FARHAN. Nama yang diberi oleh ibu yang mengandungkan ku sembilan bulan sepuluh hari. Namun perasaan sayang yang dirasai terlampau menyakitkan. Ibu itu juga yang menderaku sehingga lebam dan luka. Ayah telah meninggalkan ku ketika aku masih di dalam perut ibu. Dasar ayah tidak bertanggungjawab. Aku tahu aku adalah anak yang tidak dirancang. Anak luar nikah. Anak tidak sah taraf. Anak tak diundang. Beban. Segalanya semua kerana aku.
Tidak lama kemudian, ibu kandungku meninggal dunia akibat AIDS.
Aku terpaksa dihantar ke pusat anak yatim kerana semua sedara mara terdekat ku tidak mahu mengambil ku untuk menjaga ku. Hati sakit, luluh harapan. Aku hanya seorang budak lelaki yang berumur lapan tahun. Kanak-kanak normal yang perlukan kasih sayang dari seorang manusia dewasa. Yang boleh aku panggil sebagai keluarga.
Hampir genap 1 tahun aku tinggal di sini, tampil seorang wanita berumur menghampiri ku lalu mengajakku mengikutinya. Aku hanya akur. Bilik pengetua tertera pada hadapan pintu bilik itu. Kelihatan seorang wanita berambut ikal, seorang diri tersenyum ke arah ku. Aku duduk disebelah dia memandangkan tempat itu kosong.
"Farhan, kenalkan ini mama Ria. Dia akan jaga kamu mulai hari ini. Salam mama." Ujar pengetua. Aku memandang wajah insan yang sanggup mengambilku sebagai anak angkat. Mulia sungguh hatinya. Wajah putih bersih berseri. Cantik. Usianya baru 26 tahun. Tersenyum menampakkan lesung pipit kirinya.
"Hai, Farhan. Nama mama Shazria. Saya mama baru awak." Senyuman nya dilebarkan menunjukkan sebaris gigi yang teratur. Tanpa sedar aku juga turut tersenyum. Aku salam tangan Mama baru ku dengan penuh hormat. Pengetua mengarahkan ku supaya mengemas beg dan mengucap selamat tinggal kepada rakan-rakan ku di sini. Sungguh hatiku senang berada disini namun aku perlu mengikut Mama Ria.
Bermulanya kehidupan baru sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di hadapan rumah teres dua tingkat ini. Rumah baru. Harapan baru. Mataku bersinar melihat seluruh rumah, pamerkan betapa terujanya aku. Perasaan yang tidak dapat aku kawal.
"Farhan. Sebelum kita masuk rumah, kita kena bagi apa?" Soal mama Ria.
"Salam." Ujarku sepatah.
Tersenyum lalu mengatakan aku pandai.
"Assalamualaikum." Kami berdua memberi salam serentak lalu membuka pinta utama. Melihat isi rumah tersebut, rahang aku jatuh. Setiap penjuru berunsurkan moden. Simple tapi cosy. Tidak berselerak seperti rumah ku dulu malah lebih kemas.
Tiba-tiba kata-kata ibu terimbas kembali.
"Kau kalau masuk rumah orang, jaga adab. Tak yah nak menyusahkan aku je kerja."
Aku menunduk. Ini bukan tempat tinggalku. Ini hanya rumah tumpangan atas belas kasihan. Aku tidak layak.
Melihat wajah mendungku, pantas mama Ria cam. Menyangkung sambil menilik kenapa aku sedih.
"Kenapa ni? Tak suka dengan rumah ni?" Nada suaranya betul-betul kedengaran risau.
"Ini bukan rumah Han. Han rasa tak layak duduk rumah ni. Mama Ria mesti terpaksa jaga Han kan? Han degil."
"Kenapa cakap macam tu? Ye, memang ini rumah Mama Ria tapi ini pun rumah Han. Han dah jadi tanggungjawab mama sekarang ni. Jadi memang menjadi kewajipan mama untuk pastikan Han selesa. Ke Han tak suka dengan mama Ria?"
Cuak aku bila dia berkata serbagitu. Sungguh, aku sukakan mama Ria. Lemah lembut, sopan santun dan penyayang orangnya. Aku suka.
"Eh! Mana ada! Han sukakan mama Ria! Mama Ria baik!"
Terukir semula senyuman manis.
"Mana papa? Suami mama?" Soalku, polos.
"Mama tak ada suami. Mama tinggal seorang diri. Sebabtu mama jaga Han. Nanti Han boleh jaga mama bila Han dah besar nanti." Aku tidak bertanya lebih sebaliknya hanya mengangguk.