#ILHAM 3- CHUBBY GIRL

7 0 0
                                    

"TOLONGLAH berhenti kejar saya!"

Aku rasa sudah masuk kali ke 100 perempuan di hadapan ku kata sebegitu. Namun apapun yang dikatakan olehnya, makian, cacian atau ugutan semua itu tidak akan sesekali mematahkan semangatku.

"Ecah! Tunggu la!" Desakkan ku sama sekali tidak menggoyahkan dia. Hampir dekat 15 minit aku berkejar-kejaran dengannya. Dari bangunan fakulti sehingga ke taman ini.

"Awak nak apa, Shaz? Tak boleh ke tengok hidup saya ni tenang?! Serabut tau tak!"

Nampaknya dia tak nak terima kau shaz.

"Effa Batrisyah binti Mazlan! Berhenti!" Kalini, nada ku lebih keras berbanding sebelum ni. Sudah tidak sanggup aku mengejarnya lagi. Dan akhirnya dia akur.

Aku mengambil nafas. Sama sepertinya. Tolonglah Ecah.

Mengapa susah sangat dia mahu menerima perasaan ku? Adakah dia telah jumpa seseorang yang telah bertakhta dia hatinya? Sudahkah aku terlambat untuk mengapai cinta yang aku nantikan?

Segala tanggapan di jiwa menakutkan ku. Tetapi saat ini, aku perlu tepis semua itu. Aku mesti dengar sendiri jawapan dari mulutnya walaupun jawapan itu berpotensi mengores hati.

"Sekarang, apa yang awak nak? Awak suruh saya stop, saya dah stop kan? Jadi tolonglah berhenti kejar saya, okay?"

Aku diam sebelum mengambil nafas untuk melafazkan apa yang menganggu pemikiranku.

"Kenapa susah sangat Shaz nak jumpa Ecah sekarang ni? Shaz mesej Ecah, langsung Ecah tak balas. Shaz call Ecah, Ecah tak jawab. Shaz jumpa Ecah dekat library pun Ecah keluar pergi tempat lain. Kenapa? Shaz ada buat salah  yang teruk dengan Ecah ke sampaikan nak pandang muka Shaz pun Ecah tak sanggup? Ecah malu dengan Shaz sebab jadi bahan gelak dekat kelas? Bagitahu Shaz, Ecah. Tolonglah. Pandang Shaz." Aku merayu.

Sekarang ini langit mula bertukar jingga, menunjukkan hari mahu berganjak maghrib. Namun selagi perkara ini tidak selesai, aku tidak akan pergi.

"Ecah.."

"Shaz. Jangan desak saya, please? Awak tak faham apa yang saya lalui. Senang la awak cakap, awak lelaki. Masalah yang saya hadapi tak ada kena mengena dengan awak, Shaz."

"Kalau tak ada kena mengena sekalipun, kenapa perlu mengelak dari jumpa Shaz?"

"Awak tak faham."

"Fahamkan Shaz. Selagi Ecah tak bagitahu Shaz apa masalah Ecah, selagi itu Shaz akan terpacak dekat sini." Aku bergerak mendekatinya sedikit.

Gelengan menjadi jawapannya. Aku faham. Dia tidak mahu membuka isi hatinya pada aku, tetapi biar aku yang buka untuk dia.

"Shaz suka Ecah."

Riak wajahnya bertukar 100 peratus. Daripada wajah dingin menjadi terkejut. Mata almond miliknya bulat, jelas terpampan dengan luahanku. Memandang wajahku tidak percaya.

"Tetapi Shaz bukan suka Ecah semata, sebaliknya perasaan suka bertukar menjadi sesuatu yang diluar jangkaan Shaz. Shaz tak mampu berhenti berfikir tentang wajah Effa Batrisyah. Senyuman, kemarahan, kejutan, gelak tawa, serius, keterujaan malah sedih. Semua itu. Jelas. Setiap kali Allah mengizinkan Shaz tutup mata, wajah yang sering muncul setelah ibu adalah wajah Effa Batrisyah binti Mazlan. Yang Shaz sendiri tahu dia adalah seseorang yang istimewa bagi Shaz."

"Dan tanpa Shaz sedar, Shaz cintakan dia."

Akhirnya, terkeluar segala yang terbuku di hati. Biarlah apa yang mahu dikatakannya, aku tetap akan meluah. Tidak kesah jika dia menolak, aku akan cuba pergi sekiranya ada yang telah menduduki tempat dihatinya. Tetapi jawapan yang ku mahukan bukanla seperti yang ku jangka.

"Buang."

"Buang?"

"Buang perasaan tu, perasaan Shaz pada Ecah, buang, hancurkan, berhenti sukakan Ecah."

"Apa mak-"

"Ingat saya bodoh? Shaz fikir dengan penipuan Shaz tu, saya akan pergi pada Shaz?"

"Shaz tak faham. Apa maksud Ecah yang Shaz tipu?"

