HARINI masih sama seperti hari-hari yang lain. Tiada yang istimewa. Bangun. Mandi. Bersiap untuk ke tempat kerja. Namun sampai bila aku mahu hidup serbagini?
Aku bangun pada jam enam setengah pagi. Mengenakan baju kemeja kelabu dan seluar slack hitam bersertakan tali leher. Jam [jenama] melekap pada tangan kekar ku.
Aku menilik segenap wajahku. Melihat pakaian lengkap pada tubuh membuat ku mengelamun seketika. Kenapa aku berkerja sedangkan kerja tersebut tidak pernah aku suka. Aku boleh fokus pada perkerjaan kedua aku.
Ramai mengatakan bahawa suaraku memberikan impak yang besar pada kaum hawa. Mereka kata suaraku sedap didengari. Aku bersyukur dengan perkara itu. Tetapi apabila melihat majikan yang mengambil kesempatan terhadap tubuh dan suaraku, hati mula panas. Dia membuatkan aku bagaikan patung.
Dia menggunakan nikmat ku supaya pergi ber-dating dengan anak tuan syarikat atau tuan syarikat itu sendiri. Sudah tentu perempuan, takkan lelaki kot. Dia berbuat sedemikian agar projek yang dia mahu, dia dapat.
Nak berkata lebih pun tiada guna. Tunggu la beberapa bulan dulu baru aku buat keputusan.
Seperti biasa, aku bertolak dari rumah pada pukul 7:30 pagi dan balik pada pukul 6:45 petang.
Kepenatan pada tubuh badan masih terasa akibat duduk pada posisi yang sama. Ketika kaki laju melangkah keluar, perasaan itu mula menyelubungi diri sekali lagi . Rasa diri diikuti. Lama aku berjalan sehingga aku tidak larat untuk membiarkannya. Aku berhenti dan menoleh ke belakang. Perasaan ku betul. Terdapat dua orang wanita yang sibuk mengekoriku. Mereka merupakan junior dia tempat kerja ku.
"Fify dan Syasha. Ada apa?" Aku beriak tenang. Tidak mahu gelabah.
Mereka berbisik sesama mereka sambil senyum bagaikan joker.
"Emm, abang Rayyan. Jomlah teman kitorang dinner malam ni. Mesti seronok kalau abang Rayyan ada." Suara dikepitkan. Sehabis ayat itu mereka ketawa mengilai. Takut aku mendengarnya.
"Maaf. Saya ada urusan di luar. Terima kasih atas ajakan. Tapi tolong jangan ikut saya. Saya tak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya awak berdua buat saya tak selesa. Saya minta diri dulu." Muka dingin perlu ditonjolkan. Terus kaki bergerak meninggalkan mereka berdua. Dan nasib, mereka berhenti mengikut ku.
Usai menyegarkan diri, terus pc aku hidupkan dan memulakan livestream malam ini. Aku berjanji pada penonton untuk membuat live jadi janji perlu dikotakan. Aku menjadikan live ini 18 tahun keatas kerana tanpa sedar, kami akan menyentuh soal personal life antara aku atau penonton yang aku rasa tidak patut diketahui oleh budak berumur bawahan. Takut tidak selesa.
Deep talk la katakan. Tapi aku suka. Tanpa melihat susuk badan dan wajahku, mereka mampu membuka isi hati dengan bebas tanpa perlu meng-judge. Sekiranya ada yang mempersoalkan tentang privacy aku, bukan aku yang mempertahankan diri sebaliknya penonton. Aku rasa rapat dan selamat. Seperti kawan. Sangat damai.
Ada juga yang memberikan tip atau sumbangan kepada ku. Sudah tentu aku berterima kasih kepada mereka yang sanggup memyumbang.
Tiba-tiba, account itu datang lagi. Satu manusia yang tidak aku kenali yang hanya muncul di livestream ku. Dia seorang yang misteri. Tidak pernah komen apa-apa dalam perbualan aku dan penonton. Tetapi jumlah sumbangan yang diberi bukan calang-calang.
Bdgurl_7001 menyumbang RM1,300.00
Bdgurl_7001 menyumbang RM 2,300.00
Bdgurl_7001 menyumbang RM922.00Seperti yang ku jangka, dia akan menyumbang sekurang-kurangnya 3 kali. Aku teringin berjumpanya di dunia sebenar. Ramai penonton ku mengenali dia kerana jumlah yang dia beri. Sering ditanya 'manakah Bdgurl? Tak masuk lagi ke?' Apabila dia masuk, hanya mengatakan hi, sorry lambat. Dan itu sahaja.