iv

49 16 18
                                    

" yoon jaehyuk. "

panggil jihoon, membuatkan si pemilik nama menoleh ke arahnya.

" kenapa ? "

" tadi sir junhoe ada panggil kau. dia kata dia ada hal nak cakap dengan kau. jumpa dia dekat makmal komputer. " jelas jihoon.

jaehyuk mengangguk, lalu dia menggalas begnya dan meninggalkan kelas mereka. oh fyi, sekarang waktu balik dan kelas mereka hanya tersisa beberapa pelajar.

jihoon kemudian menuju ke mejanya untuk mengambil beg galas miliknya. dia melihat junkyu yang sedang mengemas barangnya.

setelah itu junkyu menyandang begnya, lalu beredar begitu sahaja tanpa memandang ke arah jihoon.

ni mungkin sebab pasal pagi tadi kot. ah kisah apa aku ─ batin jihoon.

tiba-tiba, pandangan jihoon jatuh pada sebuah buku nota yang berada di atas meja junkyu.

" mungkin dia terlupa untuk bawa balik buku ni kot. " gumam jihoon perlahan.

jihoon mengambil buku tersebut, lalu melihat tulisan yang tertera pada kulit buku yang berwarna hitam tersebut.

death note

mata jihoon membulat.

death note ?

menyeramkan.

jihoon hanya menatap buku itu lama. otaknya mengatakan bahawa dia harus membuka buku itu namun hatinya berkata tidak.

dan jihoon lebih mengikut kata hatinya. dia tak berani untuk membuka buku yang terlihat aneh dan seram itu.

kenapa junkyu menamakan buku ini death note ? adakah dia hanya ingin menakutkan orang yang terjumpa buku ini saja ataupun sebaliknya ?

death note... adakah ini ada kaitan dengan kematian hyunsuk ?

jihoon menampar pipinya. ah, mungkin dia terlalu banyak overthink setelah pemergian rakan baiknya itu.

dia menyimpan buku itu di bawah meja junkyu, lalu berlalu pergi daripada kelasnya.

ada hal yang lebih penting yang harus dia lakukan sekarang.

tbc.

vengeanceWhere stories live. Discover now