusing-pusing sekitar daerah itu.
Armel tak kisah. Keluar pun tak apa. Keras kejung dalam bilik pun tak ada masalah. Armel memang tak berniat datang sini untuk bersiar-siar dengan bahagia. Armel datang sini untuk 'menyerah'. Untuk korbankan diri. Untuk gadaikan seluruh hidup. Demi duit. Demi kemelut hidup yang mendesak.
Tapi selepas apa yang berlaku lewat petang tadi, ada rasa lega yang sungguh-sungguh lega dalam dada Armel. Lega apabila segala bayangan 'kotor' yang bermain dalam kepala, ternyata tak seburuk yang Armel sangka.
Juga mula timbul rasa sedikit 'selesa' dan 'selamat' apabila berada di sisi Tuan Noah Arman.
Tak tau. Armel masih belum faham apa yang berlaku sebenarnya. Namun Armel bersyukur. Dan Armel tak tahu sampai bila Armel akan dapat menikmati rasa ini. Namun jauh di sudut hati, Armel berdoa semoga ianya bukan 'sementara' apatah lagi lakonan semata-mata.
Selesai sahaja makan malam, kedua-duanya terus menuju ke kamar. Armel dah tak sabar nak jumpa katil. Perut dah kenyang. Kelopak mata pun dah mula terasa berat sangat. Menapak sahaja ke dalam kamar, cepat-cepat Armel ambil giliran pertama membersihkan diri. Menukar pakaian dan... dan ketika ini barulah Armel teringat. Ada satu 'persoalan' yang Armel perlu pastikan jawapan. Tapi, nak soal sendiri Armel malu. Sudahnya Armel peluk satu bantal, dan satu tuala hotel yang masih belum digunakan. Lalu Armel atur langkah ke arah sofa yang agak besar. Muat sahaja untuk Armel.
"You buat apa?" soal Arman setelah sejak tadi memerhatikan gelagat Armel.
"Errr... saya nak tidur. Saya tidur dekat sinilah," ujar Armel seraya menepuk-nepuk bantal hotel yang sememangnya sudah sedia gebu.
"No. You tidur atas katil," bantah Arman bersahaja. Seraya mencapai tuala. Dia juga mahu membersihkan diri. Mata dan tubuhnya juga sudah 'minta' berehat.
"Errr..." Armel teguk liur payah. Tidur atas katil? Maksudnya? Armel sorang tidur atas katil dan Tuan Arman yang tidur di sofa? Atau Armel dan Tuan Arman tidur bersama atas katil? Atau...
"Tidur atas katil." Tegas Arman lagi sebelum menghilang ke bilik mandi. Tidak mahu mendengar sebarang alasan lagi.
Tiada pilihan, Armel rebahkan tubuh di atas katil. Sempat membuat 'benteng' di tengah-tengah sebagai tanda kawasan Armel yang Tuan Arman tak boleh cerobohi.
Kalau tadi Tuan Arman yang sibuk memerhati gerak-geri Armel, kini giliran Armel pula yang memerhati lelaki itu. Risau. Tertanya-tanya bagaimana mereka akan 'tidur' malam ini. Walaupun setelah apa yang berlaku lewat petang tadi, sangsi dan ragu Armel masih ada.
Apatah lagi seumur hidup Armel, inilah pertama kali Armel akan tidur sebilik dengan seorang lelaki. Malah, berkemungkinan besar Armel akan tidur sekatil dengan lelaki itu. Lelaki yang masih sangat asing buat Armel.
Jantung Armel berdebar apabila Tuan Arman hanya mengenakan boxer. Segera Armel pejam mata, mengiring membelakangkan Tuan Arman. Malu. Takut.
Bertambah laju degup jantung Armel apabila lelaki itu padamkan semua lampu. Dan meninggalkan hanya satu lampu menyala yang letaknya agak jauh dari katil.
Bertambah laju jantung Armel berdetak apabila tak ada tanda-tanda yang Tuan Arman akan tidur di sofa. Armel rasa nak meraung memikirkan apa yang akan terjadi malam ini. Adakah Armel hanya terselamat untuk 'sesi' pertama tadi? Dan adakah sebenarnya Tuan Arman memang menanti malam ini untuk 'menikmati' Armel? Adakah Armel terlalu cepat menilai bahawa Tuan Arman itu seorang sugar daddy yang berbeza dari yang lainnya? Adakah Armel sebenarnya telah tertipu?
Degup jantung dah tak ketahuan arah. Hujung jari jemari Armel mulai sejuk. Dalam gelap, Armel menoleh. Cuba mencari di mana figura Tuan Arman. Dan...!
Dan ketika itu juga lelaki itu rebahkan tubuh di sisi Armel. Mengalihkan 'benteng' yang Armel bina. Tanpa peduli, merangkul erat tubuh Armel dari belakang. Menarik tubuh Armel ke dalam dakapan. Memeluk sehabis rapat. Tak berjarak sekuman pun.
"Tuan Arman! Jangan!" Armel cuba melawan. Cuba menolak rangkulan tegap lelaki itu. Namun sikit pun tak teralih.
"I cuma nak peluk you. I janji. I takkan 'rentap' apa-apa dari you. I takkan rampas apa-apa tanpa kerelaan you."
Bersama janji itu, Armel sedikit lega dan tenang. Automatik, tubuh Armel berhenti melawan. Membiarkan sahaja tubuh lelaki itu menyelimuti erat tubuhnya. Membiarkan sahaja hangat tubuh lelaki itu menghangatkannya. Membiarkan hembus nafas Tuan Arman yang berlagu di telinga, mendodoikannya.
Aneh. Armel tak tau kemana hilangnya rasa takut dan ngeri apabila lelaki itu di sisi. Yang ada kini, rasa tenang. Rasa lega. Rasa selesa. Dan selamat. Hangatnya malam Armel, buat Armel hanyut. Sehingga entah bila akhirnya Armel terlena. Nyaman dalam dakapan Tuan Noah Arman sepanjang malam.
YOU ARE READING
GADIS KEPUNYAAN TUAN ARMAN
RomanceKerana keterdesakan kewangan, Armel Nur Nerinna terjebak menjadi sugar baby kepada seorang lelaki Bersama Tuan Noah Arman.