vi

38 14 9
                                    

seperti yang dirancang, jihoon, haruto, jeongwoo dan junkyu datang ke hospital sowon selepas selesai sesi persekolahan untuk melawat jaehyuk.

kini mereka berada di wad 088, wad di mana jaehyuk ditempatkan.

malang sekali jaehyuk masih belum sedar, membuatkan mereka harus menunggu lebih lama lagi.

" kita balik dulu lah. nanti kalau dia dah sedar kita lawat dia lagi. " ajak haruto dan dibalas anggukan jihoon dan jeongwoo.

" em kejap- tadi junkyu cakap dia pergi tandas kan ? dah lama dia pergi ni. macam mana kita nak balik sekarang ni ? " soal jeongwoo.

" aku pergi cari dia. korang tunggulah kat luar dulu. " balas jihoon. haruto dan jeongwoo hanya menurut dan mereka akhirnya keluar dari wad jaehyuk.

jihoon tiba di tandas lelaki yang tidak jauh dari wad 088, mencari keberadaan rakan sekelasnya itu.

" kim junkyu ? kau ada kat dalam tak ? " seru jihoon, namun tiada sahutan sama sekali.

kerana malas hendak menunggu lama, dia terus memeriksa setiap tandas untuk memastikan sama ada junkyu ada atau tidak.

pintu tandas pertama dibuka, tiada orang. pintu tandas kedua dibuka. tiada orang juga. pintu tandas ketiga dibuka, masih tiada orang. pintu tandas terakhir dibuka, memang tiada orang.

dahi jihoon berkerut. mana pulak si junkyu ni ?

oh, mungkin dia lawat sepupu dia sekali kot, kenapalah aku lupa yang dia cakap dia ada sepupu tadi ─ batinnya.

tanpa membuang masa, dia langsung keluar dari tandas. dan netra matanya tanpa sengaja melihat junkyu keluar daripada wad 088.

dia pasti itu junkyu dan dia pasti itu wad 088.

tapi kenapa dia keluar daripada wad tersebut ? bukan ke dia tak ada kat sana tadi ?

" alahai mungkin dia baru lepas lawat sepupu dia kot, pastu cari kitaorang. kenapalah aku overthink lagi. "

gumam jihoon perlahan, sebelum pergi dari tandas tersebut.

tbc.

bosan ? memang pun.

vengeanceWhere stories live. Discover now