" jadi... macam mana dengan keadaan sepupu aku tu ? "
soal lelaki itu, kepada psychiatrist yang berada disebelahnya.
" well, berdasarkan laporan dan apa yang aku perhatikan, tiada perubahan. makin teruk adalah. "
jelas psychiatrist yang bernama kim junkyu itu.
lelaki itu menghela nafas berat.
" haih, nampaknya dia masih tak dapat terima hakikat lagi... " keluh lelaki itu.
" sabarlah jihoon. kita kena sentiasa support dia biar dia tak berasa keseorangan, nak sembuh ni bukannya mudah. lagipun kesian dia, mak bapak dia pun dah taknak mengaku dia sebagai anak mereka. "
ujar junkyu sambil menepuk bahu lelaki yang bernama park jihoon itu. jihoon hanya mengangguk tanda setuju.
kemudian pandangan mereka berdua tertumpu pada seorang pesakit yang sedang bermain dan bercakap dengan patung-patung haiwan.
pesakit itu tidak lain dan tidak bukan, hong sejun.
sepupu kepada park jihoon.
sudah hampir setahun lelaki itu menjadi pesakit di hospital sakit jiwa itu.
semuanya bermula setelah dia tidak sengaja membunuh adiknya, yang bernama hong sera.
sera sering dimanjakan dan dilebihkan ibu bapa mereka kerana kepandaiannya. pada awalnya sejun tidak kisah kerana dia sangatlah berbanding terbalik dengan sera. hong sera is a top student, meanwhile hong sejun hanyalah seorang budak bodoh dari kelas belakang.
namun semakin lama sejun sering diabaikan oleh ibu bapanya sendiri. mereka hanya sibuk dengan sera, sera dan sera.
asyik sera saja dibanggakan.
bahkan hari ulang tahunnya yang ke-18 pun tidak disambut dengan alasan 'sibuk'.
lama kelamaan, sejun menyimpan rasa amarah dan dendam terhadap adiknya sendiri.
he wish that she was never alive. her whole existence is a curse for him.
sehinggalah mereka berdua gaduh secara besar-besaran dan kerana terbawa emosi, sejun tidak sengaja menolak sera dari tingkat 3 rumahnya dan menyebabkan gadis itu meninggal di tempat.
sejun yang masih shock akan tindakannya sendiri pun tidak dapat menerima kenyataan bahawa adik perempuannya telah mati di tangannya sendiri.
pada mulanya sejun ditangkap pihak polis, namun setelah penyiasatan, ternyata mental sejun terganggu kerana layanan ibu bapanya terhadapnya.
oleh kerana keadaan mental sejun semakin teruk, dia pun telah dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa untuk rawatan selanjutnya.
dan sejak itulah, sejun sering berhalusinasi. dia sering bercakap dengan patung-patung haiwan dan menamakannya dengan nama-nama orang seperti haruto, junkyu, jihoon dan lain-lain.
yep, cerita tentang dendam hong sejun terhadap haruto itu bukanlah cerita sebenar. itu hanyalah khayalan sejun semata-mata. nyatanya, sera tidak pernah dirogol sesiapapun. bahkan haruto dan rakan-rakannya itu tidak pernah wujud sama sekali.
cerita itu sengaja dibuat-buat untuk melupakan rasa bersalahnya terhadap sera.
" sekarang haruto dah mati. aku dah berjaya junkyu, aku dah berjaya ! "
sejun mencampak patung rama-rama yang digelar 'haruto' itu, lalu memeluk patung koala yang diberi nama 'junkyu' itu dengan erat.
" oppa dah menang, sera. oppa dah menang, hihihi. "
the end.
finally aku dapat complete kan story ni setelah hampir setahun aku tinggalkan.
terima kasih sebab baca, i lop u 😍
YOU ARE READING
vengeance
Mystery / Thrillertentang si dia, muncul dengan 1001 dendam yang membara.