#ILHAM 5- HOW FAST THE NIGHT CHANGES

9 0 0
                                    

"AHHH, jangan nak mengada. Awak kena ikut juga pergi rumah aunty ainan. Dia hari tu sibuk tanya mana anak dara mama sorang ni waktu dekat masjid. Rindu katanya."

Aduh. Bukan apa, aku malas nak bertembung dengan kenalan zaman sekolah aku saja. Sudah la kawan-kawan papa ada ramai anak yang sebaya aku. Dah lama sangat aku tak balik sini.

"Lagipun papa dah pergi dulu sebelum kita, mama malas nak drive. Please adik, teman la mama." Rayu mama. Haih, kita ni insan yang lemah jiwanya.

"Iyala ma, Tehah siap kejap." Segera aku bangkit dari duduk.

Wajah ditambah seri dengan makeup yang nipis. Jubah hijau lumut aku sarung bersama tudung bawal. Jam serta stokin aku pakai, sedia untuk pergi. Kunci kereta Toyota Vios aku capai.

"Let's go, ma. Tehah dah siap ni." Aku twirl 360 darjah, peragakan pakaian aku depan mama. Thumbs up serta pandangan yang memuaskan terserlah pada wajah mama.

"Lawanya anak mama sekarang. Ingat lagi mama Tehah cakap Tehah betul-betul nekad nak ubah penampilan lepas habis sekolah sebab penat kena kutuk. Tapi anak mama ni terlalu berubah pula. Makin kasar, mulut pun makin pedas. Bahaya, susah nak cari calon nanti."  Jelas nampak kerisauan mama dengan sikap aku yang kian berubah. Nak buat macam mana, umur dah upgrade, perangai pun upgrade la.

"Sikap Tehah memang dah lain, tapi sayang Tehah pada mama masih sama. Tehah walaupun makin 'keras' tapi ada lembutnya juga. Mama pun tahu kan." Senyuman manis terhias pada wajah.

Apa nak kata, bila mama sendiri juga pernah risau dengan penampilan aku yang buruk, aku hadam walaupun perit. Penat juga bila cuba pelbagai cara yang hanya memberi harapan palsu pada jiwa muda ketika itu. Alhamdulillah aku kuat bertahan.

Tapi sekarang pun aku kena kentalkan jiwa juga.

"Masya allah! Lainnya Fatehah sekarang! Cantik, makin cerah muka ni ha! Pakai apa?"

"Ingat lagi mak cik waktu tehah dulu-dulu. Berubah betul-betul berubah lah!"

"Fatehah! Ingat aku lagi tak? Aku la kawan kau! Member form 3 dulu! Eh takkan tak ingat kot!"

Ya, semua nak diingatkan satu malam. Rimas!

"Ma, Tehah duduk kat beranda kejap. Susah nak bernafas la dekat sini." Bisikku. Sumpah, kalau dapat lagi soalan yang merepek-repek, memang meletup aku kat sini.

Segera, aku keluar dari rumah itu. Udara malam aku hirup penuhi peparu. Segarnya!
Baru la boleh bernafas. Aku nak makan pun tak tenang gamaknya semua kerumun aku semata nak bandingkan diri aku yang dulu dan sekarang. Penat!

Tiba-tiba terasa ada sosok seorang manusia disebelah. Terus kepala menoleh.

"Fatehah? Weh! Lamanya tak jumpa kau! Apa khabar? Mentang-mentang dah jadi Inspektor, sibuk dia mengalahkan artis. Fad, riz, syad! Sini ah! Fatehah dah balik la!"

Kecoh betul mamat ni. Panggil geng dia pula tu. Gembira sangat ke aku balik budak ni pun. Apa nak heran? dah nama pun hairul, mana tak kecoh. Serentak mereka berpaling ke arah aku. Mampus, aku nak cakap apa ni?

"Tehah! Sumpah lain gila kau! Bila kau balik sini?" Fad bertanya. Kulit hitam manis dan wajah yang tidak berubah langsung cuma dihiasi dengan kumis-kumis di bahagian rahangnya. Kau lagi berubah daripada aku, Fad.

"Baru 3 hari aku balik. Dapat cuti 2 minggu so aku decide nak spend masa dengan famili. Kau apa khabar? Lama juga tak jumpa korang semua. Kerja pun, aku tak tau." Ujar ku. Tak sangka pula boleh seramah ini. Mungkin environment sekarang ini macam chill kot . Tidak sempit seperti tadi. Pandangan mereka pun jelas menunjukkan riak teruja. Rasa dihargai pula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ILHAMWhere stories live. Discover now