iii

77 19 138
                                    

" maafkan oppa, sera. maafkan oppa kerana tak dapat jadi abang yang baik. "

lirih seorang lelaki sambil menatap sayu pada sekeping gambar yang berisikan dirinya dan adik perempuannya.

" oppa dah janji dengan appa dan eomma untuk jaga sera dengan baik, bahagiakan sera. tapi oppa gagal tunaikan janji tu. " sambungnya lagi.

" tolong maafkan oppa. "

dengan pantas lelaki itu mencapai sebilah pisau lipat yang berada di atas mejanya.

dia menutup matanya dengan rapat, lalu mendekatkan pisau tersebut pada bahagian nadinya.

dia sudah pasrah sekarang. niatnya sekarang hanyalah untuk bertemu dengan keluarganya di sana.

sebelum...

" YAH HONG SEJUN ! APA YANG KAU CUBA BUAT ?! "

lelaki yang bergelar sejun itu tersentak. lantas pisau yang berada di tangannya dirampas oleh orang yang menyergahnya tadi.

" kau nak bunuh diri ? apa kau tak fikir perasaan sera kalau dia tahu kau cepat menyerah begini ? "

sejun hanya terdiam. dia tidak terdaya untuk berkata apa-apa.

" aku faham kau penat, tapi takkan kau akan biarkan orang-orang yang dah hancurkan hidup sera bahagia di luar sana ? 

dan aku tahu ini takkan mudah, tapi kau mesti tuntut bela atas kematian sera. kau mesti berjuang demi adik kau, sejun. "

sejun hanya diam tak berkutik, namun dia menyetujui apa yang dikatakan lelaki itu.

dia mesti balas dendam kepada orang-orang yang telah menghancurkan hidup adik perempuannya.

" kita dah lama jadi sahabat, sejun. aku akan sokong segala keputusan kau. kalau kau perlukan bantuan, aku akan bersedia untuk tolong. " ujar lelaki itu lagi, membuatkan sejun mengalirkan air matanya dengan deras

sungguh, dia beruntung mempunyai sahabat yang selalu berada di sisinya tidak kira pada waktu susah atau senang.

lelaki itu terus memeluk sejun untuk menenangkannya.

" terima kasih sangat-sangat. aku sayangkan kau. "














" tunggulah kalian. aku takkan lepaskan seorang pun dari korang. "

gumam lelaki itu perlahan, sambil mengelap air matanya.

dan lelaki itu adalah junkyu.

...

" kim junkyu. "

merasakan namanya dipanggil, dia menoleh ke arah sang pemilik suara.

itu jihoon, bersama haruto, jeongwoo dan jaehyuk di belakangnya.

" kenapa ? " soal junkyu hairan, melihat jihoon menatapnya dengan tatapan ragu

" kau kan orang terakhir bersama hyunsuk ? apa yang kau dah buat pada dia ? " soal jihoon dengan nada yang sedikit meninggi.

" hah ? aku tak buat apa-apa pada dialah ! ya aku tahu aku adalah orang terakhir dengan hyunsuk, tapi tak bermakna kau boleh tuduh aku sesuka hati. " protes junkyu tanda tak terima.

" jangan berdalih ! bagitahu saja apa yang kau buat pada dia ! " suara jihoon meninggi, kali ini dia tak boleh tahan.

" aku dah bagitahu kau, aku tak buat apa-apa pada dia. cuma semalam dia suruh aku pulang awal. pada mulanya aku menolak, tapi dia paksa aku juga untuk pulang. jadi aku terpaksa mengalah dan balik dulu. aku pun terkejut dengar berita pasal dia tadi. "

terang junkyu panjang lebar, membuatkan jihoon terdiam sejenak.

" tapi- "

" sudahlah jihoon. jangan buat kecoh kat sini. mungkin apa yang dia cakap tu betul. " potong jaehyuk. haruto dan jeongwoo menyetujui kata-kata jaehyuk.

jihoon hanya menghela nafas kesal. dia terus keluar daripada kelas, dan diikuti oleh rakan-rakannya yang lain.

junkyu hanya tersenyum kemenangan. kemudian dia membuka sebuah buku nota dan memangkah pada gambar seseorang.

itu adalah gambar hyunsuk. kemudian dia menyelak ke halaman seterusnya.

" next target, yoon jaehyuk. "

tbc.

vengeanceWhere stories live. Discover now