#ILHAM I - ABANG POLIS (romance)

23 0 0
                                    

USAI TAMAT waktu kerja, keluhan terberat terlepas dari mulutku. Akhirnya, dapat juga aku pulang ke rumah. Tidak tahu mengapa keluhan itu keluar dari mulutku.

Tangan mencapai beg sandang dan helmet full-face ku. Sudah tentu aku menaiki superbike kesayanganku ke tempat kerja. Barang pertama yang ku miliki hak milikku sepenuhnya.

"Nak balik dah iris?" Ujar Syafiq bersama fail ditangan. Hanya anggukan yang menjadi jawapan untukku tika ini. Terlalu letih sehingga tidak dapat berbicara.

"Okay! Tunggang motor elok-elok. Jangan laju-laju, aku dengar ada roadblock dekat simpang empat tu." Perkataan 'roadblock' ditekan agar aku lebih berjaga-jaga. Sekali lagi, riak wajah menjadi jawapan.

Angguk-angguk.

Aku mengangkat tangan sebagai tanda untuk beredar. Berjalan menuju ke tempat letak kenderaan, pelbagai manusia yang menyapa ku mengatakan 'mahu balik ke?' Habis? Tak akan nak grooming kucing? Suka betul tanya soalan yang obvious. Rambut hitamku diikat kemas lalu memakai helmet. Sarung tangan disarung pada tangan runcingku.

Bunyi deruman motor memecahkan kesunyian di kawasan ini. Segera ku naiki, meninggalkan bangunan dimana tempat ku mencari rezeki.

Sering ku gunakan khidmat airpod untuk
men-vibing ketika membelah jalan tetapi tat kala aku ingin menggunakan perkhidmatannya sekali lagi, airpod ku kekurangan tenaga untuk berkerja, sama seperti aku. Terpaksalah aku menyesuaikan diri dengan bunyi sekeliling. Kadang terasa lebih enak mendengar bunyi ketika ini berbanding sebelum. Tanpa sedar aku telah menambah kelajuan. Terlalu asyik agaknya. Tapi ada aku kesah?

Lampu jalan bertukar merah. Segera pedal brek ditarik. Smoothly stopped, aku duduk menegak lalu mengeluarkan kaki sebelah untuk seimbangkan motor.

Sedangku mengelamun di dunia sendiri, dapat kudengar anak-anak kecil yang melihat motorku dari sebelah memuji kecantikannya.

"Hensemnya motor ni!" Suara keterujaan didengari dengan penuh minat. Tersenyum aku disebalik helmet.

"Ni motor apa, wa'is?"  Diajukan soalan oleh seorang gadis yang lebih tua darinya, memegang pinggang anak kecil itu. Sudah tentu kakaknya.

"Kawasaki z900!" Diucap nombor '900' menggunakan bahasa inggeris. Comel.

"Pandai!" Puji si kakak. Aku menepuk tangan lalu senyum pada anak kecil itu. Terbeliak matanya ketika itu. Mungkin tidak menyangka aku dapat mendengarinya. Apabila lampu bertukar hijau, aku melambai lalu laju meninggalkan mereka.

Sekali lagi aku di dunia sendiri.

Sedang elok aku fokus menunggang motor, terdapat satu kayu yang agak besar namun tiada siapa yang mahu mengalihkannya. Kereta yang lalu pun mengelak dari membuat sedemikian. Manusia, manusia.

Aku berhentikan motor, mencari tempat untuk meletaknya seketika. Setelah jumpa terus aku angkat menggunakan kedua-dua belah tangan ku. Boleh tahan besar dan berat. Aku jatuhkan kembali di tepi jalan. Terdapat rumput hijau di situ. Ditepuk tanganku, membuang debu. Baiklah, ayuh sambung perjalanan.

Ketika aku hampir tiba di kawasan perumahan, kereta polis adalah kereta pertama yang aku nampak. Okay, lek tenang.

"Tolong gerak tepi, cik." Ujar abang polis. Akur. Aku berdebar. Tidak sedap hati.

Apabila aku lihat dibelakang, ramai penunggang motosikal yang terpaksa bergerak ke tepi sama seperti aku. Aku matikan motorku, menunggu. Aku mendapat mesej. Dicari telefon pintar model iphone XR milikku.

ABAH
- kamu dekat mana, iris?
5:45 pm

IRIS
- dah nak sampai rumah dah. Ni tiba-tiba ada roadblok.
5:45 pm

ILHAMWhere stories live. Discover now