Bulat kelopak mata Armel. Teguk liur payah seperti sahaja tertelan biji guli. Berbalam-balam pandangan melihatkan harga telefon bimbit yang Armel pegang. RM5999. Seram. Rasa nak demam.
Mahalnya. Memang jauh dari kemampuan Armel. Terus Armel pilih untuk duduk diam-diam. Tak berani belek harga yang lain.
Dari jauh Armel curi-curi lihat. Ada dua tiga model telefon bimbit yang wakil jualan itu tunjukkan kepada Tuan Arman. Salah satunya yang Armel tengok tadi. Setahu Armel, itu yang paling latest. Itu pun Armel tahu dari teman-teman sekelas. Especially Nurin and the gang. Merekalah yang paling up-to-date kalau bab-bab ni. Setiap kali keluar telefon bimbit baru, mereka wajib jadi yang terawal. Dan wajib juga tayang gajet baru milik mereka kepada teman-teman sekelas yang lain.
Pandangan Armel kembali kepada Tuan Arman. Dapat Armel lihat lelaki itu mengeluarkan kepingan kad bagi membuat pembayaran. Tak sampai lima minit, urusan pembelian telefon bimbit selesai. Mudahnya bila banyak duit kan? Bagi sekeping kad sahaja dah selesai. Kerana itulah golongan seperti ini dengan mudahnya membayar maruah seorang perempuan, hanya untuk jadi peneman. Kan?
"Nah. Untuk you," ujar Tuan Arman bersahaja. Tanpa senyum, seperti biasa. Entah bila, tiba-tiba sahaja terpacak depan Armel. Beg kertas berisi telefon bimbit yang baru dibeli itu dihulurkan betul-betul di hadapan muka Armel.
"Hah?" Kelopak mata Armel membulat luas. Begitu juga dengan bibir mungilnya.
Apa yang Tuan Arman merepek ni? Atau, Armel yang tengah mimpi? Untuk Armel? Telefon bimbit kluster kayangan? Tak mungkin.
"Nah... ambil. I beli untuk you." Beg kertas itu disuakan lebih dekat. Mengesahkan bahawa dia tak merepek. Dan Armel tidak bermimpi.
Pandangan Armel bergilir-gilir antara wajah Tuan Arman dan beg kertas yang ada di hadapan matanya. Masih tak percaya. Takut-takut, perlahan-lahan Armel capai beg kertas yang dihulurkan.
"Kenapa... kenapa tuan belikan untuk saya?"
"Kenapa tak boleh?" Soalan Armel dipulangkan dengan soalan juga.
Bukan tak boleh. Tapi terlalu mahal. Dan Armel rasa tak perlu pun. Armel hanya nakkan duit untuk emak, untuk rumah sewa, untuk yuran pengajian. Dan sedikit duit belanja untuk sara hidup sementara pengajian Armel tamat beberapa semester sahaja lagi. Armel tak perlu telefon bimbit baru. Apatah lagi yang mahal begini. Armel takut. Takut, terlalu banyak budi yang Armel 'makan'. Makin banyak pula yang Armel perlu 'bayar' nanti.
"Bukan tak boleh. Tapi..."
"I beli untuk you supaya tak ada alasan kenapa I tak dapat contact you. Dan...". Pandangan lelaki itu mencerun tajam tepat ke mata cantik milik Armel sebelum menyambung bicaranya.
"Sebab you akan rasmi jadi kepunyaan I. So you perlu ada bila-bila I nak you ada. Clear?" Perlahan. Namun kata-kata itu cukup tegas. Cukup menjawab segala persoalan Armel. Dan cukup untuk membuatkan Armel hilang kata-kata.
YOU ARE READING
GADIS KEPUNYAAN TUAN ARMAN
RomanceKerana keterdesakan kewangan, Armel Nur Nerinna terjebak menjadi sugar baby kepada seorang lelaki Bersama Tuan Noah Arman.