"Shaz tipu Ecah. Shaz dah ada hubungan dengan Sofi kan? Kenapa Shaz tergamak cakap macam tu di belakang Ecah?! Awak ingat saya ni patung ke? Tak ada perasaan? Patung yang hanya menjadi bahan hinaan pada awak dan kawan-kawan awak? Awak fikir saya bodoh ke, Shaz?!"

Bersama dengan titisan air mata, dia menolak diriku jauh daripadanya.

Aku tak faham. Apa yang dikatakan Ecah? Apa yang aku cakap dibelakang dia? Apa kena mengena dengan Sofi? Sejak bila aku ada hubungan dengan dia? Lamunan ku terhenti apabila Ecah kembali berbicara.

"Kalau perasaan itu betul pun, kenapa Shaz perlu sukakan makhluk yang jijik macam Ecah ni? Shaz buta ke? Semua orang kat Uni ni tahu yang Ecah adalah makhluk paling hina dekat sini. Lemah, busuk, gemuk, bermasalah, bala. Semua yang teruk ada pada Ecah. Apa yang Shaz nampak pada saya?"

Aku memandang wajahnya tidak percaya. Apa yang telah merasuki diri Ecah ni?

"Kenapa Ecah cakap macam itu? Shaz tak faham."

"Shaz tak perlu faham pun. Sekarang Ecah dah dengarkan penipuan Shaz, Ecah nak balik dorm dulu. Assalamualaikum."

Tak. Aku tak akan jawab salamnya.

"Apa pun yang ada dalam kepala Ecah sekarang ni, semua tu tak betul. Shaz sendiri tak pernah perbodohkan Ecah di depan orang apatah lagi di belakang Ecah? Hubungan dengan Sofi? Shaz tak ada perasaan langsung pada dia. Shaz hanya anggap dia sebagai kawan. Bukan rakan atau sahabat. Hanya kenalan."

"Bagi Shaz, orang yang selalu ada bila Shaz perlukan bantuan adalah Ecah. Setiap kali ada yang menganggu Shaz, Ecah yang nampak dulu. Waktu keluarga Shaz hancur, Ecah setia mendengar duka Shaz. Ecah semangat Shaz. Ecah kuatkan Shaz masuk ke Uni ni. Ecah ajar Shaz keluar dari terus berada dalam bayang hitam. Segala yang berubah dalam hidup Shaz bertukar akibat Ecah. Segalanya, Ecah. Jadi apa salahnya Shaz sukakan Ecah? Bukan, Shaz cintakan Ecah!"

"Kenapa Shaz cintakan Ecah? Shaz pun tak tau. Setiap kali Ecah gembira, Shaz gembira. Setiap kali Ecah sedih, Shaz geram dengan siapa yang buat Ecah sedih. Setiap kali Ecah ada masalah, Shaz suka mendengar apa yang merisaukan Ecah. Setiap kali Ecah lompat teruja, Shaz join sekali terlompat teruja. Bahasa badan Shaz berubah setiap kali Shaz pandang Ecah. Shaz suka tengok mata Ecah bersinar bila tengok buku dan kucing. Ecah nak Shaz tulis karangan ke untuk tunjukkan betapa Shaz cintakan Ecah?"

Dada naik turun kerana kata-kata yang dilontarkan. Akhirnya, beban di bahu terasa ringan.

Ecah yang tadi mahu bergerak pergi terkaku. Matanya bergerak memikirkan semula apa yang dikatakan Shaz. Apakah benar perasaan Shaz terhadap dia?

"Shaz bukan manusia yang suka memaksa. Shaz faham terlalu banyak benda yang perlu dihadam oleh Ecah. Shaz beri Ecah masa. Tolonglah buat solat istikharah. Datanglah pada Shaz kalau sesuatu terjadi. Anggaplah apa yang dikatakan Shaz harini tak pernah wujud ketika berjumpa Shaz. Kalau Ecah sudah jumpa jawapannya, bagitahu Shaz. Shaz akan cuba terima. Shaz tak paksa Ecah terima Shaz."

Aku menunduk. Aku tahu diri aku bukan yang pertama di hatinya. Sebaliknya ada yang lebih layak.

"Tapi kalau Danny yang bertakhta dihati Ecah, Shaz sedia pergi dari hidup Ecah." Bersertakan air mata yang mula bertakung di tubir mata, aku pergi meninggalkannya.

Jatuh air mata jantanku hanya untuk seorang wanita bernama Effa Batrisyah binti Mazlan.

Aku mengambil telefon pintar dalam poket. Mendail nombor Dhirah. Panggilan dijawab

"Helo?"

"Dhirah, kau amik Ecah kat taman ni. Teman dia. Dia tengah sorang tu. Jangan tanya kenapa aku tak teman dia. Pergi je." Tanpa mendengar jawapannya, terus talian diputus.

Ya Allah, sekiranya dia bukan jodohku, maka kau jauhkan lah dia dari hidupku. Dan sekiranya dia adalah jodoh yang terbaik bagi kau untuk aku, kau dekatkan lah dia dengan ku, Ya Allah...

ILHAMWhere stories live. Discover now